Gaza,Allah ada untuk kita..

Gaza..
PALESTIN..
nama yang tidak pernah SUNYI dengan coretan kisah duka..
tempat para anbiya kini bermandikan DARAH..
berhujankan PELURU..
bercahayakan LETUPAN..
bersuarakan MERIAM..

Gaza..
Aku lihat ada SENDU di tanahmu..
tapi tidak pada WAJAH HATImu..
walau diuji HEBAT engkau tidak GENTAR..
Allahurabbi..
SYAHID itu matlamatmu..
PENGECUT itu musuh ketatmu..

Di sini,
aku SELESA dengan keamanan yang ada,
sehingga aku ALPA dan LEKA..
berperang dengan NAFSU dan NIKMAT duniawi..
Astaghfirullahalazim..
MALU nya aku pada MU..
malunya aku pada GAZA..

Gaza..
walau HIDUP ku penuh dengan nikmat keamanan,
aku berjanji tidak akan HANYUT,
sehingga aku LUPA akan dirimu,
kerana Gaza adalah NADI agamaku,
AQSA qiblat PERTAMA nenek moyangku..
tidak sekali aku biarkan Gaza SEPI keseorangan..
walau aku tak mampu berada di sana mempertahankan dirimu,
tapi aku percaya DOAku dapat menjadi SENJATA buatmu..
malah bukan hanya diriku,
saudara sedarahmu juga bergandingan menadah DOA buatmu..
Gaza..kami ada untukmu..
Allah ada untuk kita....



No comments: