Throwback!

Assalamualaikum wrt wbt..:)

Alhamdulillah,lebih kurang 2 minggu lagi nak tiba bulan Cinta,iaitu Ramadhan..moga Allah sampaikan kita semua di bulan Rahmat.amin..bermakna lagi dua minggu nak bukak sekolah dah..hehe..bukak sekolah nih adalah semester terakhir iaitu semester 6! Maka bertag merah lah kami semua..alhamdulillah, masa berlalu sangat singkat, dari baju kurung ke uniform putih..da sangat pasti semua pelatih rasa bolak balik dah semester akhir maka tanggungjawab pun bertambah-tambah. May Allah ease everything!

Terimbau kembali Januari 2012,,saat kaki ini melangkah ke sini, Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah,Ulu Kinta. Wearing baju kurung warna krim bunga cokelat dengan tudung cokelat, my favourite baju kurung (selalu pakai masa kelas malam SPM). Masa tuh datang dengan sepupu sekali, Sainariah Ismail. Kalai tak kerana si dia nih tak jejak kaki kat sini, mungkin saya pun tak kan ke sini.Sungguh, pilihan ke sini bukan berlandaskan alasan yang kukuh, tapi hidup mesti keluar dari zon selesa.. :)

Bilik pertama F-4-126, tingkat 4! Teringat masa di Pusat Asasi Sains Uitm Puncak Alam, rumah pun tingkat 4, maka angkutlah segala bagai barang ambe yang banyak itu..u.u

Orientasi..oh orientasi. Rasanya dalam hidup nih banyak melalui Minggu Orientasi (sekolah banyak). Dalam minggu ni lah masanya nak kenal orang. Ingat lagi, orang pertama yang dijumpa Siti Zabedah,kemudian Kak Syikin dan my forever roomate kat sini, Ainn..hihi..Masa orientasi, satu group dengan Azilla,Syafiq,Liza,yang lain tak ingat. Kumpulan Kucing masa tuh. Ada satu part, kami kena cari sapa yang sama tarikh lahir,such a kalut event tapi best! maka berjumpalah ambe dengan Ridzuan,Farah Natasha..(20 Februari)..mereka nih semua dah jadi classmate saya. :)

Satu lagi modul,gabung dari 4 kumpulan,kena gabung untuk present satu produk rekaan. Kat sini kenal Yat,lucu! Malam kebudayaan (acara wajib),kat sini mula kenal dengan Sibah dan Syafie. Mereka jadi solo masa nih untuk koir. Malam kebudayaan kenal dengan Hazmi, solo boria..haha.. masa nih orang lain saya tak kenal lagi.hehe

Okay,tamat sudah orientasi. Maka, bermulalah sesi pembelajaran. Tak silap ada 7 subjek masa semester 1. Still wearing baju kurung. Masa nih suka pakai tudung hitam,haha..memang bawak a few tudung ja sebab ingatkan kat sini mana boleh pakai warna warni macam kat uitm.hehe..boleh kata hari2 pakai tudung hitam dan cokelat. Kalau tak sempat, pkai tudung sudu je. Nampak tulus lagi masa nih. Sem 1 kan.. :p

Tiba satu masa, kena buat grouping, satu group dengan Azilla,Syafiq,Ustaz Paan,Ainn,Faiq, yang lain tak ingat. Ustaz Paan masa nih pendiam sangat.haha..sekarang dah banyak cakap kan ustaz? Ditakdirkan, kena plak rombak group, kena buat group baru berdasarkan dulu aliran sains ke sastera, kena beratur depan dewan kelas. Tapi group baru nih pun tak lama, kena tukar balik sebab bilangan perempuan tak balance, kena jadikan 8 lelaki 2 perempuan satu group. Lupa plak, for the first time belajar di tempat RAMAI lelaki dalam kelas! haha..yelah selama nih belajar masa kat MRSM, sorang je pelajar lelaki..masa duk Puncak Alam dalam kelas tutor xde langsung lelaki, dalam dewan ada 2 lelaki dalam 200 orang pelajar perempuan..kat uitm KT plak, balance lelaki perempuan.. :)

Nak dijadikan cerita, group terbaru dibina. Masa nih terpulang nak pilih sapa2. Ambe dengan Ainn memang lah jenis pendiam, sapa lah group budak laki nak ambil kami neh.. >.< Last2,,ada dua group budak laki tanya, masa nih Iqbal dan Haziq. Iqbal tak kenal mana, dulu panggil Awie ( jangan marah Iqbal). Jadi, memandangkan Ainn kenal Haziq sebab satu group masa orientasi,masuklah kami ke group 19 dan group ini kekal sampai ke hari ini. Masa mula-mula duk group nih, stress sebab tak kenal budak2 lelaki dalam nih. Ingat lagi kena berkenalan dalam group kat library..haha..masa nih nama yang ingat Zulfitri, Haziq dan Apek ja. Yang lain tak ingat.

Maka, hiduplah kami menjadi Kumpulan 19 yang pada awalnya memang tak ngam! haha..sabor jelah. Maka, kenal lah ambe dengan ahli-ahli lain iaitu Harris,Nuar,Azrol,Azizi, dan Iskandar. Dan mereka2 nih tersangatlah lucu. Hoho. MOstly mereka nih adalah geng kompang.hehe..teringat plak tragedi berkompang dulu.

Bila hujung sem 1, bermulalah praktikal. Tempat praktikal pertama wad 1B Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Hari pertama dan kedua pakai blouse! Macam budak medic dah..>.< Macam tak percaya plak dulu pakai blouse pergi praktikal.

Sem 1 ni lah masa hujung-hujung kenal yang lain. Dulu selalu lepak bilik Harwani, Fatimah, Ummi, Salmi. Memang tak lekat kat bilik. Suka jalan-jalan.hoho. Bila tiba sem 2, sem yang banyak menguji hati dan perasaan. Alhamdulillah, sem 2 mula kenal tarbiyyah, dakwah. Macam baru kenal dunia baru. Syukur! Mula kenal tudung2 labuh,usrah,ukhwah dan banyak lagi. Benar, Allah memang atur yang terbaik untuk hambaNya.

Sem 2 kelas sangat pack,mula lah kenal subjek2 sebenar dunia pekerjaanku nanti.eheh. Sem 2 praktikal kat Jabatan Kecemasan HRPB. Seminggu yang sangat bermakna! Masa nih takut2 lagi nak tengok orang jahit luka.hee.. Memang tak pergi pun bilik Minor OT. takottttt. Jabatan Kecemasan Ipoh memang sangat busy!

Sem 3 praktikal di Klinik Kesihatan Chemor untuk seminggu di unit OPD,Ibu dan Anak dan Sekolah. Masa nih kosong lagi.ehe. Sem 4 bermulalah praktikal yang lama. Bulan puasa time nih. Praktikal kat Wad 6B Neuro yang femes itu.hehe..alhamdulillah, banyak belajar pasal Neuro. Memang menguji sebab mostly patient kat situ tahap yang agak teruk. Sebulan di situ kemudian ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Pengalaman pahit manis di sini.hehe..3 Minggu je sebab 1 minggu Raya. Sambung balik praktikal kat Unit Sekolah KK Parit selama 2 minggu dan akhir sekali di Unit Kesihatan Ibu dan Anak Sungai Siput..:)

Sem 5 sambung next entry..hihi..dah pukul 12..sem 5 nak tulis panjang2 lah..hehe..

Banyak pahit manis dari sem 1 sampai sekarang, tapi rasa macam tak cukup lagi ilmu dan pengalaman.huhu..moga Allah permudahkan di semester terakhir!

Salam Sayang.

:: Dressar to be ::

No comments: