Kenapa Kena baca Surah Al-Kahfi setiap Hari Jumaat?

Assalamualaikum wrt wbt.. :)

Salam Jumaat Barakah..

Semalam saya terima satu mesej dari whatsapp group sekolah menengah, bercerita tentang Al-Kahfi..sejujurnya saya dulu tak tahu yang kita digalakkan baca surah al-Kahfi sehinggalah akhir 2009, baru mula amalkannya. alhamdulillah.

Yang saya faham,kita disarankan baca al-Kahfi untuk elak fitnah dajjal. Bila saja baca surah al-Kahfi dan terjemahannya. Subhanllah, ianya kisah yang sangat amazing! Tersurat, tersirat.. saya dah lama nak tahu kisah sebenar yang ada di dalam surah ini..

alhamdulillah, ada hamba Allah yang simpulkan dengan ringkas tentang 4 kisah menarik ini.. :)
*******

'Assalamualaikum cinta🌸'

Waalaikumussalam rindu. Eh ?

'Kenapa kene bace kahfi hari jumaat ye?'

'Katanya ada kaitan ngan dajjal. Dah guane gitu?'

👳Kalau kita perhati bebetul. Surah kahfi ni ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:

🕐Kisah Ashabul Kahfi
🕑Kisah 2 Empunya Kebun
🕒Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir
🕓Kisah Dzulkarnain

👳Kaitannya dengan dajjal ni, dajjal akan try sesatkan kita dengan godaan ni lah.

DUGAANNYA😰
🕐Dugaan Akidah
🕑Dugaan Kekayaan dan Pengikut
🕒Dugaan Ilmu Pengetahuan
🕓Dugaan Dzulkarnain


👉Kisah Kahfi vs Dugaan Dajjal👈

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕐Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan AKIDAH

Dugaan AKIDAH  - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.

💊Survival Kit dari kisah ashabul kahfi :
💉Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
💉Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
💉Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu.
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕑Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI

Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.

💊Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
💉Sedar hakikat kehidupan.
💉Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting.
💉Syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕒Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir dan Dugaan ILMU PENGETAHUAN

Dugaan ILMU PENGETAHUAN - Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.

💊Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :
💉Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan.
💉Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
💉Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕓Kisah Dzulkarnain dan Dugaan KUASA

Dugaan KUASA - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.

💊Survival Kit dari kisah Dzulkarnain :
💉Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
💉Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
💉Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
💉Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. 💉Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
💉Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

👳Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan.

👳Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.

👳Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu. Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

👳Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan. Perlu bersabar dalam mencari ilmu pengetahuan.

👳Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.

👳Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa. Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.

👳Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.

 👳Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.

👳Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.

'Pepepeh panjangnya syarah awok ni, Hehehe.'

'Sekurang kurangnya ilmu saya bertambah jugak. Alhamdulillah.'

Psst, ilmu awak tambah tak.?

*scroll screen lelaju*

#jomBacaAlkahfi😊

******


Serius, bila kita beriman iaitu percaya bahawa HARI KIAMAT itu wujud, rasa 'lain macam' dalam hati kita.. sebab itu lah, al-Kahfi datang membantu kita. Moga kita dihindarkan dari fitnah dajjal.. amin ya rabbil a'lamin.

Wassalam. 

No comments: