Adakah Bisnes Shaklee Sah dan Halal?

Assalamualaikum wrt wbt.. 

sememangnya mencari rezeki yang HALAL itu sangat dituntut dalam Islam. Begitu juga dalam perniagaan. Ramai orang yang salah faham tentang MLM, dan ada juga syarikat yang tidak mengaku mengamalkan MLM, tetapi hakikat menjalankan perniagaan MLM. Usah takut jika anda yakin bahawa amda di landasan yang betul menepati syariah. 


Kita ikuti perkongsian daripada: Booster Susu


Alhamdulillah, setelah menemui jawapan daripada yang pakar dan berpuas hati dengan sistem MLM Shaklee, barulah saya mengambil langkah untuk lebih seriuos di dalam bisnes Shaklee ini. Terbukti sistem MLMnya sangat adil. Sebagai contoh, walaupun kita sebagai upline, tapi kalau kita tidak buat belian seperti yang ditetapkan, memang tak akan pergi jauh pun..Ada 1000 dline pun, memang tak dapat apa-apa. Siapa yang berusaha lebih, dia lah yang akan dapat hasil yang lebih. Sebab tu di dalam shaklee, tidak mustahil seorang dline boleh lagi besar bonus dia berbanding upline.

Kedua, penetapan bonus Shaklee adalah jelas dan tidak ada yang berselindung. Pemberian bonus adalah seperti yang ditetapkan di mana sesorang itu mendapat bonus daripada Shaklee tepat seperti apa yang dia selayaknya dapat. Di sini, tidak timbul sedikit pun upline mencuri/mengambil bonus daripada dline atau upline lagi kaya daripada dline.

Ketiga, bonus dibayar berasaskan kepada belian bukannya jualan. Di sini suka untuk saya menarik perhatian semua ahli tentang beza belian dan jualan. Sebagai contoh, ada satu syarikat telah menetapkan jika pekerjanya atau agennya atau pengedarnya membuat jualan/sales sebanyak 200point, dia akan dibayar bonus sebanyak 10% daripada jumlah barang itu. jika buat jualan/sales 400point, dapat 15% dan seterusnya lah.

 Apa pula cerita jika jualan/sales yang dibuat hanyalah 135point, iaitu tidak mencapai 200point?dia tidak layak dibayar bonus. Adakah adil bagi beliau? Adakah dia tidak bekerja?Adakah dia tidak berusaha menjual atau buat julan/sales? Di sini telah berlakunya penindasan dan ketidakadilan terhadap pekerja atau orang bawahannya. Kalau begitu, macam mana pula dengan Shaklee? Bukankah Shaklee juga telah tetapkan 150uv 5%, 300uv 8%, 600uv 11% dan seterusnya serta tak capai 150uv tidak dapat bonus? Di sinilah beza belian dan jualan seperti yang saya ingin jelaskan.

 Shaklee dengan jelas menyatakan bonus dibayar berdasarkan belian kita dengan Shaklee/upline. Maksud kedua berkenaan belian di sini, belian adalah bermaksud sesuatu barangan tersebut menjadi faedah/hak milik bagi kita. Beli vitamin daripada Shaklee, vitamin tersebut menjadi milik kita. kita tidak rugi akibat membeli vitamin tadi. Juga, tiada paksaan untuk membeli vitamin itu. Sebagai contoh yang lain, beli MILO 1kg tiada hadiah percuma manakala beli MILO 2kg dapat hadiah 1 mug eksklusif daripada MILO. jadi di sini, ianya tiada paksaan untuk kita membeli MILO yang mana. Ianya terpulang kepada kita, kalau rasa nak dapat hadiah mug tadi, belilah MILO yang 2kg tu.

 Kalau tak nak hadiah, beli yang 1kg pun tiada masalah. Walaubagaimanapun, setelah membeli MILO 1kg@2kg, ianya tetap menjadi faedah/barang dan hak milik bagi kita. Begitulah ceritanya dengan belian 150uv dapat bonus 5%, 300uv dapat bonus 8% dan seterusnya. Tiada paksaan untuk kita membuat belian. Pilihan di tangan kita.

Di sini Ada 10 perkara yang diketengahkan berkenaan ciri-ciri MLM patuh syariah dan sinonimnya dengan Shaklee.


Berikut adalah kriteria-kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh dibaca di sini.

1. Harga tinggi dari biasa?
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM88 untuk 120biji iaitu RM0.73 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah.
2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 
3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 
Produk Shaklee dikenali lebih 50tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini


Shaklee Products Miri
4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.
5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti/bilangan downline sahaja, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti.
6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli/downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat.
7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.

8. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya dan sentiasa untung.
9. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee
10. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas.


HANIFAH IBRAHIM
0134030014
norhanifah92@gmail.com
  

Street Dakwah..bukan sesenang yang disangka!


Assalamualaikum wrt wbt..salam pagi Sabtu.. dah buka Al-Quran pagi nih atau Matsurat? Indah kan kalau kita dahulukan laman cinta akhirat sebelum laman cinta dunia..  :)

Hari ni saya rasa nak share satu pengalaman di mana antara pengalaman yang tidak dilupakan dan sangat bermakna iaitu STREET DAKWAH..

Ianya berlaku pada bulan April,  tahun 2012, hari keputeraaan kekasih hati kita, Rasulullah SAW. Saya terima mesej dari naqibah usrah saya, Kak Aula a.k.a Doktor Aula, dia ajak kami untuk join satu program yang dinamakan Street Dakwah. Masa tuh still blur sebab tak pernah kan. Sempena Hari Jadi Rasulullah SAW, jadi adalah program sket, jadi saya pun setuju nak join, sekali dengan adik beradik usrah, Anishah, Ummi dan Fa'iqah. 

Kami sampai pagi-pagi lagi di Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah tau lebih popular Taman Polo. Masa sampai tuh dah ada lah beberapa orang yang tidak kami kenali. Segan lah jugak kan,huhu. Lagipun rasanya kami paling muda. Tengok kakak-kakak semua nih macam dah bekerjaya dan berkeluarga. 

Kami cari port yang sesuai untuk diberikan briefing dan sesi taaruf. Subhanallah, baru kami tahu kakak-kakak semua nih mostly doktor dan pensyarah. Hebatnya, sedangkan kami masih di bangku sekolah.eheh. Sekolah lah kan sebab masih belajar. 


 taaruf sambil breakfast


orang lain dah start bersukan ,kami masih makan..eheh



Selesai taaruf, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil, satu kumpulan dalam 3 orang macam tu lah. Mula2 kan, sebab tak kenal orang lain, nak jugak ada teman, tak kisahlar Ika ke,Umi ke, atau Anishah sebab malu.eheh. Tapi, yelah, dakwah nih kena berani, tak selamanya kita dengan kawan, dunia nih kena explore gituh. 

Kami diberi beberapa biji, bukan biji jugak,satu plastik jugaklah, he..Chocolate HomeMade berbentuk hati dan bunga, sangat comel! Tapi sadly, gambar dah tak de..T.T Kami kena bagi chocolate dengan satu penanda buku berkisarkan akhlak Rasulullah, maknanya kita jumpa orang tuh, kita story sikit pasal Rasulullah SAW..most wanted, of courselah non muslim..:)

So,kelilinglah kami round Padang Polo! Dengan perasaan yang bercampur baur. Selama nih macam selamat ja kan nak share pasal agama dalam usrah, nah sekali bila berdepan dengan dunia luar, rasakan~ 

Saya memang failed,serius.. perasaan takut, malu semua ada. Jantung saya berdebar bila dekat dengan 'target', nasib baik ada Kakak sorang nih, maaf lupa nama, yang satu group dengan saya, dia sangat santai, bagi ja chocolate ke orang Cina, sambil kata.." Hye, today is our Prophet's besday, so..let me give you, free chocolate!" .. Fuh, tergamam kejap.

Nampak macam simple je kan, tapi kalau kita duduk di tempat sebenar, baru tahu dakwah ini bukan mudah! Satu perkara ja saya takut iaitu REJECTION. T.T Sepanjang perjalanan kami, kakak tuh pesan, jangan malu, kita hanya memberi. Alhamdulillah, berkesempatan bagi chocolate untuk non muslim. 

Tapi lama kemudian, boleh kata bila ja selisih dengan non muslim kat sana, mostly mereka dah terima chocolate sebab group lain dah bagi. hihi. Jadi, kami decide untuk berkumpul sebab boleh kata semua orang kat sana dah dapat chocolate.. :p

sorang aunty yg comel dapat chocolate~

sempat ambil gambar sebelum bertolak

dengan kakak2 doktor,pensyarah, dan cikgu..kami ja budak kecik..he,.termasuk lah anak Kak Aula.


Kami berkumpul dan berbincang untuk ke destinasi seterusnya sebab masih berbaki banyak chocolate. Masa tuh dah jam 10.30 pagi macam tuh. Jadi bincang punya bincang, kami memilih JUSCO KINTA CITY IPOH..:)
di Food Court JJ,semua tekun dengar story..:D

Di Jusco, cabaran lebih hebat. Teringat masa nak bagi chocolate kat sorang family chinese nih, anak dia nak sangat chocolate tuh, tapi mak dan ayah dia larang dan cepat-cepat masuk kereta. Saya cakap lah tak perlu bayar, its free sempena Maulidurrasul, dia tetap tak bagi anak dia ambil. Masa tuh sangat lah sedih. Tapi positifkan diri. Ini lah kehidupan. Ini lah jalan berjuang..:)

Kami masuk ke dalam JJ, berpecah macam biasa. Kali nih target kepada non muslim dan muslim. Ada satu kisah, kami bagi dekat sorang muslim, tapi muka dia berubah. Seems tak nak lah terima. Muka masam ja. Kemudian, kami pun bagi dekat Non muslim sebelah dia, aunt chinese. Aunt tuh tanya banyak benda pasal Islam termasuklah beza Hari Raya dan Besday Rasulullah. Masa tuh,rasa gembira sangat sebab dapat berkongsi.. Subhanallah, Penerimaan yg sangat bagus!

Lepas beberapa ketika, kami decide jumpa di food court, berkumpul untuk sesi penutup. Masa nih kami berkongsi cerita. Tak sangka, kakak2 lebih banyak berhadapan dengan cabaran tapi mereka still senyum. Alhamdulillah

Kami bersurai dengan berjuta perasaan yang tak dapat digambarkan. Many things yang saya belajar. Sesungguhnya dakwah ini mudah untuk belajar, tetapi bukannya senang untuk disebarkan, walhal hanya memberi chocolate!


Tidak dapat digambarkan, ketika zaman awal kedatangan Islam, bagaimana Rasulullah SAW menyebarkan Islam, betapa tabahnya Baginda. Mungkin hari ni kita disisihkan, diherdik, diperlekehkan kerana ingin menyebarkan Islam, tapi ujian Baginda lebih hebat dari kita. T.T

Islam itu sebenarnya mudah tersebar dengan akhlak kita. Kita mesti senang dengan orang yang selalu membantu kita, dan selalu menyokong kita. Bukannya insan yang hanya tahu menghukum dan mencari salah kita.. Sebarkanlah Islam dengan Kasih Sayang.. :) 


Salam Sayang.

Di dalam setiap penolakan, Allah datangkan satu penerimaan yang lebih baik. 



MLM skim cepat Kaya,BAHAYA! SHAKLEE??

Assalamualaikum wrt wbt. Bercerita tentang MLM. Saya terus teringat satu peristiwa pahit dengan MLM. Pahit yang amat. Dalam usia baru nak kenal dunia, dah terjebak dengan MLM! Sejak dari hari tuh, I DONT BELIEVE MLM! Dan ketika saya daftar ahli Shaklee, saya tak tahu pun SHAKLEE ADALAH MLM! Tetapi sejak dari hari tuh baru saya faham apa itu MLM dan MLM TIDAK SALAH,tetapi yang salah adalah orang yang menyalahguna MLM... :)


Jom ikuti kisah Master Cery tentang MLM..


Bahaya MLM skim cepat kaya. Shaklee ....

Seminggu saya berehat dari update blog...byk btul berehat bulan January ni.. hihi.. tapi berkobar2 nak update blog...Harini saya nak cerita tentang MLM... Sekarang ni sebut MLM sahaja.. dah sah2 terbayang skim cepat kaya.. bagi sesetangah org MLM sesuatu yg menakutkan... dan tak kurang juga mereka yg terjebak dgn MLM dan mendapat pengalaman ngeri . Dan baru2 ni saya baca di group anak buah saya... ada sorang ni share pengalaman beliau kecewa dgn MLM, kerana MLM dia yg join menindas ramai org bawahan lantas beliau meninggalkan MLM berikut..beliau kesal dan rasa bersalah kerana telah menjual harapan kepada ramai org bawahan.. last2 tak jadi.. beliau berubah bisnes dan taubat dari MLM..

Mcm keras bunyinya.. taubat dari MLM.. seolah2 buat dosa plak join MLM ni... hahah.. bila saya baca kisah org tu..sy tergelak.. dalam hati saya ckp.. tulah.siapa suruh jual harapan.. kan dah tinggal harapan jer... lain kali nak berniaga.. buat cara berniaga... Dalam MLM, pastikan barang berkualiti setara dgn harganya, study sistem marketingnya bukan piramid, sistem coaching dua hala upline-downline yg stabil....  Bagi saya, MLM ni adalah sistem networking bisnes yg suci murni gitu.. Cuma sesetengah pihak dah menyalahgunakan sistem MLM..jadi habis semua tercalit sama nama buruk..... Lagi2 kat Malaysia ni..ramai benar yg nak cepat kaya tapi malas berusaha.. so sendiri tanggung lah yer ...

Terus terang saya bgtau .. sy sendiri pernah join satu MLM ni.. zaman2 bujang dulu lah... zaman jahiliah... dimana produknya biasa2 je.. tp sistemnya mmg headhunting.. dan jual harapan..  salah sendiri lah kan. tak matang lagi time tu...nasib baik saya tak pergi jauh... penat lepas tu bye2 jer.. pastu malas dah nak buat biz dah..layan kerje makan gaji jer...  Tapi bile sy start bisness online bersama Shaklee 2thn yg lepas... ia benar2 merubah persepsi saya tentang MLM.. lagi2 lepas baca buku Jutawan MLM karya Razzi Almansur... mmg terbuka minda.. terbuka segala2nya yg sepatutnya lah yer... lepas tu barulah saya bersungguh2 serius menggunakan Shaklee  medium utk saya mencapai impian saya..mmg tak mustahil menjadi Jutawan MLM jika betul caranya...Saya tak keluarkan modal beratus Rm.. beribu RM.. tidak..puluh ribu RM pun tidakkk sama sekali.

Sy akui jenama Shaklee adalah MLM yg sah...Saya percaya group saya di track yg betul....... Kami tak mengamalkan sistem headhunting... Saya selalu dpt soalan berikut daripada anak2 buah yg baru nak memulakan bisnes... mereka bertanya.. cemana nak cari org beli ni.. cemana nak cari org.. Sy selalu jwb.. takyah cari org... Cara yg terbaik adalah you cari diri you sendiri.. love yourselve.. believe in yourselve..kenali diri sendiri.. kenali kekuatan diri.. study marketing plan...study ilmu yg berkaitan...Memang ambil masa.. tapi sy percaya..berapa lama pun tempoh masa yg diambil, anda akan sampai ke puncak.... Keep  on sharing tentang produk Shaklee yg amazing.. Keep on sharing tentang Shaklee difference..... once u jadi magnet.. u jual ape pun org sanggup beli...  Produk Shaklee mmg amazing tak perlu ckp byk.. the product speak itself.. "Tak kenal maka tak cinta.. tak amal maka tak rasa"...... dan dari segi syarikat pun mmg dah kukuh ..takyah pung pang cite pjg.. Shaklee dah lebih 50tahun... marketing plan dia pun mmg adil.. Bagi yg betul2 studi marketing plan Shaklee.. ..ia mmg bukan sistem piramid... Anda usaha anda dapat... Upline tak jual harapan.. Kami tak jual harapan.. Kami jual 'diri'... bukan bermaksud jual nama tayang body... tapi jadi magnet.. bab ni kalau ahli2 group saya faham apa yg sy maksudkan.. haha.. Jadi jgn salah pilih group yer... Kalau awal2 upline dah suruh invest beribu2 RM, beratus2 RM, dah push cari orang.. hmm tu bahaya tu..sila kembali ke pangkal jalan kay...

Tapi sejujurya.. saya sedih melihat segelintir golongan yg ingin cepat kaya dan mengambil jalan mudah...  Ingat yer.. takde istilah jalan singkat... no short cut to success... u may work smart but no shortcut to success.... Saya teringat sharing dari Mr Bradford Presiden Shaklee yg datang KK baru2 ni.. beliau sendiri cakap.. nak jadi millionaire.. billionaire.. bukan semudah yg disangka. tapi ianya tak mustahil....katanya lagi kekayaan tak dtg skelip mata. Sy mmg setuju... Saya sendiri pun sampai ke tahap ini bukan dgn sengih2, bukan dgn senang, bukan dgn jalan singkat, bukan dgn paksa org, bukan dgn cari orang,,,... yg pasti bukan dgn jual harapan.... Sy tak pernah ajak org join bisnes saya dgn menjual nama atau berapa byk income saya..atau pun paksa org invest beratus RM atau beribu RM.. tak perlu...  Sy bermula dgn meraih bonus 2 angka, 3 angka dan seterusnya takpayah citer lah yer..hihi.. Sy juga bermula dgn kesusahan.. kepayahan.dgn air mata.. dgn doa.. dgn peluh keringat.....  Jadi kalau anda ada dengar atau lihat nama saya disalahgunakan, sila report yer. ..Saya bukan artis.. jadi takpayahla iklan2 kan saya yer.. haha...... .Kalau yg mana2 mmg friend saya di FB, boleh tgk sendiri apa yg sy selalu post di FB.... The power of silence and being a powerful magnet dah mencukupi....:)
sebahagian dari anak2 buah yg dah bergelar Leader..more picture in upcoming Shaklee Today

Saya tak pernah janjikan ape2 pada downline saya..Saya tak jual harapan kepada mereka..Tetapi saya letakkan sepenuh kepercayaan pada mereka.. I trust them...Saya percaya mereka boleh berjaya sekiranya mereka sndiri nak dan mahukannya... Nak seribu daya taknak seribu dalih..Ahamdulillah sejuk hati melihat ramai leader Shaklee yg dilahirkan dibwh payung Jutawan...Dan semua itu bukan sebab sy jual harapan.. bukan sbb sy jual skim cepat kaya.. tapi kejayaan mereka datang dari diri mereka sendiri.. Mereka yg pilih, mereka yg menggerakkannya.. dgn izin Allah jua..

Nasihat saya, apa jua bisnes MLM yg anda ceburi, pastikan anda tidak menyalahgunakan sistem yg murni itu.. Jaga etika, patuhi peraturan.. InsyaAllah semua org ada peluang jadi Jutawan MLM.. Ingat yer.. tiada jalan singkat utk mencapai kejayaan atau kekayaan..
Dulu sy tak kenal apa itu Shaklee,....but i choose and buy supplement  brand Shaklee...
why?. sbb I trust my friend..
Beberapa tahun kemudian.. I choose jenama Shaklee utk bisnes...
why? sekali lagi sbb trust.. trust the product, the company and trust myself...I can do it..
and Now.. I choose jenama Shaklee utk melebarkan empayar Jutawan..
why?.. sekali lagi sbb tr
ust.. sebab i trust my downline (they're amazing, gorgeous, beautiful)...
and of course..now and forever.. i will always have faith & trust in Allah.. our 'biz partner'...
 tidak dilupakan ..kepercayaan yg diberikan ke atas saya by my soul partner.. thanks Abah Faiz and Faiz...

 Sekian cerekarama hari ini..... artikel ini tiada kaitan antara yg hidup atau yg mati.. sekadar berkongsi perasaan dan pengalaman saya sendiri... Terima kasih kerana melayari laman mamafaiz.com

"Tak kenal maka tak cinta.. tak amal maka tak rasa"...


RELATED POST: 

KENAPA SAYA PILIH BISNES MLM

MLM SKIM CEPAT KAYA, BAHAYA!! SHAKLEE??


ADAKAH SHAKLEE MENEPATI SYARIAH??


KENAPA SAYA PILIH BISNES MLM

Kenapa saya pilih bisnes MLM

Lamanya dah tak update blog.. dulu azam konon nak update setiap hari.. kena start disiplinkan diri balik ni..Refresh azam lama.. lagipun dah masuk December dah ..Jadi saya berikrar mulai hari ini.. saya akan update blog mamafaiz setiap hari walaupun hanya sepotong ayat.. haaa tu diaa.. siap pasang ikrar...hihi.. Oleh sebab ni dah malam, saya ekstrak balik post cerita magika yg saya ambil dari page MCsKK. Ada banyak post2 dipage itu yg menarik (ewahh, puji diri sendiri.. hihi).. tapi saya pilih yg ini sebab topik ni tak pernah lapuk.. isu kenapa memilih MLM.. bukankah MLM menindas orang, MLM skim cepat kaya.. dan byk lagi.. So baca lah yg ini dulu yer.. Esok saya update lagi blog mamafaiz..dah ikrar dah kannn..hihi
------

Kenapa saya pilih bisnes MLM

Alhamdulillah....Jumaat datang lagi...Anything special today? Bagi saya.. setiap hari adalah istimewa...kita yang pilih untuk melihat setiap hari itu indah, cantik atau sebaliknya.. dan setiap hari yang indah itu berlalu dgn sangat pantas... pejam celik.. eh dah nak masuk December.. pejam celik lagi dah masuk tahun baru.. pejam celik..eh aku di Malaysia bukan di London..hahha.. Hariini...saya nak tunaikan janji nak jwb soalan mereka2 yg bertanya.. Tempoh hari, ada beberapa org yg message di page ini.. soalannya sama je lebih kurang gini.. "Puan buat business apa yea?

Okay.. mari saya jwb dlm bentuk cerita... Bila sentuh perkataan berniaga.. semulajadinya semua orang pun tahu kat dunia ni ada banyak jenis perniagaan..Dua kategori utama perniagaan.. perniagaan berdasarkan perkhidmatan atau perniagaan berdasarkan produk..Kalau saya nak listkan, sampai esok pun tak habis.. dah nama pun 9 daripada 10 pintu rezeki datang daripada perniagaan.

Berbalik kepada kisah saya, bisnes saya adalah berdasarkan produk kesihatan jenama Shaklee yang menggunakan teknik MLM. yang saya pasarkan, kongsikan dan war2kan melalui medium INTERNET... Oppss.. sabarr, jangan lari bila saya sebut MLM..Saya tahu ramai yg fobia or rasa tak senang hati bila dengar perkataan MLM... Baca sampai habis duluu..

MLM (multilevel marketing) / Network Marketing merupakan teknik bagaimana produk dipasarkan. Berbeza dengan perniagaan jenis konvensional, perniagaan MLM adalah dimana produk dipasarkan langsung daripada pengedar kepada pengguna tanpa melalui jaringan atau kos yg tinggi. (kos nak perkenalkan sesuatu produk adalah tinggi yer lebih2 lagi jika menggunakan artis.. cuba google search berapa jenama2 lain byr artis2 tu..Bisnes MLM ni pengedar itu sendiri yang menjadi model/artis...hihi). Oleh yg demikian, kos tersebut dapat syarikat peruntukkan untuk pengedar yang layak memenuhi syarat pelan pemasaran yg disediakan

Bisnes MLM pilihan saya adalah jenama SHAKLEE. Syarikat nutrisi kukuh yang telah berada di pasaran lebih dari 50tahun.Malah lengkap dgn beratus clinical studies, jadi tak perlu saya investkan duit lagi utk membuat ujikaji...hihi...Malah sy membuka 'kedai alammaya' yakni blog mamafaiz hanya dengan berbekalkan modal ZERO... blogspot free lah.. manaada kena byr.. cuma selepas beberapa bulan, saya upah orang utk makeupkan blog.. adalah dlm RM 100 je.. ..Okeyla daripada invest ratus ribu or puluh ribu.. Rugiii nantii

Ketika saya mulakan bisnes ini,saya tak terfikir pun sejauh ini perjalanan bisnes saya..sejauh ini akan saya capai.. betullah org tua2 kata. tuah ayam nampak di kaki.. tuah MANUSIA siapa yg tahu.. yer tak.... Bila kenang2 balik, mmg kadang rasa nak nangis...hihi... NAK 1000 daya betul tak....

Alhamdulillah.. MLM yg sy pilih ini dah byk manfaat yg saya kecapi bukan sekadar bonus bulanan yang berkepuk2.. lebih dari itu ..manfaat yg tak dpt dijual beli dgn wang ringgit..manfaat kesihatan (rasa makin cantik.. hahahha.. eh bukan i sorang je. makin ramai yg makin sihat dan makin cantik.. happy rasa)...bebas kewangan (boleh shopping tanpa risau duit ada ke tidak..hahhah)... dapat bantu lebih ramai orang..(kalau dulu nak kluarkan zakat/sedekah 2-3 angka rasa mcm bykkk jer.. sekarang 6angka pun tak mustahil)..dan oh yer saya ada lebih ramai kawan.. yg dah jd mcm keluarga.. I love keluarga besar Jutawan... mereka tulang belakang bisnes ini.. manfaat lain adalah dah tak perlu risau pasal duit pencen.. sekarang income dah masuk level income pasif.. dan yg pasti.. ia boleh diwarisi.. bertuah la anak I si Faiz tu..hihi..dan banyak lagi manfaat yg tak terungkap dgn kata2.

Bagi saya, apa jua perniagaan yg anda lakukan.. konvensional atau MLM..tak dapat lari daripada kesusahan,keperitan,risiko... Saya kagum dengan mereka2 yg menceburkan diri dlm dunia perniagaan...Pesanan saya,buat bersungguh2 dan yakin padaNYA.. InsyaAllah, kejayaan pasti milik anda...

Percayalah, tiada istilah RUGI jika menyertai MLM melainkan anda yang berhenti SEPARUH JALAN atau pun anda salah melabur... nak buat MLM bukan labur duit.. tapi labur tenaga,usaha, masa,senyuman..... Saya pernah gagal dlm MLM yg pertama.. kenapa? kerana salah memilih syarikat.. gagal sekali bukan bermaksud selamanya gagal.. Sekarang dah terbukti, saya berjaya meraih income pasif bersama MLM sedia ada..

Untuk sukses dlm MLM harus pegang dua tips dibwh
1-Sanggup laburkan USAHA TENAGA,MASA.. anda tanya diri anda berapa banyak yg anda sanggup laburkan...bukan duit ye.. tetapi usaha, tenaga, masa
2- Menanam SEDALAM MUNGKIN keyakinan,doa dan harapan anda pada Sang Pencipta.. Dia yg Maha Kaya Maha Pemberi...

Satu lagi yg sangat penting, jika anda membuat keputusan ingin memilih bisnes MLM (tak kisah lah mana2 MLM sedia ada), pastikan syarikat dan produk pilihan anda benar2 stabil,kukuh, berlandaskan syariah dan bukan mengamalkan sistem piramid. Kaji dulu yer jangan main ikut2an.. Jgn mudah terpengaruh.. Mmg dgn MLM boleh cepat kaya..tapi tiada kekayaan yg datang bergolek tanpa usaha yg keras. Saya sendiri bekerja keras selama 2thn pertama..byk yg saya dah korbankan sebelum sampai ke level ini..

Panjang pulak coretan di hari jumaat yang penuh ceria ini..Itulah bisnes saya.. bisnes MLM Shaklee melalui internet.yang sudah pun mencapai phasa pasif income.Alhamdulillah... Saya doakan semua yang membaca beroleh kesejahteraaan, kegembiraan dan selamat berhujung minggu.. Nantikan lebih byk tipsmagika dan ceritamagika dari saya.. moga bermanfaat buat semua

sumber : Magika Cery si kelip-kelip

Modal Bisnes Shaklee - Sekeping Hati

Sekeping Hati untuk Bisnes Shaklee!


Ramai yang tanya saya sendiri, apa yang perlu ada untuk bisnes Shaklee, macam mana nak mulakan? Selepas setahun saya bersama Shaklee, saya setuju dengan kata-kata Presedential Master Cery, bisnes Shaklee memerlukan SEKEPING HATI! :)

sumber


*************
Selamat pagi semua.. tiba2 pagi ni saya nak tulis tentang modal utk berbisnes ..maksud saya bisnes yg macam saya buat ni..bisnes online bersama Shaklee.(from zero to hero... from resigned engineer  in a big oil&gas company to successful WAHM doing Shaklee.....from distributor to Presidential Master in Shaklee.)....Jadi jgn salah faham yer.. sbb bila sebut bisnes.. ada mcm2.. kotlah tanya bisnes hartanah.. bisnes saham.. bisnes yg lain2.. tak retilah saya nak jwb.. hahaha..saya tau bisnes dgn Shaklee jer..hihi..

Antara soalan hot yg sering saya dapat...... 'Kak.. berapa ribu nak start biz  shaklee mcm akk buat skrg?".'Kak, berapa modal nak start ni"... kak itu. kak ini.. sume ingat saya keluarkan beribu utk start biz.. hahhaa.. saya gelak jer... Kenapa plak nak beribu2 .. langkah pertama cuma jadi member iaitu RM75 bagi semenanjung malaysia dan RM85 utk sabah sarawak.. Kenapa kena jadi member? sbb nak entitle utk semua benefit2 seperti cash, convention dan sebagainya.  Itu jer la.. buat apa nak beli berlonggok2.. lainla kalau mmg dah stabil .. dah ada regular customer dan sales anda hari2 ribu2.. tapi kalau baru nak start.. memadai jadi ahli dan start berkongsi pengalaman anda bersama produk Shaklee.. itu sahaja.. Bab penghantaran boleh minta company yg hantarkan.. Kalau nak beli barang pun utk sendiri atau kongsi dgn kwn2...

Jika saya sebut modal RM10K.. or RM20K... or RM30K... saya percaya semua org mampu sediakan... tak kisahlah cemana cara pun.. bergolok gadai, pinjam, loan bank,merompak (oppss.. jgn buat ya.. haha)... dan sebagainya.. semua orang mampu sediakn.. yer tak....sbb manusia ni nak jalan cepat sahaja nak jadi kaya so sanggup bergolok gadai bab sediakan duit..  tapi kalau saya kata kalau anda nak berjaya.... saya hanya nak anda sediakansekeping hati yg kental, otak yg 'fresh' .... itu sahaja .. rasanya ramai yg teragak2 nak jwb boleh atau tidak. kerana itu semua tak boleh dibeli dgn wang ringgit  ia kena datang dari anda sendiri...... haha.. InsyaAllah kalau ada semua tu.. anda boleh pergi jauh dan boleh capai income pasif mcm saya.. InsyaAllah......
Saya tak nafikan manusia ni... nak jalan yg mudah.. nak jln cepat..nak shortcut.. nak senang jer.. tapi tak berapa sanggup nak hadapi kesukaran.. cabaran... tak sanggup nak berikan sepenuh hati .. takde komitmen. Mari saya bagi contoh yg lain.. cth kalau saya kata nak berjaya kena kuarkan duit zakat sedekah.. rasanya ramai yg boleh buat dgn senang hati.... tapi kalau sy kata tips lain adalah kena rajin bangun malam (bukan sekadar main intenet..haha) tapi bangun mlm utk tahajud, duduk lama di tikar sejadah,....ramai yg senyum2 kelat nak ckp ye or tak..

Ape2 pun.. terus terang sy ckp.. saya tak pernah pun setkan rules yang sebagai permulaan anda kena modal beribu2 ringgit utk sampai ke tahap saya sekarang ni.. ramai yg tak percaya. tapi sy selalu ckp kat anak2 buah saya..... kalau betul anda anda duit beribu pun utk permulaan.. tak perlu gunakan semuanya sekaligus utk beli stok atau rank...kemudian blur... saya taknak empayar bisnes saya jadi mcm mi segera.. sedap sekejap je....  Untuk berbisnes seperti saaya dan sampai ke tahap seperti saya sekrang ini..modal nya hanya RM75 iaitu register membership. dan kemudian bersedia utk ikut apa sahaja tips yg diberi oleh upline/mentor.... jgn byk tanya soalan yg tak sepatutnye. maksud saya jgn ragu2 dgn apa yg upline suruh buat..hihi... asas kene kukuh.. cth kita nak dirikan bangunan, kalau asas rapuh.. bila2 sahaja bangunan akan runtuh.. yer tak..sbb tu mana2 MLM yg 'hidup' sebentar sahaja.. atau pun awal2 je syok2 pastu 'jatuh'...  semua disebabkan asas yg rapuh.. longgar.. ...Dlm MLM, konsepnya adalah berkadar songsang. 1-2tahun pertama yg sukar tapi hasil tuaiannya tak setimpal dgn usaha dan penat lelah...tapi tahun2 seterusnya usaha tak seteruk mana menghasilkan 'bunga2' dah start berputik.. dibaja..dijaga..yg subur.. akan memberi hasil tuaian yg lumayan.. InsyaAllah....Jika betul caranya.semua orang pun berpeluang utk meraih kejayaan.


Dlm Shaklee.. ada banyak group..ada banyak mentor... anda boleh pilih mana2 (dgn cara yg sah)..yg anda suka..yang anda selesa....cuma ingat yer...dalam perjalanan nak menuju kejayaan.. nak atau taknak kena harungi suka duka liku2 cabaran... Jadi setakat modal ribu2.. tak mencukupi utk buat anda bertahan... anda perlukan lebih dari itu..iaitu sekeping hati yg kental...dan pastinya semua orang memiliki 'modal' ini..Saya akhiri entry ini dgn lirik lagu suci sekeping hati khas buat semua..

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba





Aku Sampai pada Keadaanku sekarang kerana PERJUANGAN.



Aku sampai pada keadaan ku yang  sekarang adalah dengan perjuangan,
Dan selama nafas ini masih terus berhembus,
selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang,
Berjuang dan terus berjuang….


Kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan tanpa  henti,
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang,
Tengok saja…
seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan lingkungan asing yang belum pernah ia kenal sebelumnya,
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya menjadi generasi yg tangguh,
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi  keluarganya,
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu,
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan  kehidupan yang layak,
Yang sedang  jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu,
Yang baru bertudung, berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya,
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga,
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh  orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan  tabah menjalani kehidupannya..

Yang berselisih berjuang untuk berdemai,
Dan setiap hamba ALLAH  berjuang untuk kembali kepada Allah,
 serta memiliki tugas untuk memperjuangkan  agama Allah,  
menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi …

::OSD::



sahabat seperjuangan di KSKB..:)

Fungsi Selenium dalam Vita E Shaklee

Assalamualaikum wrt wbt..

Hari tuh saya ada terima mesej daripada seorang sahabat, pelajar farmasi di salah sebuah IPTA, bertanyakan SELENIUM. Dia tanya Vita E Shaklee ada Selenium kan? Bila saya kata ada, terus dia order satu. Wah, mesti dia belajarkan fungsi Selenium kepada badan, terus contact kita nak sumber dari asli..:)


APA ITU SELENIUM

sumber selenium


Selenium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang sifatnya sangat tidak stabil, memiliki satu electron atau lebih yang tidak berpasangan, menimbulkan penyakit jantung, rematik, katarak, kanser dan lain-lain. Radikal bebas secara terus menerus terbentuk melalui proses dari dalam tubuh seperti peristiwa metabolisme sel normal, peradangan, kekurangan gizi dan juga dari luar tubuh seperti pencemaran , sinar matahari, asap rokok, dan sebagainya.
Selenium merupakan mineral yang berfungsi sebagai antioksidan dalam tubuh. Selenium tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh, tetapi diperoleh dari makanan sehari-hari, yang terdapat dalam ikan, padi-padian, daging, dan sayur yaitu brokoli. 
Jadi, fungsi selenium sangat penting bagi tubuh, antara lain:


  • melawan radikal bebas, tubuh secara alami memiliki kemampuan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel dan menimbulkan berbagai penyakit. Di dalam tubuh selenium bekerja sama dengan vitamin E sehingga berfungsi sebagai antioksidan.
  • Meningkatkan kekebalan tubuh, kerana selenium bekerja memperbaiki system imuniti ( kekebalan tubuh ) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil penelitian selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanker kulit akibat paparan sinar matahari. Jadi selenium bermanfaat sekali untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.
  • Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E, karena itu bila kadar selenium berkurang maka tubuh akan mengalami penuaan dini yaitu sel yang rosak sebelum waktunya. 
  • Kita di cadangkan mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari. Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi tiroid kelenjar.
 Macamana nak cukupkan sumber selenium dalam diet harian?? 

Anda boleh pilih makanan yang kaya dengan Selenium seperti Brokoli, Tiram, Buah Tembikai, Bawang putih, dan bayam.

Kena masak laa dulu kan?? Kalau masak dengan suhu panas yang tinggi atau "over-cook", agak-agak ada lagi tak selenium yang tertinggal dalam sayur-sayur tu untuk kita makan. Kalau ada, berapa percent???

pilih cara yang paling mudah iaitu dengan mengambil Vitamin E Complex with Selenium & Grape Seed Extract Shaklee yang mengandungi 10mg SELENIUM SEMULAJADI

Vita E Complex dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d- alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E( alpha, beta, delta, gamma) 

Kalau nak tahu juga, gabungan selenium dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutama pada pergerakan sperma. Sebab itulah dalam SET KESUBURAN SHAKLEE..:)


sumber: MamaDasuki

so, tak perlu fikir banyak kali, vita E Shaklee memang terbaik! serius wa tak tipu..eheh

wallahuallam.

Sebarang pertanyaan, konsultansi produk Shaklee,pengalaman saya dengan Shaklee dan apa-apa persolan berkaitan, boleh hubungi saya seperti di bawah, InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan izinNya.. :)

Whatsapp/Telegram: 013-4030013
emel: norhanifah92@gmail.com


Facebook: www.facebook.com/are.niefah

BIOFLAVANOIDS pada VItamin C Shaklee yang anda Tidak Tahu..

Assalamualaikum wrt wbt..

wahh,makin banyak order masuk untuk Vitamin C SR nih, alhamdulillah..ada yang dah repeat order banyak kali. Nah, semua orang dah rasa kebaikan Vitamin C, yang belum rasa cepat-cepatlah rasa ea. kan menyesal. eheh




sumber


tengok, ada label Bioflavanoids

Mari kita kenali apa itu BIOFLAVONOIDS. 
sharing by Sis Nurhasnirah

Bioflavonoids merangkumi sekumpulan besar nutrien dengan aktiviti antioksidan. Bioflavonoids sitrus, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan nutrien yang berasal dari kulit dan pulpa produk sitrus. Bioflavonoids sitrus bertindak secara sinergistik dengan vitamin C. Setiap bahan meningkatkan tindakan yang lain. Bioflavonoids sitrus diperlukan oleh vitamin C untuk digunakan dengan berkesan oleh badan. Ia juga memanjangkan keberkesanan vitamin C dengan melambatkan kerosakan. Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P atau biasa disebut dengan nama Flavonoids merupakan kelompok pigmen yang larut dalam air. 


Flavonoids adalah kelompok dari senyawa polyphenoic yang banyak terdapat pada berbagai jenis tanaman. Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, citrin, luteolin, dan flavonoid lainnya. Nutrien ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu dapatkan dari makanan. Bioflavonoids dapat bekerja dengan baik iaitu dengan adanya vit B6, Vit c, vit E, Tyrosine, Calsium dan zinc Bioflavonoid terhasil daripada bahagaian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan , bunga, herba dan bijirin. penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai: 

anti-radang
 anti-alergi
 anti-virus 
anti-kanser


 *Bioflavonoids ada 4 jenis. Citrus Bioflavonoids adalah selamat dan tiada kesan sampingan serta selamat untuk ibu hamil. Fungsi Bioflavonoids dan Vitamin C Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk : 

1. melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah dan mengatur penyerapannya.

 2. mempunyai kesan antibakteria

 3. menggalakkan peredaran darah 

4. merangsang pengeluaran hempedu 

5. mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah 

6. merawat dan mencegah katarak

 7. bertindak sebagai antihistamin 

8. mempunyai ciri-ciri anti-radang 

9. mengurangkan gejala herpes mulut 

10. membantu vitamin C dalam menjaga collagen agar tetap dalam kondisi sihat, ~membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C, 

 11. mencegah kerosakan vitamin C kerana pengoksidaan.

 12. mengurangi hipertensi, 

13. mengurangi pendarahan, 

14. membentuk penghalang pelindung terhadap jangkitan 

15. dapat mengurangi gejala-gejala pendarahan jangka panjang, serum kalsium rendah. 

16. merupakan antioksidan, pencegah pembentukan radikal bebas.

 17. mencegah terjadinya serangan penyakit jantung coronary dan stroke.


  Ini adalah kerana gabungan ini mampu mencegah pelekatan sel darah merah dan kerosakan HDL. Tambahan makanan sumber flavonoid melancarkan kembali darah pekat akibat penyumbatan pembuluh darah oleh kolesterol dan menjaga kadar normal HDL Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan.


 Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan. Dan apa yang BEST nya tu, kesan antioksidan bioflavonoids yg sama macam ni jugak berlaku pada manusia yg mengambilnya.

Oleh itu, vitamin c yang tak ada bioflavanoids nih kira tak 'power' berbanding yang ada. Alhamdulillah, sebab itu saya yakin dengan Vitamin C yang saya ambil sekarang..:)

wallahuallam.



Sebarang pertanyaan, konsultansi produk Shaklee,pengalaman saya dengan Shaklee dan apa-apa persolan berkaitan, boleh hubungi saya seperti di bawah, InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan izinNya.. :)

Whatsapp/Telegram: 013-4030013
emel: norhanifah92@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/are.niefah