5 Petua untuk Tumbuhkan Rambut!

Assalamualaikum wrt wbt..

Mempunyai rambut yang tebal,panjang, licin, besinar gituh memang semua orang nak. Saya suka tengok rambut Fauziah Gous, dan Anzalna..cantik! Rambut tuh selalu orang tafsirkan macam mahkota untuk setiap wanita. Sebab tuh kalau wanita yang ada masalah rambut gugur atau rambut nipis, rasa frust kan?


sumber

Sebab biasa terjadinya masalah rambut gugur nih termasuklah kuranf nutrisi, hormon tak stabil, stress, guna produk rambut yang tak sesuai, genetik dan macam-macam lagi. Tapi jangan risau sebab ada petua yang boleh kita apply. Memang menjadi dengan izinNya, tapi kenalah sabar, sekurang-kurangknya sebulan jugak.hi.

jom kita tengok petua yang saya ringkaskan dari page Top 10 Home Remedies

1. Urutan Kulit Kepala dan Rawatan Minyak Panas.

Urutan di kulit kepala dapat melancarkankan peredaran darah dan merangsangkan pertumbuhan rambut. Hanya 5 minit sahaja setiap hari, dah boleh tengok kesan. Urut dengan cara bulatsn dengan tekanan yang rendah dan ini membantu untuk membuka salur darah dan meningkatkan peredaran darah. Boleh juga urut dengan minyak panas sekali atau 2 kali seminggu. Panaskan minyak kelapa atau zaitun dalam microwave atau buat secara 'double boiling', macam panaskan cokelat tuh.


sumber

2. Telur

Telur bukan sahaja untuk kecantikan kulit, tapi boleh juga untuk rambut kerana telur adalah sumber protein yang tinggi. Rambut kan diperbuat daripada protein keratin. 

sumber

  • Pecahkan 2 biji telur, ambil telur kuning dan campurkan dengan 2 sudu minyak zaitun. Lumurkan pada rambut dan biarkan 15 hingga 20 minit. Bilas dengan air sejuk kemudian pakai shampu macam biasa.
  • boleh juga campurkan telur kuning dengan 1/4 mayones dan yogurt asli kemudian blend. Buat macam hair mask pastu cover dengan shower cap. Biarkan setengah jam macam tuh, pastu bilas.  

3. Lemon

Selalu guna limau kan, lemon pun boleh juga ea. Lemon nih kaya dengan vitamin CB2,B3,B5,B13, folic acid dan pelbagai nutrien. Jus lemon nih jugak boleh sinarkan rambut.lembut dan bebaskan kelemumur. Bila kita lumurkan di kulit kepala, ia akan ransang peredaran darah dan mencegah rambut lurus. Tapi ingat, jangan guna secara berlebihan sebab lemon nih boleh menyebabkan warna rambut semakin cerah.
 
sumber
  • Capurkan sebelah jus lemon dengan minyak kelapa atau minyak zaitun.
  • Sapukan pada kulit kepala dan rambut serta biarkan selama 30 hingga 45 minit.
  • Bilas dengan shampu.
  • ulang sekali atau 2 kali seminggu.

4. Minyak Ikan

sumber


Minyak ikan kaya dengan Omega 3 fatty acid yang menggalakkan rambut menjadi lembut, licin, bersinar malah boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Kekurangan omega 3 ini akan menjejaskan pertumbuhan rambut. Amalkan suplemen minyak ikan setiap hari sekurang-kurangnya selama sebulan, cuba lihat kesannya!

5. Santan

sumber

Terus ingat pada Ella! cantik kan rambut Ella? sebab Ella guna santan! Santan mengandungi vitamin C,B, dan E seperti calcium, magnesium, zat besi, fosforus, selenium dan banyak lagi nutrien. Ia akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur. Anda juga boleh ambil santan segar dan jadikan menu harian anda.


Mudahkan? Boleh cari kat dapur ja bahan2 nye nih. Kalau korang perhatikan, pertumbuhan rambut nih sangat berkaitan dengan sumber nutrien seperti Vitamin C,B,E dan Omega 3. Boleh lah cuba petua nih. Tapi bahan dah natural, shampoo pun janganlah dari bahan kimia pulak ea. Pastikan  Shampoo dari bahan semula jadi yang kaya dengan vitamin.

Selamat Mencuba!

Wassalam. 

No comments: