Aku cinta JARAK dan MASA

assalamualaikum..

entah,tiba2 rasa nak menulis..xtau nak menulis gapo..actually dah terdraft dua benda..salah satunya pengalaman kt wad kecemasan..tapi tiba2 mood bertkar plak,,malaih den nak nulih..hihi..:)

emm,dah masuk 25 disember..25 disember..25+1=26 disember..:)
26 Disember 2012..dah hampir 3 tahun berlalu..kei..xpelah, betul lah kata orang..masa yang membawa segala2nya..aku terima semua itu..itu jalan yang aku pilih, jadi aku kena REDHA. Dan aku harap orang di sana turut redha dengan pilihan ini. Walaupun dah nak hampir 2 tahun, aku tetap rasa sedikit ketidaksempurnaan dalam pilihan aku,bakpo? sebab aku tidak menerima apa2 respons positif atau negatif dari pihak sana..tak mengapalah. Allah yang rancang semuanya, dan aku juga yang pilih, kerana apa? KERANA ALLAH.

Aku memilih JARAK kerana aku percaya jarak bukan sahaja memisahkan dua hati tetapi jarak juga dapat memutuskan RASA. Aku memilih MASA kerana masa juga dapat menghilangkan rasa dalam hati, rasa apa?  :)

Memang benar, dulu itu kisah2 remaja sahaja, masa kita dah nak meningkat dewasa, baru kita rasa, ianya hanya bingkisan coretan yang kecil-kecil sahaja. Aku positifkan diri, apa yang penting aku akan UTAMAKAN apa yang perlu DIUTAMAKAN. Walaupun, rasa itu hadir, aku akan pastikan ianya akan berlalu. Biarlah rasa yang ada ini untuk yang HALAL sahaja. Tentang kisah yang tidak ada penamat itu biarlah kusimpan sebagai kenangan zaman remajaku. Tanpa kisah itu, tidak akan ada aku yang sekarang..:)

Mungkin orang nampak physically aku dah berubah walaupun xdelah 100%, tapi aku dalam proses perubahan, xpelah x 100%, aku tetap aku yang dulu, siapa aku sekarang, adalah aku yang mencari siapa aku dalam diriku..sebagai HAMBA ALLAH..:)

Tiap kali aku ternampak kelibat itu di alam maya, ada rasa yang menyapa. Tangan ini kadang2 rasa ditarik2 untuk menaip di chat box, tapi tetap ku tahan, tahan,tahan, dan tahan..Allah suka orang yang BERSABAR, SABAR itu INDAH wahai diri..pahit rasa untuk ditelan, tapi aku percaya MANISnya pasti datang..:)

            ''..Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang SABAR.." [2:153]


Diammu itu sebenarnya memang fitrah kaummu, aku terima. Aku percaya diammu bersebab, aku tahu kau terluka tapi aku lagi terluka. Tapi aku tahu, luka itu sudah pun sembuh kan? Allah yang memberi luka itu kepada kita, dan DIA jugalah yang menyembuhkannya..hebatkan Allah?:)

Tapi, suatu hari nanti, kita pasti bersua, kalau bukan di dunia, akhirat PASTInya..Semoga Allah mengampunkan dosa kita..Amin.

P/S: Doaku semoga kau tetap menjadi seseorang yang aku kenal dahulu, ketika aku mengagumi agamamu, bukannya dirimu..:)







Gaza,Allah ada untuk kita..

Gaza..
PALESTIN..
nama yang tidak pernah SUNYI dengan coretan kisah duka..
tempat para anbiya kini bermandikan DARAH..
berhujankan PELURU..
bercahayakan LETUPAN..
bersuarakan MERIAM..

Gaza..
Aku lihat ada SENDU di tanahmu..
tapi tidak pada WAJAH HATImu..
walau diuji HEBAT engkau tidak GENTAR..
Allahurabbi..
SYAHID itu matlamatmu..
PENGECUT itu musuh ketatmu..

Di sini,
aku SELESA dengan keamanan yang ada,
sehingga aku ALPA dan LEKA..
berperang dengan NAFSU dan NIKMAT duniawi..
Astaghfirullahalazim..
MALU nya aku pada MU..
malunya aku pada GAZA..

Gaza..
walau HIDUP ku penuh dengan nikmat keamanan,
aku berjanji tidak akan HANYUT,
sehingga aku LUPA akan dirimu,
kerana Gaza adalah NADI agamaku,
AQSA qiblat PERTAMA nenek moyangku..
tidak sekali aku biarkan Gaza SEPI keseorangan..
walau aku tak mampu berada di sana mempertahankan dirimu,
tapi aku percaya DOAku dapat menjadi SENJATA buatmu..
malah bukan hanya diriku,
saudara sedarahmu juga bergandingan menadah DOA buatmu..
Gaza..kami ada untukmu..
Allah ada untuk kita....



Akan Tiba jugak,,

Bismillahirrahmanirrahim..
Entah, hari ini rajin nak update blog,
padahal tiba2 kekeringan idea untuk menulis..
tadi macam2 duk pikir, dan nak tulis,
tup2 lenyap begitu sahaja..:)
cuma hari ini, ada the best moment..
tadi p melawat perkampungan orang asli..alhamdulillah it's nice..
rasa KETENANGAN, ada HIKMAH di situ..
biarlah hanya Allah dan diriku je tahu..
balik ja, terus termenung panjang..
tiba2, mengalir plak air mata nih..T.T
yea, i need to leave something..
it's my promise with Allah..
dan aku kena tunaikan..
rasa ini biarlah hanya Allah je yang tahu..
sebab dia mengatur semua ini..
Allah xkan buat semua ini dengan sia2,
at first time, aku dah bleh rasa it would be happen..
dan it's HAPPEN now...Allahurabbi..
dan aku dah JANJI, bila ianya terjadi, aku kena TINGGALKAN ia..
biarlah ianya mungkin tak adil bagi pihak sebelah sana,
tapi i know..i'm nothing kalau nak dibandingkan yang lain..
masih ramai lagi yang lagi baek dari aku yang masih cetek dengan agamaNYA..
tapi aku akan cuba yang sedaya upaya..
dulu aku YAKIN aku dapat ELAK
tapi memang betol Allah kata,
manusia nih lemah..lemah..lemah sangat..
Allahurabbi..
akan tiba di mana aku akan melupakan sebelah SANA..
maaf, aku xmmpu..andailah kau tau..
tapi aku akan pastikan kau takkan tau..:)
biar aku dan DIA ja yang tahu..
itu yang TERBAIK..
sekian....