Street Dakwah..bukan sesenang yang disangka!


Assalamualaikum wrt wbt..salam pagi Sabtu.. dah buka Al-Quran pagi nih atau Matsurat? Indah kan kalau kita dahulukan laman cinta akhirat sebelum laman cinta dunia..  :)

Hari ni saya rasa nak share satu pengalaman di mana antara pengalaman yang tidak dilupakan dan sangat bermakna iaitu STREET DAKWAH..

Ianya berlaku pada bulan April,  tahun 2012, hari keputeraaan kekasih hati kita, Rasulullah SAW. Saya terima mesej dari naqibah usrah saya, Kak Aula a.k.a Doktor Aula, dia ajak kami untuk join satu program yang dinamakan Street Dakwah. Masa tuh still blur sebab tak pernah kan. Sempena Hari Jadi Rasulullah SAW, jadi adalah program sket, jadi saya pun setuju nak join, sekali dengan adik beradik usrah, Anishah, Ummi dan Fa'iqah. 

Kami sampai pagi-pagi lagi di Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah tau lebih popular Taman Polo. Masa sampai tuh dah ada lah beberapa orang yang tidak kami kenali. Segan lah jugak kan,huhu. Lagipun rasanya kami paling muda. Tengok kakak-kakak semua nih macam dah bekerjaya dan berkeluarga. 

Kami cari port yang sesuai untuk diberikan briefing dan sesi taaruf. Subhanallah, baru kami tahu kakak-kakak semua nih mostly doktor dan pensyarah. Hebatnya, sedangkan kami masih di bangku sekolah.eheh. Sekolah lah kan sebab masih belajar. 


 taaruf sambil breakfast


orang lain dah start bersukan ,kami masih makan..eheh



Selesai taaruf, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil, satu kumpulan dalam 3 orang macam tu lah. Mula2 kan, sebab tak kenal orang lain, nak jugak ada teman, tak kisahlar Ika ke,Umi ke, atau Anishah sebab malu.eheh. Tapi, yelah, dakwah nih kena berani, tak selamanya kita dengan kawan, dunia nih kena explore gituh. 

Kami diberi beberapa biji, bukan biji jugak,satu plastik jugaklah, he..Chocolate HomeMade berbentuk hati dan bunga, sangat comel! Tapi sadly, gambar dah tak de..T.T Kami kena bagi chocolate dengan satu penanda buku berkisarkan akhlak Rasulullah, maknanya kita jumpa orang tuh, kita story sikit pasal Rasulullah SAW..most wanted, of courselah non muslim..:)

So,kelilinglah kami round Padang Polo! Dengan perasaan yang bercampur baur. Selama nih macam selamat ja kan nak share pasal agama dalam usrah, nah sekali bila berdepan dengan dunia luar, rasakan~ 

Saya memang failed,serius.. perasaan takut, malu semua ada. Jantung saya berdebar bila dekat dengan 'target', nasib baik ada Kakak sorang nih, maaf lupa nama, yang satu group dengan saya, dia sangat santai, bagi ja chocolate ke orang Cina, sambil kata.." Hye, today is our Prophet's besday, so..let me give you, free chocolate!" .. Fuh, tergamam kejap.

Nampak macam simple je kan, tapi kalau kita duduk di tempat sebenar, baru tahu dakwah ini bukan mudah! Satu perkara ja saya takut iaitu REJECTION. T.T Sepanjang perjalanan kami, kakak tuh pesan, jangan malu, kita hanya memberi. Alhamdulillah, berkesempatan bagi chocolate untuk non muslim. 

Tapi lama kemudian, boleh kata bila ja selisih dengan non muslim kat sana, mostly mereka dah terima chocolate sebab group lain dah bagi. hihi. Jadi, kami decide untuk berkumpul sebab boleh kata semua orang kat sana dah dapat chocolate.. :p

sorang aunty yg comel dapat chocolate~

sempat ambil gambar sebelum bertolak

dengan kakak2 doktor,pensyarah, dan cikgu..kami ja budak kecik..he,.termasuk lah anak Kak Aula.


Kami berkumpul dan berbincang untuk ke destinasi seterusnya sebab masih berbaki banyak chocolate. Masa tuh dah jam 10.30 pagi macam tuh. Jadi bincang punya bincang, kami memilih JUSCO KINTA CITY IPOH..:)
di Food Court JJ,semua tekun dengar story..:D

Di Jusco, cabaran lebih hebat. Teringat masa nak bagi chocolate kat sorang family chinese nih, anak dia nak sangat chocolate tuh, tapi mak dan ayah dia larang dan cepat-cepat masuk kereta. Saya cakap lah tak perlu bayar, its free sempena Maulidurrasul, dia tetap tak bagi anak dia ambil. Masa tuh sangat lah sedih. Tapi positifkan diri. Ini lah kehidupan. Ini lah jalan berjuang..:)

Kami masuk ke dalam JJ, berpecah macam biasa. Kali nih target kepada non muslim dan muslim. Ada satu kisah, kami bagi dekat sorang muslim, tapi muka dia berubah. Seems tak nak lah terima. Muka masam ja. Kemudian, kami pun bagi dekat Non muslim sebelah dia, aunt chinese. Aunt tuh tanya banyak benda pasal Islam termasuklah beza Hari Raya dan Besday Rasulullah. Masa tuh,rasa gembira sangat sebab dapat berkongsi.. Subhanallah, Penerimaan yg sangat bagus!

Lepas beberapa ketika, kami decide jumpa di food court, berkumpul untuk sesi penutup. Masa nih kami berkongsi cerita. Tak sangka, kakak2 lebih banyak berhadapan dengan cabaran tapi mereka still senyum. Alhamdulillah

Kami bersurai dengan berjuta perasaan yang tak dapat digambarkan. Many things yang saya belajar. Sesungguhnya dakwah ini mudah untuk belajar, tetapi bukannya senang untuk disebarkan, walhal hanya memberi chocolate!


Tidak dapat digambarkan, ketika zaman awal kedatangan Islam, bagaimana Rasulullah SAW menyebarkan Islam, betapa tabahnya Baginda. Mungkin hari ni kita disisihkan, diherdik, diperlekehkan kerana ingin menyebarkan Islam, tapi ujian Baginda lebih hebat dari kita. T.T

Islam itu sebenarnya mudah tersebar dengan akhlak kita. Kita mesti senang dengan orang yang selalu membantu kita, dan selalu menyokong kita. Bukannya insan yang hanya tahu menghukum dan mencari salah kita.. Sebarkanlah Islam dengan Kasih Sayang.. :) 


Salam Sayang.

Di dalam setiap penolakan, Allah datangkan satu penerimaan yang lebih baik. 



1 comment:

Querida Aihara said...

Rindu pula KSKB