Aku cinta JARAK dan MASA

assalamualaikum..

entah,tiba2 rasa nak menulis..xtau nak menulis gapo..actually dah terdraft dua benda..salah satunya pengalaman kt wad kecemasan..tapi tiba2 mood bertkar plak,,malaih den nak nulih..hihi..:)

emm,dah masuk 25 disember..25 disember..25+1=26 disember..:)
26 Disember 2012..dah hampir 3 tahun berlalu..kei..xpelah, betul lah kata orang..masa yang membawa segala2nya..aku terima semua itu..itu jalan yang aku pilih, jadi aku kena REDHA. Dan aku harap orang di sana turut redha dengan pilihan ini. Walaupun dah nak hampir 2 tahun, aku tetap rasa sedikit ketidaksempurnaan dalam pilihan aku,bakpo? sebab aku tidak menerima apa2 respons positif atau negatif dari pihak sana..tak mengapalah. Allah yang rancang semuanya, dan aku juga yang pilih, kerana apa? KERANA ALLAH.

Aku memilih JARAK kerana aku percaya jarak bukan sahaja memisahkan dua hati tetapi jarak juga dapat memutuskan RASA. Aku memilih MASA kerana masa juga dapat menghilangkan rasa dalam hati, rasa apa?  :)

Memang benar, dulu itu kisah2 remaja sahaja, masa kita dah nak meningkat dewasa, baru kita rasa, ianya hanya bingkisan coretan yang kecil-kecil sahaja. Aku positifkan diri, apa yang penting aku akan UTAMAKAN apa yang perlu DIUTAMAKAN. Walaupun, rasa itu hadir, aku akan pastikan ianya akan berlalu. Biarlah rasa yang ada ini untuk yang HALAL sahaja. Tentang kisah yang tidak ada penamat itu biarlah kusimpan sebagai kenangan zaman remajaku. Tanpa kisah itu, tidak akan ada aku yang sekarang..:)

Mungkin orang nampak physically aku dah berubah walaupun xdelah 100%, tapi aku dalam proses perubahan, xpelah x 100%, aku tetap aku yang dulu, siapa aku sekarang, adalah aku yang mencari siapa aku dalam diriku..sebagai HAMBA ALLAH..:)

Tiap kali aku ternampak kelibat itu di alam maya, ada rasa yang menyapa. Tangan ini kadang2 rasa ditarik2 untuk menaip di chat box, tapi tetap ku tahan, tahan,tahan, dan tahan..Allah suka orang yang BERSABAR, SABAR itu INDAH wahai diri..pahit rasa untuk ditelan, tapi aku percaya MANISnya pasti datang..:)

            ''..Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang SABAR.." [2:153]


Diammu itu sebenarnya memang fitrah kaummu, aku terima. Aku percaya diammu bersebab, aku tahu kau terluka tapi aku lagi terluka. Tapi aku tahu, luka itu sudah pun sembuh kan? Allah yang memberi luka itu kepada kita, dan DIA jugalah yang menyembuhkannya..hebatkan Allah?:)

Tapi, suatu hari nanti, kita pasti bersua, kalau bukan di dunia, akhirat PASTInya..Semoga Allah mengampunkan dosa kita..Amin.

P/S: Doaku semoga kau tetap menjadi seseorang yang aku kenal dahulu, ketika aku mengagumi agamamu, bukannya dirimu..:)







1 comment:

syhrmdzffr said...

ehem. moga kak aa kuat :.) walopun syira tak tahu sape kah dia itu..