KENAPA SAYA PILIH BISNES MLM

Kenapa saya pilih bisnes MLM

Lamanya dah tak update blog.. dulu azam konon nak update setiap hari.. kena start disiplinkan diri balik ni..Refresh azam lama.. lagipun dah masuk December dah ..Jadi saya berikrar mulai hari ini.. saya akan update blog mamafaiz setiap hari walaupun hanya sepotong ayat.. haaa tu diaa.. siap pasang ikrar...hihi.. Oleh sebab ni dah malam, saya ekstrak balik post cerita magika yg saya ambil dari page MCsKK. Ada banyak post2 dipage itu yg menarik (ewahh, puji diri sendiri.. hihi).. tapi saya pilih yg ini sebab topik ni tak pernah lapuk.. isu kenapa memilih MLM.. bukankah MLM menindas orang, MLM skim cepat kaya.. dan byk lagi.. So baca lah yg ini dulu yer.. Esok saya update lagi blog mamafaiz..dah ikrar dah kannn..hihi
------

Kenapa saya pilih bisnes MLM

Alhamdulillah....Jumaat datang lagi...Anything special today? Bagi saya.. setiap hari adalah istimewa...kita yang pilih untuk melihat setiap hari itu indah, cantik atau sebaliknya.. dan setiap hari yang indah itu berlalu dgn sangat pantas... pejam celik.. eh dah nak masuk December.. pejam celik lagi dah masuk tahun baru.. pejam celik..eh aku di Malaysia bukan di London..hahha.. Hariini...saya nak tunaikan janji nak jwb soalan mereka2 yg bertanya.. Tempoh hari, ada beberapa org yg message di page ini.. soalannya sama je lebih kurang gini.. "Puan buat business apa yea?

Okay.. mari saya jwb dlm bentuk cerita... Bila sentuh perkataan berniaga.. semulajadinya semua orang pun tahu kat dunia ni ada banyak jenis perniagaan..Dua kategori utama perniagaan.. perniagaan berdasarkan perkhidmatan atau perniagaan berdasarkan produk..Kalau saya nak listkan, sampai esok pun tak habis.. dah nama pun 9 daripada 10 pintu rezeki datang daripada perniagaan.

Berbalik kepada kisah saya, bisnes saya adalah berdasarkan produk kesihatan jenama Shaklee yang menggunakan teknik MLM. yang saya pasarkan, kongsikan dan war2kan melalui medium INTERNET... Oppss.. sabarr, jangan lari bila saya sebut MLM..Saya tahu ramai yg fobia or rasa tak senang hati bila dengar perkataan MLM... Baca sampai habis duluu..

MLM (multilevel marketing) / Network Marketing merupakan teknik bagaimana produk dipasarkan. Berbeza dengan perniagaan jenis konvensional, perniagaan MLM adalah dimana produk dipasarkan langsung daripada pengedar kepada pengguna tanpa melalui jaringan atau kos yg tinggi. (kos nak perkenalkan sesuatu produk adalah tinggi yer lebih2 lagi jika menggunakan artis.. cuba google search berapa jenama2 lain byr artis2 tu..Bisnes MLM ni pengedar itu sendiri yang menjadi model/artis...hihi). Oleh yg demikian, kos tersebut dapat syarikat peruntukkan untuk pengedar yang layak memenuhi syarat pelan pemasaran yg disediakan

Bisnes MLM pilihan saya adalah jenama SHAKLEE. Syarikat nutrisi kukuh yang telah berada di pasaran lebih dari 50tahun.Malah lengkap dgn beratus clinical studies, jadi tak perlu saya investkan duit lagi utk membuat ujikaji...hihi...Malah sy membuka 'kedai alammaya' yakni blog mamafaiz hanya dengan berbekalkan modal ZERO... blogspot free lah.. manaada kena byr.. cuma selepas beberapa bulan, saya upah orang utk makeupkan blog.. adalah dlm RM 100 je.. ..Okeyla daripada invest ratus ribu or puluh ribu.. Rugiii nantii

Ketika saya mulakan bisnes ini,saya tak terfikir pun sejauh ini perjalanan bisnes saya..sejauh ini akan saya capai.. betullah org tua2 kata. tuah ayam nampak di kaki.. tuah MANUSIA siapa yg tahu.. yer tak.... Bila kenang2 balik, mmg kadang rasa nak nangis...hihi... NAK 1000 daya betul tak....

Alhamdulillah.. MLM yg sy pilih ini dah byk manfaat yg saya kecapi bukan sekadar bonus bulanan yang berkepuk2.. lebih dari itu ..manfaat yg tak dpt dijual beli dgn wang ringgit..manfaat kesihatan (rasa makin cantik.. hahahha.. eh bukan i sorang je. makin ramai yg makin sihat dan makin cantik.. happy rasa)...bebas kewangan (boleh shopping tanpa risau duit ada ke tidak..hahhah)... dapat bantu lebih ramai orang..(kalau dulu nak kluarkan zakat/sedekah 2-3 angka rasa mcm bykkk jer.. sekarang 6angka pun tak mustahil)..dan oh yer saya ada lebih ramai kawan.. yg dah jd mcm keluarga.. I love keluarga besar Jutawan... mereka tulang belakang bisnes ini.. manfaat lain adalah dah tak perlu risau pasal duit pencen.. sekarang income dah masuk level income pasif.. dan yg pasti.. ia boleh diwarisi.. bertuah la anak I si Faiz tu..hihi..dan banyak lagi manfaat yg tak terungkap dgn kata2.

Bagi saya, apa jua perniagaan yg anda lakukan.. konvensional atau MLM..tak dapat lari daripada kesusahan,keperitan,risiko... Saya kagum dengan mereka2 yg menceburkan diri dlm dunia perniagaan...Pesanan saya,buat bersungguh2 dan yakin padaNYA.. InsyaAllah, kejayaan pasti milik anda...

Percayalah, tiada istilah RUGI jika menyertai MLM melainkan anda yang berhenti SEPARUH JALAN atau pun anda salah melabur... nak buat MLM bukan labur duit.. tapi labur tenaga,usaha, masa,senyuman..... Saya pernah gagal dlm MLM yg pertama.. kenapa? kerana salah memilih syarikat.. gagal sekali bukan bermaksud selamanya gagal.. Sekarang dah terbukti, saya berjaya meraih income pasif bersama MLM sedia ada..

Untuk sukses dlm MLM harus pegang dua tips dibwh
1-Sanggup laburkan USAHA TENAGA,MASA.. anda tanya diri anda berapa banyak yg anda sanggup laburkan...bukan duit ye.. tetapi usaha, tenaga, masa
2- Menanam SEDALAM MUNGKIN keyakinan,doa dan harapan anda pada Sang Pencipta.. Dia yg Maha Kaya Maha Pemberi...

Satu lagi yg sangat penting, jika anda membuat keputusan ingin memilih bisnes MLM (tak kisah lah mana2 MLM sedia ada), pastikan syarikat dan produk pilihan anda benar2 stabil,kukuh, berlandaskan syariah dan bukan mengamalkan sistem piramid. Kaji dulu yer jangan main ikut2an.. Jgn mudah terpengaruh.. Mmg dgn MLM boleh cepat kaya..tapi tiada kekayaan yg datang bergolek tanpa usaha yg keras. Saya sendiri bekerja keras selama 2thn pertama..byk yg saya dah korbankan sebelum sampai ke level ini..

Panjang pulak coretan di hari jumaat yang penuh ceria ini..Itulah bisnes saya.. bisnes MLM Shaklee melalui internet.yang sudah pun mencapai phasa pasif income.Alhamdulillah... Saya doakan semua yang membaca beroleh kesejahteraaan, kegembiraan dan selamat berhujung minggu.. Nantikan lebih byk tipsmagika dan ceritamagika dari saya.. moga bermanfaat buat semua

sumber : Magika Cery si kelip-kelip

No comments: