Again and Again

assalamualaikum wrt wbt..

apa khabar semua? harap korang semua di bawah lindunganNya..amin..;)

lama rasanya tak update blog, sibuk dengan research katanya..hi..alhamdulillah, 90% dah siap.syukur..walaupun bulan nih ditembak ujian bertalu-talu tapi di setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Dulu saya rasa ayat nih bermaksud, setelah kita melalui cabaran,masalah, ujian at the end mesti ada jalan penyelesaian. Ternyata SALAH.

Suatu ketika dahulu, saya pernah diuji dengan ujian yang bagi saya sangat berat, ujian yang saya rasa seolah-olah hidup saya gelap, tiada harapan dan saya orang yang paling bermasalah (astaghfirullahazim,maafkan hambaMu),, namun saya terlupa, di dalam ujian itu, Allah sentiasa selitkan KESENANGAN.

Ketika di zaman kegelapan itu, di saat tikar sejadah bermandikan air mata, ketika itu saya rasa amat dekat denganNya. Betapa Allah teramat menyayangi diri saya dengan teguran dengan ujian yang membuka hati dan minda saya. Allah menyayangi aku, sebab itu Allah uji aku. Saya bisik di dalam hati.

Manusia, lalai dalam senang.sedar dalam susah. Yes. Itulah manusia.

Semakin saya besar, semakin saya mengerti, betapa "PERASAN"nya diri ini. Betapa Syok Sendirinya diri ini. Sentiasa merasakan diri paling hebat diuji, paling berat dugaan. Allah directly again teach me, dalam saya membaca Buku Jangan Bersedih Duhai Wanita, satu tajuk yang menyentap diri, i cant remember that title but maksudnya lebih kurang beginilah:

Cuba kau lihat wanita di negara perang, bayangkan bagaimana mereka ingin melakukan ibadah, solat umpamanya,adakah kau rasa mereka selamat, adakah kau rasa mereka mampu berlama2 di tempat ibadah, ada yang diugut, diancam kerana ingin beribadah, sedangkan kau di sini, di dalam bilik berhawa dingin, boleh solat di mana2 kau suka, tenang,bebas..itupun kau masih berkata kau lh perempuan yg paling banyak ujian, paling berat diuji. 


Astagfirullahalazim.

Malu. Malu pada mereka, malu padaNya. Saya masih berkata, berat ujianku, kenapa berat sangat, sedangkan saya masih boleh bernafas tanpa Short of Breath, kipas syiling masih berputar memberikan perkhidmatan angin, tangan masih berfungsi meluahkan rasa hati, telinga still clear dengar lagu 'Lilin Seoranfg Guru dari IN Team, makanan pun dah disedia terhidang, tunggu masa nak makan ja.. Berat ke ujian ku?

i've learned from every lesson You Give. Today i remember but tomorrow I will forget.

Again and again

Betapa hati ini masih bermujahadah, masih dalam fasa perubahan. Mohon dikuatkan.

Mohon doa dari kalian .. :)

No comments: