Assalamualaikum wrt wbt.. :)
Pernah dengar ayat 1000 dinar? Mesti pernah kan, sebab mostly orang selalu lekatkan atau gantung ayat ini di rumah mahupun di dalam kereta. Tapi tak semua orang cuba amalkan dam menghayati kisah di sebalik ayat ini.
Ayat ini adalah petikan daripada surah At-Talaq ayat 2-3. Pernah saya menerima perkongsian daripada seorang jutawan muda muslimah Shaklee, rahsia beliau amalkan sehingga mampu menjana pendapatan dan jualan yang tinggi. Beliau berkata, selain amalan Dhuha, Al-Mulk dan tips magika (amalan rohani untuk SID Shaklee), beliau juga turut mengamalkan ayat 1000 dinar.
- sesudah solat lima waktu,
- Baca sebelum tidur tiga kali,
- Baca ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
credit: Istimewanya Bidadari
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi
didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan
untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah
tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula
berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar.
Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar,
seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang
tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir
pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah
at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang
dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin
pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan
menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah
pelayaran ia dilandaangin taufan yang sangat dahsyat.
Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah
bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca
akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak,
semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali
pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau
mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri
bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau
sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan
syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan
kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang
itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan
berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus
mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah
beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang
tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah
sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
Melalui kisah di atas, kita dapat lihat bahawa apabila
kita berusaha untuk mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya, serta bertawakkal kpdNya,
InsyaAllah, Dia akan melapangkan dan memberi rezeki
kpd kita dari jalan yang tidak disangka2..
Namun, biarlah usaha dan doa itu seiring..
ingatlah yang memegang hati manusia itu Allah,
sebelum merebut hati manusia,
rebutlah hati Dia..
semoga berjaya dunia akhirat..saya doakan anda,
dan anda doakan saya.. :)
Wassalam.
1 comment:
akak suka ayat 1000dinar :) menjadi amalan..
Post a Comment