Assalamualaikum wbt..:)

Today is the last day dekat Klinik Kesihatan Parit, which is last penglibatan dalam Unit Perkhidmatan Sekolah. Alhamdulillah, malam terakhir ini berpeluang untuk menulis sedikit sebab dah siap packing barang and nothing to do. Daripada layan cerita <seperti sebelum ini>, baik menulis kan..hehe

Semalam macam biasa online MukaBuku. Tengah scroll timeline, mata ni terpaku pada satu gambar kawan lama masa sekolah, gambar berlatarkan pemandangan yang bukan di Malaysia, oyeah, Oversea. Pelik sebab setahu me, dia belajar di uni tempatan after asasi. Lepas tuh buka profile dia, memang sah dia belajar kat oversea..:O

Masa tuh mengimbau kembali ketika pada zaman persekolahan. Me dengan dia sangat rapat, boleh dikatakan kawan baik masa tuh. Kami memang dalam kelas selalu berlumba-lumba mendapat tempat pertama dalam kelas..:) Lepas UPSR, dia sambung belajar dekat MRSM dan me pula dekat sekolah agama. Masa itu still contact. Kemudian, lepas PMR, me dapat sambung belajar di MRSM dan dia still berada di MRSM tapi di MRSM Bitara iaitu Bijak Tanpa Tara,heehe..MRSM Bitara nih kira top student lah, me pula MRSM biasa2 je..:)

Lepas dapat result SPM, she call me as usual after got result, he..masa PMR pun dia ada call. Masa PMR me terlebih satu A daripada me, tapi masa SPM, dia pula terlebih satu A..hehe..adil lah kan..:) Tapi dia tetap pandai dari me lah..kita biasa-biasa sahaja. Dia cakap tak puas hati sebab dia dapat B+ Biology, masa tuh me tak cakap apa pun sebab me walaupun dapat A Biology, Physics kita B tau..u.u memang me lebih interest kepada Bio zaman SPM..nak jadi doctor kan,,hehe..tapi bila Physics and AddMath kita say bye2 lah..hehe

Then, kami sesama dapat belajar di Pusat Asasi, same course. Foundation in Science. Tapi berlainan group, jadi kami hanya kadang-kadang je jumpa. Lagipun me malu nak jumpa dia, she more clever than me..:) Tapi ditakdirkan me tak berjodoh lama di situ, nak mula mengorak langkah di Diploma. Dia pula habis dan belajar di UKM dalam bidang Kimia.
Sepanjang malam sampai sekarang me masih compare perjalanan hidup kami berdua, dia bertuah..perjalanan yang smooth dan sekarang sedang belajar di oversea sedangkan me still here. Dalam duk tengah fikir, me mula terbayang kenangan lama. Kami dulu antara top 5 sekolah, dalam kalangan top 5, 4 orang mereka dah berada di oversea. Dua orang di Mesir ambil Medic, sorang di Jepun ambil Engine, dan sorang di Australia dan me yang masih di sini. Perjalanan hidup yang tidak seperti rakan seangkatan yang lain, sedang teman yang lain mengejar impian di negara orang, bergelumang dengan buku di universiti, hampir menggenggam segulung ijazah degree, diri ini pula masih mencari diri.

‘’..Betapa hidup ini kita tak sangka. Kita menyangka bila kita berada dia atas, kita akan sentiasa berada di atas. Bila kita pandai, kita akan sentiasa pandai, bila kita baik, kita akan sentiasa baik padahal Takdir bukan kita yang pegang tapi DIA..’’
Astaghfirullahalazim betapa hamba tidak bersyukur. Allah segera memberi tarbiyyah. Me call seorang kawan lama ketika di asasi yang baru lepas buat A-Level, dan tak menyangka bahawa dia antara student yang tidak berjaya menempatkan diri di UK. Mendengar luahan hati seorang rakan banyak memberi kesedaran. Kawan ini adalah antara top student di sekolah, mendapat straight A in SPM. Kawan yang bersama masa jatuh bangun menjadi pelajar asasi. Menolak tawaran belajar di universiti tempatan dalam Kejuruteraan kerana tak minat, dan mula dari bawah semula buat A-Level. Tapi begitulah, sebaik perancangan manusia, DIA yang mengatur perjalanan kita. Sampai sekarang, dia seperti gantung tak bertali. Sponsor semasa di A-Level perlu dibayar jika menyambung ke uni lain, dan jaminan ke maktab seperti yang dijanjikan sebelum ini jika gagal menempatkan diri di UK juga semakin hilang, Bukan seringgit dua yang perlu dibayar, berpuluh-puluh ribu. Bukan anak seorang kenamaan atau orang berada, malah orang kampung macam kita. Jika mengenang kembali, kami mungkin tersilap langkah semasa asasi. Cuba mencari nafas baru di bumi lain, tapi masih lagi diuji.

‘’ Terkadang aku terpikir, kita tak sama dengan orang lain, yang hidup perjalanan mereka smooth sahaja, sedang kita masih terumbang ambing mencari siapa kita..’’

‘’Apa yang kita nak sebenarnya?’’

Tarik nafas. Sedang sibuk membandingkan diri dengan rakan yang sedang berada di tangga atas, aku terlupa ada rakan yang sedang ‘berehat’ di tangga bawah. Begitu lah manusia, sibuk mencari nilai di puncak atas, sampai nikmat Allah bagi pun terlupa. Sedangkan tak semua orang macam kita, di luar sana masih ramai yang tak berpeluang belajar, nak duit pun masih mengharap  belas ihsan seorang bapa tua yang kerja berpanas dan berhujan, sedang kita pula sedang enak menghadap laptop, blog walking, update status, dan online 24 jam..huhu..<me>

Jangan persoalkan takdir, everything happen for a REASON.

Hari ini me belajar, jangan kita asyik bandingkan diri dengan orang yang berjaya, jadikan kejayaan mereka sebagai inspirasi untuk kita perbaiki diri, dan pandanglah orang yang di belakang kita untuk kita sedar bahawa bersyukurnya menjadi diri kita, yang masih lena di atas tilam yang empuk. Setiap orang PASTI diuji, Ujian hebat untuk orang yang HEBAT. Mungkin hari ini kita masih terumbang-ambing mencari kedudukan kita, tapi kenanglah nikmat yang Allah sedang beri sekarang, ketika anda sedang membaca ayat ini. Lihat mata masih merayap membaca perenggan ini, itu adalah nikmat! J

Allah pujuk lagi, Hiduplah untuk Hidup. Yang dicari hari ini bukanlah untuk bekalan hidup di dunia, tetapi bekalan hidup di akhirat. Bukan sijil degree,master,phd yang dibawa sebagai bekalan..jangan terlalu taksub mengejar cinta dunia, seiringlah berjalan mengejar kedua-duanya!

Perbezaan perjalanan hidup kita dengan rakan yang sedang berada di depan adalah membuatkan kita istimewa. Kita yang dipilihNya, berbeza dengan mereka. Istimewa kita, Allah sedang mengajar kita, sedikit kesusahan yang tak dirasa oleh orang lain, insyaAllah bila datang ‘kesusahan’ yang lain, masa tuh kita dah rasa benda itu small matter je..:)
 Kita sedang belajar untuk bangun apabila jatuh, sakit kan bila jatuh? Allah tahu, jangan risau, Allah akan ‘bayar’ ia dengan sesuatu, jangan tanya bila, letaklah kepercayaan itu. ‘Bayaran’ itu mungkin nikmat yang kita sedang rasai sekarang. Bersangka baik dengan Allah, insyaALLAH Allah akan hantar yang baik-baik..:)

Perbezaanmu bukanlah kelemahanmu, malah keistimewaan dirimu..

 Wallahuallam.

20/9/2013 11.12pm