Bila Diri terasa Di Belakang



Assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah syukur di atas kurniaan Illahi kerana masih lagi bernafas di saat ini.Sudah lama tidak menjengah blog ini,hendak kata tiada masa,tipulah..huhu..kononnya tiada masa sebab study,siapkan homework,aktiviti sana sini...fb boleh jer?aiyakk..=,='
Bukanlah tiada masa tapi tiada idea untuk mencoretkan ilham di sini.Kesempatan yang ada ini ketika menikmati cuti di kampung halaman tercinta,mood cuti masih terasa,mood study akan menyusul bila di penghujung cuti nanti..insya Allah.^^
Entry kali ini tajuknya 'Bila diri terasa di Belakang'..gano tuh?
Emm..belakang mana tuh er..entahlah belakang mana..hoho
Dua tiga hari ini rakan-rakan sekeliling sibuk bercerita tentang upu masing-masing. Alhamdulillah ramai sahabat-sahabat yang dapat continue study dengan jayanya..;)
Tumpang gembira untuk kalian..ada yang dapat UKM,UMK,UMT,USM,UNIMAS,dan Beijing pun ada! dan paling istimewa di universiti saya,Uitm di hatiku..hehe..pelbagai course yang mereka dapat. Ada dapat medic(i wish too),biology,sains kesihatan,engineering,dan lain-lain.Namun,rata-rata sahabat saya terutama di Puncak Alam tidak mendapat course pilihan masing-masing,tak tahulah mungkin tersalah pilih atau pilihan utama mereka tiada kekosongan. Wallahuallam. Namun,apa yang membuatkan saya terasa ingin menegur ialah sikap masing-masing yang bagaikan tidak redha apa yang mereka dapat.Huhu..Mungkin saya mudah bercakap,sebab tidak terkena di batang hidung sendiri tapi rasanya tak salah kalau mengutarakan sedikit pendapat kan? Pada perkiraan saya,seharusnya kita patut terima apa sahaja yang kita dapat,mungkin itu bukan pilihan kita tapi mana tahu itu adalah yang terbaik untuk kita.Bukankah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

"Diwajibkan padamu sekalian berperang, sedang perang itu suatu hal yang dibenci olehmu semua dan barangkali engkau semua membenci sesuatu, padahal ia adalah lebih baik untukmu semua, juga barangkali engkau semua senang pada sesuatu, padahal ia adalah lebih buruk untukmu semua. Allah adalah Maha Mengetahui, sedangkan engkau semua tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)


Saya tidak bercakap kosong tapi bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.Insya Allah di lain waktu saya akan memuatkan entry perjalanan hidup saya.

Namun,dalam kegembiraan sahabat2ku,ada juga sahabat yang tidak dapat upu,tidak tahu di mana silapnya,huhu..semoga ditabahkan hati!

Dalam diri merenung kejayaan teman-teman sekeliling,ada sedikit perasaan yang tersentuh. Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat teman2 yang dahulu sebaris berjuang,kini telah menginjak ke depan,sedangkan diri ini masih lagi di sini.
Namun,diri kembali mentarbiyyah diri.Kenapa perlu dipersoalkan? Sedangkan Allah berhak memberi semua itu kepada mereka,mereka adalah insan berjuang!Semalam,saya berchatting dengan sahabat lama di Faceboook,Palestina Aliza..sahabat ketika berada di menara gading di Uitm Puncak Alam dulu,Alhamdulillah bagaikan rahmat dan nikmat tak terhingga dirasakan.Dulu,tidaklah serapat mana kerana saya dahulu tidaklah seperamah sekarang(peramah ker?) segan sebab sahabat2 di sana jauh lebih ke depan dalam pelajaran..huhu..semalam,rasa terdetik untuk menegur beliau(guna beliau sebab terasa kagum dengannya..^^)
Alhamdulillah,beliau berjaya ditempatkan di UKM,dalam bidang optometris..salah satu bidang kegemaran saya.Dalam perbualan kami,tidak ada satu ayat pun tidak menyentuh tentang Islam.Ya Allah,terasa nikmat ukhwah menjalari setiap urat nadi.Subhanallah!
Apa yang mengingatkan saya tentang perbualan kami adalah kata-katanya,salah satunya ialah, "insyaALLAH di sisi ALLAH tiada dibezakan taraf kita semua ni..moga sentiasa atas landasan".Kata-kata itu membuatkan saya merenung sejenak.Kenapa perlu bersedih bila terasa diri terkebelakang dari yang lain?Apakah Allah tidak menghiraukanmu jika kamu tidak sebaris dengan mereka?Apakah kamu rasa kamu tidak akan menjadi seperti mereka? Apakah kamu rasa Allah itu tidak adil untuk dirimu??
Ya ALLAH,ampunilah hamba Mu ini!
Sepatutnya saya menjadi hamba yang bersyukur,masih lagi diberi kesempatan berada di landasan perjuangan ini.Masih lagi diberi nikmat dan nafas berjalan di titian ini.Masih lagi mampu mengorak langkah menyusuri jalan ini. Allahuakbar!
Biarlah dirimu tidak sebaris mereka,asal jalanmu di jalan yang sama.

p/s: Biar terbuang asal berjuang!