RINDU

Assalamualaikum wbt..

Dah lama rasanya x update blog..huhu..ialah,kekangan masa yang tak mengizinkan. Tapi Alhamdulillah akhirnya ada jugak ruang-ruang yang ada untuk tangan ini kembali menulis apa yang terlintas di hati..:)

i miss home.

yup,aku merindui rumah. teramat . Sungguh pantas waktu berjalan,sampaikan aku tak sedar yang hampir 3 bulan aku tidak balik ke kampung..menjenguk mak dan abah,adik,kakak dan abang,kucing dan paling utama pusara arwah abang keduaku.

Maafkan aku.


hanya itu yang mampu aku luahkan buat kalian. Bukan kerana aku tidak mahu tetapi keadaan tidak mengizinkan. Aku teringat akan perbualanku dengan mak minggu lepas.

Mak: Ar, lamanyo mak raso ar xbalik dumoh, sekalo gk hujung minggu mesti balik. Bilo nk balik?


Aku: ho..nak wat gano mak, xleh balik..sero sokmo nk balik tp gk bkn senang nk blek gituh jah..Insya Allah, kelik jugak kalu pnjang umo, doa ko ar deh..


Sayu.


ya,teramat sayu. Hatiku tersentuh bila mak berkata begitu. Maafkan anakmu wahai ibuku.

kak jie : lamo demo xkelik, xengat kampung dh ko? mak duk oyap lamo u xkelik..:p


afi : jadi ore uk doh ko?^^


abe: tok kelik ko?




Kemboja itu.


dah lama aku tidak menziarahi dirinya. hanya alunan yassin dan doa yang dapat ku kirimkan dari jauh di setiap sujud dan malamku. teramat rindu menatap wajahnya. Alhamdulillah,doaku dimakbulkan. Allah sentiasa menghadirkan dirinya dalam mimpiku walaupun sekejap cuma. Sampaikan mak 'jeles' denganku kerana sentiasa mimpikan dirinya.huhu.

semalam 14 Mei 2012. Tarikh terakhir aku berada di medan peperiksaan untuk sem ini. Tarikh itu ku amati, terasa sayu seketika di tengah-tengah menjawab exam last paper semalam. Hampir minda melayang terbang sejenak memikirkan sesuatu.

9 bulan.

Ya, dah genap 9 bulan dia meninggalkan diriku. Terasa baru semalam wajah itu menyapa di mata. Sampai sekarang, aku tidak mampu menahan air mata yang mengalir di pipi tatkala teringat dirinya. Terlalu banyak perkara yang membuatkan aku tidak mampu mengawal hati dan emosi ini.

Bukan aku tidak redha, cuma aku terlalu rindukan dirinya. Berada di sini membuatkan aku sentiasa perlu kuatkan hati yang lemah ini. Aku bukan lagi budak kecil, aku sudah dewasa. Ujian itu sentiasa ada, bergantung pada hati untuk menerimanya seluas mana.

Ketenangan.

Tiada kalimah yang indah dapat ku garapkan selain dari ALHAMDULILLAH. Syukur ya Allah..aku tahu Engkau tidak akan meninggalkan diriku..TERIMA KASIH ALLAH di atas ketenangan ini.

Bismilahirrahmanirrahim..

Ya Allah, Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..


Alhamdulillah yang tidak terhingga di atas nikmat Islam yang Kau berikan kepada hambaMu yang lemah ini, di saat ini hambaMu datang di sajadah cinta yang Kau hamparkan kepadaku untuk menghadap Mu.


Ya Allah, sampaikan salam kerinduan ini kepada kedua ibu bapaku, adik beradikku, guru-guruku serta sahabat handaiku..sampaikan salam cintaku buat orang-orang yang Mencintai Mu dan mencintaiku kerana Mu. dan orang-orang yang aku cintai keranaMu.


Ya Allah, sampaikan lah salam kerinduan dan cinta ini kepada arwah abangku. Sampaikan salam ketenangan dan salam kasih sayang kepada dirinya, ketahuilah bahawa aku teramat mencintai,menyayangi dan merindui dirinya walaupun kata-kata itu tidak pernah aku luahkan kepadanya ketika dia masih hidup.


Ya Allah, sampaikan kami semua ke syurga Mu. Luruskanlah jalan kami menuju syurgaM, cekalkan hati kami menghadapi rasa kerinduan ini, berikanlah kesempatan dan ruang kepada kami untuk kami bertemu di atas muka bumi ini sebelum kami bertemu kembali di akhirat sana.


Aminn..

_kerinduan yang tiada penghujung_

4.54 pm
selasa
126