Anugerah

Assalamualaikum...

dah lama tak menulis di sini sbbnyo terlalu busy dgn exam n meeting yg berpanjangan..risau yg teramat sbb final dh pun dekat..huhu..plak tuh hati plak sering diuji..

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku..:(


Namun, alhamdulillah Allah menganugerahkan aku anugerah yg tidak ternilai, dikelilingi oleh bidadari2 dunia. RAKAN SEPERJUANGAN yang tidak jemu-jemu memberi dorongan. Walaupun aku jarang mempamerkan masalahku, namun masalah mereka telah mematangkan diriku untuk menjadi lebih kuat mengharungi hari-hari yang penuh cabaran..:)

Khas buat bidadari kesayanganku,

Bidadariku,
santunmu mempesonakan,
wajahmu mendamaikan,
tenangmu satu kebahagian.
Walau kau diuji siang dan malam,
kakimu tetap melangkah ke depan,
cintaMu berserah hanya kepada Tuhan.


Bidadariku,
Jangan kau palingkan mukamu ke arah dunia,
kerana ianya hanya sementara,
Pandanglah kemanisan di sana,
walaupun pahit perjalanan kita.


Bidadariku,
Jangan biarkan aku keseorangan,
tutunlah diriku mengikuti jejakmu,
aku insan yang lemah tanpa dirimu di sisi,
aku insan yang hina tanpa cinta Illahi.


Bidadariku,
bahagianya diriku mengenali dirimu,
walau tanpa sepatah kata yang aku luahkan,
memadailah doaku mengiringi perjalan hidupmu,
semoga persahabatan ini mendapat redha MU.


wassalam.
10:09 am
126

p/s: Jom bersiap pergi JJ!!^^,