KENALI BACK SORES ATAU KUDIS TEKANAN

KUDIS TEKANAN atau BACK SORE 

assalamualaikum wrt wbt..syukur masih bernafas sehingga hari nih..entry nih Ar nak story dan share tentang satu keadaan yang agak comman berlaku kepada masyarakat kita terutama yang mengalami keadaan yang menghadkan pergerakan seharian kita dan menyebabkan kita terpaksa duduk atau baring terlalu lama. Jom baca sampai habis!



gambar ihsan

APA ITU KUDIS TEKANAN??

Kudis tekanan atau juga dikenali sebagai back sores ini ialah satu keadaa di mana berlaku kecederaan di kawasan kulit atau tisu atau kedua-duanya sekali. Ianya terjadi disebabkan oleh duduk ataupun baring terlalu lama iatu pada jangka masa yang lama dalam keadaan kita sedar ataupun dalam keadaan tidak sedar mahupun keadaan di mana had pergerakan adalah terhad. Melalui pemerhatian Ar sepanjang berada di hospital dan kawasan klinikal, kebanyakan pesakit yang mengalami back sores ini adalah pesakit yang lumuph, tidak mampu bergerak di mana mereka perlu berbaring di atas katil dan juga banyak menghabiskan masa di atas kerusi roda. 

Back sores ini bukannya mengambil masa yang lama untuk terjadi, asal berlakunya kekurangan aliran darah yang mengalir di kawasan tersebut, maka back sores akan mula berlaku. 
Apabila kita tidak bergerak, kawasan tersebut akan mengalami tekanan dan aliran darah akan kurang sampai ke kulit dan ini akan menghasilkan kudis. Ianya akan bermula dengan warna kemerahan dan akhirnya menjadi seperti 'lubang' kerana telah berlaku perforated di mana, darah tidak mengalir, nutrient tidak sampai maka tisu akan mati.





Faktor risiko yang boleh mengakibatkan berlakunya back sores adalah: 
  • kurangnya pergerakan akibat sesuatu penyakit seperti lumpuh 
  • Pengurangan sensasi kulit seperti penyakit diabetes
  • Pengurangan pengaliran darah ke bahagian kaki
  • Kurang zat makanan dan dehidrasi
TAHAP KETERUKAN
  • Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang Kawasan yang mostly terjadi ialah di kawasan punggung, Coccygeus, bahagian kaki iaitu tumit, lutut dan jari kaki. Ianya bermula dengan stage 1, di mana berlaku kemerahan di lapisan kulit malah yang turut terlibat tisu lembut subkutaneous. Di stage yang ke 2, berlakunya perforated dan pada stage ke 4, ia mula melibatkan tulang. Ar pernah jumpa a few patient yang back sore nya dah boleh nampak tulang, huhu..dan bau kudis tekanan ini adalah sangat tak menyenangkan. Hari-hari kena buat dressing, cuci luka tersebut. Kudis tekanan ini akan menyebabkan pesakit akan menjadi resah dan tertekan, sebab itulah sokongan emosi amat diperlukan. 



RAWATAN

Rawatan yang diberikan kepada pesakit yang mengalami back sore ini lebih kepada penjagaan luka kudis tekanan tersebut. Memang dah kena cuci betul-betul luka tuh. Kalau tak cuci betul-betul, nanti akan berlaku infeksi dan akan jadi lebih teruk. Boleh apply untuk family dan kongsi dengan sapa2 yang mengalami back sores. Nih Ar  ringkaskan: 

1. Setiap dua jam, alihkan posisi kepada posisi yang berlainan. Ini kena selalu buat ea.

2.Gunakan peralatan yang sesuai untuk kurangkan tekanan, kalau dekat wad, kami akan letak belon air, bantal atau selimut bagi menghadkan contact kulit dengan permukaan keras. Sebab itu lah kalau perasan, tilam dekat wad, empuk dan berisi udara..:)

3. Pastikan kita mengambil makanan yang seimbang dan high of PROTEIN, VITAMIN C danZINK. 

4. Pastikan mengambil air yang mencukupi, dehidrasi akan menambahkan lagi keterukan luka.

5. Luka tersebut juga perlulah diperiksa selalu ea,,pastikan sentiasa kering dan bersih.

so, amatlah penting kepada PENJAGAAN LUKA bagi yang mengalami Back Sores...yang tidak mengalami, perlu mencegah dari awal ea..Selain itu, pemakanan sangattttttt ditekankan kerana betapa cantiknya aturan Allah, badan kita nih berpotensi untuk sembuh secara sendiri iaitu kita kenalah bekalkan dia zat dan tenaga untuk dia bertindak secara semula jadi..more info? boleh tanya directly dengan Cik Ar..insyaAllah akan membantu selagi terdaya..:)


by,
Cik Dressar

No comments: