Yaasinn...

ketika tangan mula menyentuh Al-Quran,
aku menyelak surah yassin dengan terketar-ketar,
memori kembali memahat,
pandangan mula kabur,
air yang panas mengelilingi mata kecilku,

abang,
aku merindui senyumanmu..
aku merindui gelak tawamu,
aku merindui usikanmu,
aku merindui gerak gerimu,
aku merindui telatahmu..

Oh Tuhan,
bukan aku tidak redha pemergian dirinya,
aku sangat merinduinya,
terima kasih kerana menghadirkan dirinya dalam mimpiku,
dia datang dengan senyuman,
melambai pergi dengan senyuman,
tenanglah dirimu abang tersayang.

Mak,
maafkan aku kerana menangis di belakangmu,
aku tidak kuat,
aku lemah,
aku hanya bertopengkan tawaku,
tapi mak, aku sengsara,
aku derita meniti hariku,
aku hanya gadis kecil  yang menangis di masa sunyiku..

Abah,
abah selalu berpesan,
anak abah harus kuat,
tapi abah, 
anakmu tetap begini,
lemah menghadapi dugaan ini,
aku mahu berada di sisimu,
saat kau membelai rambutku,
saat kau memimpin tanganku mengikuti langkahmu,
saat kau ucapkan kalimah nasihatmu..

Abang,kakak..
adikmu tidak berdaya,
adikmu tidak berkuasa,
papahlah aku mendampingi langkah kalian,
bangunkan aku yang kejatuhan,
sedarkan aku dengan rahmat Tuhan..

Adik,
maafkan aku,
aku tidak sekuat dirimu,
aku tidak setabah dirimu,
aku bukan contoh buatmu,
aku hanya kakak yang sentiasa memerlukan sokonganmu..


11.36pm
11/2/2012
bilik 90..

i miss him.

i cry for him...really miss him...
Ya Allah,tempatkannya di kalangan hambaMu yg solehh...
amin...