7 SEBAB UTAMA ANDA PERLUKAN SUPLEMEN!!


7 SEBAB MENGAPA BADAN KITA MEMERLUKAN SUPLEMEN??

1.Buah buahan dan sayur sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut. 

2. dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi drpd makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yg diperolehi drpd makanan shaja tidak mencukupi utk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simptom zat makanan di dalam tubuh.

5. makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan

6.gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan kimia. 

7. Bagi yang bekerja, makanan tengah hari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititiberatkan. 


No comments: