Persoalannya sekarang, kenapa kita perlukan air yang cukup?? 

Sebagai permulaan, kita kena tahu bahawa suplemen ini terutama yang berbentuk kapsul atau tablet mempunyai kandungan vitamin yang tinggi dos nya atau pun pekat. Selepas kita menelan vitamin ini, ianya akan terhurai di dalam salur penghadaman kita dan akan masuk ke dalam salur-salur darah. Apabila kita mengambil air dalam kuantiti yang sedikit, kandungan darah akan menjadi pekat dan ini menyukarkan vitamin diserap oleh sel-sel badan. 

Pengambilan suplemen juga membantu untuk membaiki sel-sel badan dan menyingkirkan toksin dari badan. Air yang banyak diperlukan untuk proses pengangkutan toksin-toksin ini keluar dari badan kita. Jika kekurangan air, ianya boleh menyebabkan toksin tetap tersimpan dalam badan dan menyumbang kepada masalah krisis pemulihan (healing crisis).


Jadi, bila kita ambil suplemen, kita perlulah menambah pengambilan air seharian, bagi yang memang sudah biasa minum air banyak, ianya tidak menjadi masalah. Tapi bagi yang mempunyai masalah iaitu susah nak minum sekurang-kurangnya 2 Liter sehari, saya bagi tips ea. Iaitu cara mudah minum 3 L sehari!


  • Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
  • Selepas mandi dan sembahyang Subuh, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
  • Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch.
  • Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml

Mudah kan? 


Jadi, sememangnya pengambilan air yang cukup sangat penting. Tapi hakikatnya, kalau kita tak ambil suplemen pun, kita memang kena minum air yang cukup. Bagi setiap 25kg, disarankan ambil 1 Liter air. 


okeh, next entry kita jawab BETUL KE AMBIL SUPLEMEN MENYEBABKAN GINJAL ROSAK?


insyaAllah.

Wallahuallam.