Energizing Soy Protein hebat untuk anda!!

Assalamualaikum wbt..:) Today, saya nak share satu benda yang penting dalam badan kita. iaitu Protein! Oh, terus terbayang ayam dan ikan..:D

Protein adalah satu komponen penting dalam badan kita. Pengambilan protein dapat membantu kepada pertumbuhan sel dalam badan kita. Protein nih kita boleh dapat daripada telur,ayam,daging, kacang dan lain-lain.  Ok, kna belek buku biology klau nak stori tentang protein..he

 Pengambilan protein dapat membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protein sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)



Kelebihan ESP ini ialah;
§  
      - membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
§        - menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
§        - setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
§        -kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
§         indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak  (air kosong)/ sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....JANGAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi..

Mode sekarang memang IN LOVE dengan ESP! Jangan tak tahu, ESP pun boleh buat masker! :D
Nak tahu lebih lanjut tentang produk hebat Shaklee? Jom kita sembang2, jgn malu, jgn segan..jom sihat dan cantik sama2! 

Sms/wassap : 0134030013 (cik ar)
Facebook      : Hanifah Ibrahim
Shaklee ID    : 1090537

Sihat itu NIKMAT!

 Assalamualaikum wbt..:)
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Nikmat masih bernyawa,nikmat menghirup udara segar, nikmat masih boleh melihat laptop, nikmat masih boleh menekan keyboard, nikmat boleh duduk bersantai-santai sambil blogwalking, nikmat boleh online..hehe..ah, kalau sebut semua nikmatNya, memang tidak terhitung banyaknya! Subhanallah..:)          

  Di sebalik nikmat-nikmat Allah itu, salah satu nikmat yang kita akan rasa dan sedar bila tiada ia ialah KESIHATAN. Sihat itu akan datang bila kita sakit. Betul! Bila kita sakit, kita akan sedar bahawa betapa nikmatnya kesihatan. Bila kita sihat, kita boleh bergerak ke sana ke sini, boleh melompat,menjerit, bergelak ketawa, boleh duduk santai-santai dalam keadaan selesa, tenang tanpa gusar,gelisah,keluh kesah, dan seumpamanya.


            Hati ini terpanggil untuk bercerita tentang nikmatnya kesihatan bila mana melihat nikmat itu hilang dan ditarik oleh pemilikNya. Dulu, kalau mata ini memandang satu bangunan ini, hati ini tidak terasa apa-apa. Bila family bawa untuk melawat bangunan ini, tidak terdetik dan tersentuh seperti sekarang. Sekarang, bila diri ini ditempatkan di situ, melihat keadaan di situ, merasai keadaan itu, barulah sedar bahawa betapa nikmat Allah yang satu ini sangatlah besar.Allahurabbi! 


           Alkisahnya, masa pertama kali praktikal di hospital, masa tuh still rasa kosong lagi dalam kepala. Yelah, baru tahun pertama. Nak bagi treatment memang tak boleh lar. Yang tahu, jalan meround ja dalam wad. Kadang-kadang ada juga join dengan student nurse, tolong diorang buat observation. Cuma yang membekas hingga sekarang ialah satu patient nih. Perempuan. Cina. Dia di diagnoskan sebagai pneumonia. Pneumonia nih kalau bahasa kampung ialah radang paru-paru atau paru-paru berair. Hari-hari masa tuh, bawaklah kamus medical yang tebal yang amat tuh, bawak buku, pegi kat katil patient nih. Patient nih tak sedar, hanya mata je celik. Yang lain kaku membatu. Masa tengah belek-belek kamus, catit yang mana patut. Macam bajet best student lah,hehe..gaya ala-ala doctor gitu, pandanglah muka aunt nih, mata dia bukak je, macam mayat hidup. Masa tuh terdetik, macam mana lah kalau berada di tempat dia, masa tuh dah macam-macam pikir. Pula tuh, tiada pula nampak waris atau sausara yang datang melawat, lagi menambah kesayuan kejiwangan nih.        

 Lepas tuh, terus hidup tak tenang kejap. Muhasabah katanya. Betapa rasa nikmatnya berjalan, nikmatnya bercakap, nikmatnya melihat. Berjalan ke hulur ke hilir.Makan pula macam-macam. Sedangkan orang-orang yang dalam satu bangunan ini,telah ditarik nikmat itu! Allahuakbar!          Kita nih, selalu mengeluh itu,mengeluh ini. Tak cukup itu, tak cukup ini. Tak lengkap itu, tak lengkap ini. Mulut kata bersyukur,tapi perbuatan astaghfirullah..T.T Kita mungkin ketika ini sedang diuji, tapi pernahkah kita fikir orang len juga diuji? Kalau kita di sini diuji satu, orang kat luar mungkin diuji 2,3,4 dan serba aneka ujian. Bila sihat, kita lupa Allah. lupa macam mana? lupa mengucapkan syukur. Syukur bukan sekadar kata-kata alhamdulillah, tapi ianya juga dilengkapi dengan perbuatan antaranya ialah menjaga nikmat itu.        

 Bagaimana nak menzahirkan kesyukuran itu? Jagalah nikmat ini. Bertuah kita, masih boleh berada ketika ini sedangkan ada insan yang setiap detik berdoa memohon menjadi seperti kita. Hiruplah udara Allah dengan alunan memujiNya. Jujur kata, bila kita sihat, kita banyak leka dengan kenikmatan Allah, bila kita sakit mulalah mencariNya. Ya, memang sebaik-baik tempat mengadu adalah Dia. Sakit adalah ujian, salah satu cara Allah nak kita rehat sekejap, mencari Dia. Dan sihat juga ujian, ujian macam mana kita nak bersyukur denganNya. Sejak dari tahun pertama hingga sekarang, setiap kali memandang patient, tiada apa yang dilahirkan selain betapa syukurnya masih diberi nikmat itu walaupun terkadang, malas,penat menguasai diri ketika posting..:( Itu dah masuk bab keikhlasan tuh.huu..     

  ok, setakat itu jah. Pesanan untuk diri sendiri, jagalah kesihatan selagi mana kita mampu menjaganya. Jangan sampai tahap kita baru nak jaga, ketika itu kita tidak mampu menjaganya.      Jaga kesihatan! :)         

 wassalam.

1 JAN 14
9am