Life as student part 1 at Bumi Chendering


Assalamuailaikum wbt to all readers..(agak panjang entri nih)

Okay, part nih aku nak story2 sikit pasal kehidupan aku sebagai budak sem 1 di Uitm Chendering. Seperti yang telah tersedia maklum aku datang ke bumi chendering ini secara tidak sengaja dan tanpa rela! huhu..Yelah, datang tanpa dirancang, tahu 2 hari sebelum daftar. Setelah berhadapan  dengan segala halangan yang bagi ku terasa pahit sepanjang nak uruskan kedatanganku, Alhamdulillah berpijaklah aku di bumi ini dengan jayanya. Syukur!

Dan semangat belajar begitu berkobar-kobar dalam hidup aku. Pada awalnya akiu agak 'kaget' juga, tapi lama kelamaan aku dah biasa dengan tempat ini. Yelah, suasana bangunan di sini 100% lain dengan Uitm Puncak Alam yang gah itu. Tapi abahku pesan, ilmu ini tidak mengira tempat belajar. Dan ternyata benar, aku dikelilingi dengan kawan-kawan sekelas dan pensyarah yang aku boleh bagi thumb up!

Maka bermula lah kehidupanku sebagai pelajar Diploma Sains AS 120 Uitm Kuala Terengganu sesi 2010/2011...!!

benda wajib! xleh pinjam ngan sape2 kalau tertinggal..


Rupa-rupanya diploma sains nih tidak sesenang yang disangka. Sangkaanku yang mengatakan dip lebih senang dari asasi ternyata salah.huhu. Tapi aku rasa okey lah dari dulu. Cuma still tough especially math dengan fizik. Alhamdulillah aku dikurniakan lecturers yang baik dan aku rasa the best lecturer lah. Sebab tempat ni kecil, jadi hubungan pelajar dan pensyarah pun lebih mesra. Dan yang lagi best, mostly pensyarah dekat sini boleh kenal dan ingat nama students. Yelah, kami di sini hanya 15++ students. Dan kelas aku hanya ada 17 orang..;) satu kelas jer diploma sains part 1..lagi best!

Aku sekali lagi berhadapan dengan subjek Bio, Fizik...Math......! Nak sebut Math pun takut. Subjek killerku. Tapi aku punya pensyarah math,sangatlah sporting dan lucu yang selamba. Kami panggil En. Fauzi. Sir Fauzi lah. 

Aku kena struggle supaya aku tak jatuh lagi macam sebelum nih. Memang perasaan malas tuh meguasai kadang-kadang tapi aku try seboleh yang mungkin melawan rasa malas tuh. Dalam duk melalui hari-hari kat sini, everyday aku mesti terkenangkan puncak alam. Aku tak ingat kelas aku, tapi aku ingat kawan-kawan aku terutamanya housemateku..;( Memang aku tak jumpa kawan-kawan kat sini macam diorang semua, tapi Alhamdulillah aku dikurniakan kawan-kawan yang baik jugak kat sini..^^
Dan yang paling penting, kawan-kawan kelas aku nih teramat kelakar dan lawak tahap global. huhu..

Sepanjang aku berada di sem 1,aku dah mencipta rekod peribadiku=pakai baju kurung ke kuliah setiap hari!^^

Aku ingat lagi, first kuiz aku,kuiz Kimia. Aku dapat 9/10.sedih bukan main. Ialah,harapanku untuk sem ni sangat meninggi,aku nak buat yang terbaik. Tapi aku lupa,nak berjaya bukannya kita terus berjaya. Kita kena melangkah step by step. Malam tuh aku ada test kimia,test pertama. Balik jer bilik aku baru perasan aku jawab salah untuk satu soalan tuh. Aku punyalah sedih, aku duk bayangkan aku failed. Aku menangis sampai teresak-esak. Bila kuar result,sangatlah terkejut. Aku dapat 84%, second highest in class. Adeh. Itulah sebab terlalu berharap..syukur..lepas pada tuh,aku dah terbiasa dapat markah tinggi tau pun rendah, kerana aku dah ambil pengajaran. 

               Keputusan peperiksaan bukanlah penting, apa yang penting adalah usaha kita..kerana kita berusaha,biarlah Allah yang memberinya. Itu semua adalah rezeki dariNya kepada kita.

Alhamdulillah, aku rasa aku dah jumpa apa yang aku nak di sini. Kehidupan yang tenang, tiada tekanan seperti dahulu. Aku dah boleh ajar kawan-kawanku terutama subjek Fizik dan Kimia. Fizik yang aku slowest motion masa kat asasi dulu aku rasa aku dah masuk zon faster motion, nak kata fastest motion tuh xdelah. Kita tak boleh nak study dengan baik dalam tekanan. Memanglah ada jugak tekanan kat sini, tapi lebih kepada tekanan positif. Kalau xde tekanan, mesti aku terlampau rilek. kan2??

Lupa pulak nak bagitau. Aku kat sini tidak berseorangan,maksud aku, bukan aku jer ex-asasi kat sini. Ada 3 orang lagi asasi students. ok, aku sorang jer perempuan. Mereka datang sini dengan rela hati, bukan same case dengan aku lah. Mostly kelas aku ex student dari rata-rata tempat means not pure from spm.

Best student dalam kelas aku, kami panggil Zul. Tahun nih dah umur 21 tahun. Dia nih ex UTP, degree dah pun. Tapi adalah masalah sikit, jadi dia masuk dip. Faitz plak student foundation Jepun, dia duk UTP kjap. Diorang memang bijak pandailah. Aku still ingat lagi masa minggu orentasi kat sini. Aku adalah tanya Faitz ngan Zul nih pasal background study diorang. Dan dari saat tulah aku rasa aku punya 'mimpi ngeri' dulu xboleh nak lawan ngn diorang. Mereka lebih kuat dari aku,ujian mereka lebih hebat dari aku. Aku nih rasa cam takde harapan dah nak belajar, tapi mereka lebih berganda ujian yang ditempuhi.

 Bayangkanlah dah buat persediaan nak pergi Jepun, mesti kita punya harapan tinggi,nak pergi belajar luar negara,semangat mesti berkobar-kobar. Sape taknak belajar di oversea,aku pun nak! Tapi tulah, semuanya di tangan Allah. Zul pula, aku tanya lah tak rasa sedih aku. Dia kata tipulah. Tapi hidup mesti diteruskan. Dia kata malu lah banyak, ada sekali tuh ada pak cik tanya dia, cuti ke, dia jawablah ya. Lepas tuh pak cik tuh kata anak dia kat UTP tak cuti pun. Masa tuh dia tak tahu nak cakap apa. Pak cik tuh dah tahu,tapi saja tnaya.huhu.tak patut. Aku boleh faham perasaann  Zul time tuh.

Tapi Zul ngan Faitz kuat. Dan kawan-kawan aku pun ramai senasib dengan aku. Aku kena bersyukur sebab aku masih lagi ada peluang untuk belajar. Mereka tidak berputus asa, still lagi ambil diploma semula. Diploma yang agak dipandang rendah bagi mereka yang belajar di puncak yang tinggi. Dan aku tidak nafikannya. Aku dulu pun sama jer, bagi aku diploma nih bawah pada matrik. tapi ternyata 100% salah. Kami bahagia walaupun perjalanan kami panjang sebab semua ini adalah takdir Allah.

 Aku telah diajar oleh Allah tentang erti kehidupan yang penuh dengan ujian. Kita nih hidup macam roda,sesekali di jalan raya, sesekali di jalan berbatu dan berlumpur. Kita nih sering mengeluh bila ujian datang. Sebenarnya nih semua adalah tarbiyyah, Allah nak tegur dan ajar kita. Allah sering bagi apa yang aku nak, tapi bila Allah bagi aku sedikit ujian, aku terus mengeluh.

Dulu aku nak dapat 9A, Allah bagi. Aku nak belajar MRSM,Allah bagi. Aku nak jadi pengawas, Allah bagi. Aku nak jadi pemidato, Allah bagi, Aku nak result SPM atas 7A, Allah bagi. Aku nak jadi tokoh,pakai jubah masa graduasi, Allah bagi. Aku nak dapat matrik, Allah bagi. Aku nak belajar asasi uitm, Allah bagi.

Allah berfirman dalam surah Ar-Rahman,

Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?

Nikmat Allah itu luas, tak terhitung banyaknya. Kenapa kita kalau sedikit diuji terus mengeluh? salahkan itu,salahkan ini. Sebelum salahkan orang lain, cuba check diri kita.. ;)

Dekat sini, aku belajar dari orang sekelilingku. Aku tidak memandang rendah sesiapapun sebab aku tahu aku pernah berada di tempat mereka. Aku tidak mahu mencemuh kalau markah mereka rendah sebab suatu ketika dahulu aku lebih rendah dan teruk dari mereka. Aku bukanlah berada di tahap tinggi sekarang, cuma ku menaiki tangga yang dulu aku hanya mampu melihat dengan rasa takut untuk melangkah.

Aku sudah berani untuk ke bilik lecturer, tanya kawan-kawan dan belajar secara smart. Aku bukanlah berbangga diri sebab tiada apa yang nak dibanggakan, cuma aku nak bagitau kat orang lain, janganlah memandang rendah kepada orang lain sebab mereka sebenar ada talent untuk berubah dan naik, hanya sedikit ujian dan suntikan semangat, mereka boleh bangun. Aku tidak mention untuk diriku, sebab aku juga pernah berada di kalangan orang yang berasa selesa dengan kedudukannya, dan merasakan kejayaan sentiasa mengiringi walhal Allah dah bagitau, Allah tidak akan pernah berhenti menguji hambaNYA.

Orang yang pandai kalau tiada usaha pun tiada gunanya. Orang yang berusaha tapi tidak diiringi dengan doa tiada gunanya. Orang yang tinggi doanya, tapi tidak berusaha tiada gunanya. Orang yang ada ilmu,tidak berkongsi,tiada gunanya. Nasihat untuk diri sendiri.

Nampaknya tujuan sebenar nak share moment masa part 1 dah agak menyimpang ke arah lain.huhu. Tapi ni semua kata-kata dan semangatku ketika berada di part 1. Tak banyak moment yang berlaku sebab aku lebih banyak memotivasikan diri ketika di part 1. Ialah, semangat juang masih tinggi. Insya Allah akan terus meningkat! dan semua ini datang dari Allah, kunci utama dekatkan diri dengan Allah, sebab Allah lah yang menentukan semua.

Alhamdulillah, aku dah mula berubah sedikit demi sedikit kat sini. Yang lebih penting aku berasa begitu  dekat dengan Allah. Masa belajar nih, jangan ilmu dunia jer yang naik, amalan ibadat means ilmu agama pun biar naik juga. Sebab bila kita membantu di jalan Allah, Allah pun akan tolong kita. Pagi-pagi sebelum pergi kelas, solat sunat dhuha selalu dan hari-hari solat sunat hajat. Al-Quran jangan tinggal dalam dalam kehidupan harian. Itu petua aku dapat dari senior2 masa aku kat MRSM, tempat yang banyak mengubah diriku..;)
 Jom layan gambar kat bumi chendering masa part 1!


ni kolej sutera..sir fizik aku kata,bukan kolej tapi ASRAMA..;P


tetap hijau..;)


meja yang berkubey..eh2,tepon ado ore miskol..;)


bergambar ngan miss farah..masa kem sains part 1..best sebab kitorang jer yang g kem tuh,sekali ngan students pra sains. sangat best..nih clazmateku! ada dua orang lagi xmasuk,malu kot..hihi


snap dalam kelas!

For preparation untuk final exam, memang mantop lah aku ngan kawan-kawan. Semua bersemangat waja lah katakan. Aku dengan Efzan malam-malam pergi library,haaha.rajin bebenar. Maklumlah dekat exam.

Aku end kan sem 1 dengan keputusan yang cemerlang,Alhamdulillah..bagi orang lain,alah sem 1,senang..diploma kot..amboi,ingat senang ker? kalau senang, tidak susah-susah lah nak pergi kelas,buat latihan.huhu..(bagi aku lah) 
Alhamdulillah..kawan-kawan aku pun ramai dapat dekan. Ni semua berkat usaha mereka. Insya Allah sem seterusnya lebih baik. wslm..

15 comments:

Beto Zarirah said...

nice and it gives me inspiration to keep moving on with my life...pray for me please to get a better result,better life and friends.......love u nifah..:)

zatty said...

nice post u have adik!
may u succeed in ur life here and there.
May Allah shower u with His Blessing and grant all ur wishes that may make u closer to Him. InshaAllah.

Anonymous said...

Saya nervous sesangat nak masuk belajar diploma sains kat uitm chendering ni. Tapi after baca blog ni alhamdulillah semangat tuu naik sikit.

Hanifah Ibrahim said...

anonymous: alhamdulillah,,keep moving on..Allah itu tersangatlah osemm!! ^^ Dia mengatur hidup kita tersaangattlah indah...:)

budak pasir tumbuh said...

ramai jer orang yang senasib dengan awak..mcm saya juga..pernah abehkan matrikulasi sains hayat dan meyambung pelajaran ke upsi peringkat ijazah. walaubagaimanapun ijazah pendidikan yang saya dapat bukanlah bidang saya minat.saya berada satu semester jer dekat sana dan berhenti cara terhormat dan menganggur selama hampir setahun sebelum memohon diploma teknologi makmal perubatan di UM dan berjaya mendapat tempat.mungkin saya telah tersilap langkah menerima ijazah di upsi kerana tak minat saya pergi jugak. last2 saya terpaksa berhenti sebab stress yang melampau. dan disebabkan itu jugalah saya dah takboleh mohon ijazah lain menggunakan result matrik saya disebabkan masa di upsi saya masih terikat dgn loan ptptn dan jika saya ingin masuk ke ijazah baru saya kena settle kan dulu loan lama.saya mana ada duit dan jalan terbaik memohon diploma yang dibiaya sepenuhnya dan disebabkab itu saya memohon diploma itu..so walaupun saya pernah merasakan hidup saya gelap pada satu masa dulu tp sekarang saya berjaya melepasi zaman2 sukar saya itu.walaupun bekerja berbekal diploma sahaja namun saya redha yang itulah ketentuan keatas saya.

Anonymous said...

Salam... sy sje je nak google pre science bab sy bdak pre sciece :) . tup2 , bkak plak blog akak ni . btw , its great ! sy mmg minat ngn medic , even sy pat spm for 3 sub science straight D , meme down tme tu ! offer diploma account pon sy tolak . for me , xpe la ambk masa yg lama kann , let step by step . and i think msok pre science ni the best way . hopefuly sy pat perform utk pre science ni 3.0 ke ats .insyaAllah . AlLAH IS THE BEST PLANNER :D . chaiyok2

saye kerink said...

As Salam. Hai hai hai!
Besttttt la pengalaman saudari!

Saya Dip.Sains juga, dari UiTM Kuala Pilah. Sekarang tengah final sem. Alhamdulillah, banyak juga belajar sepanjang buat diploma ni. Sangat besttt! Alhamdulillah. Ya saya pun dulu pandang rendah dekat diploma, sekali kauu, hambekk! haha. Oh and dekat sini pun ramai budak-budak asasi, PASUM ada, budak nak fly tak tajaan kurang bajet ada, budak yang dah fly 2tahun pun ada. Keep on striving!

Ermm may i know, anda dah part berapa yaa? Ini search google pun sebab tadi ada kawan satu batch, dia cakap budak dip.sains part6 from uitm KT nak datang sini, tumpang lab chem.. Excited nya dapat kenal dengan orang yg sama program tapi dari kampus lain..

Salam Ukhwah Ya Ukhti! And thanks for some advice given dekat atas tu.. ;]

Anonymous said...

Assalamualaikum... Sis , saya nak tanya.. Saya baru nak masuk first sem dkt uitm chendering ni . Hmm, laptop perlu bawak tak? Saya dpt dip perakaunan . Saya Harap sis dpt reply . Terima kasih sis :)

Hanifah Ibrahim said...

anonymous: waalaikumussalam..welcome to uitm chendering..:) laptop bwk jelah ada wifi uitm..hihikk..laptop penting jgk sbb nk surfing internet,lg satu sistem uitm bnyk guna internet,,kalau nk p library pn okeh je..dekat ja asrama dgn hostel,,:) gud luck!

Anonymous said...

salam, akak dah sem ke brape?

Anonymous said...

salam

Hanifah Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

erm..sy pn asasi palam batch 12/13..awk batch bpe ya??sy asasi engine..sem2 kandas..fail chem..s0 x dpt smbung deg..sy aply dip uitm..dpt la dip sc c0m kat uitm chendering ni..insyaAllah blan11 ni msuk..time tgh cr2 mklmt sal kmpus ni..trus terjumpa bl0g awk ni..trimas..u inspired me..mmg malu n sdey kawan2 sy sume da smbng deg..tp sy tau..hdup kna ditruskan :) selamat berkenalan :)

Hanifah Ibrahim said...

xegt batch ke brapa..tp sem 1,thun 2010..:) 3 thn lepas..dh masuk uitm chendering er? gud luck! uitm chendering walaupn kecik,awk akn jmpa hikmahnya..:)

Hanifah Ibrahim said...

kalau ikotkan,dh lepas sem 6 dh batch kami..tp akak keluar masa di sem 3 sbb dpt offer jd MA..:) InsyaAllah,sthn lg hbs..doakan!