HUTANG OH HUTANG!!

HUTANG HUTANG HUTANG! Senang mengambil tapi susah nak pulangkan..-.- Ar sendiri masih mempunyai hutang, tapi Alhamdulillah, berkat hasil simpanan dari dulu sampai sekarang, dah ada satu ‘full-settlement’ hutang. Yang penting kena sabar, istiqamah dan selalu berdoa. Ingat, hutang dunia perlu dilangsaikan..nih Ar ambil dari buku yang dihadiahkan oleh kawan masa hari lahir hari tuh, sangat bermakna..jadi,Ar nak share dengan semua org..:)

Strategi Melunaskan Hutang

Dipetik dari buku : Mudahnya Menjemput Rezeki dari Fathuri Salehuddin
4 PRINSIP , 7 STRATEGI

Prinsip 1 :

Beli sesuatu secara tunai. JIka belum mampu sabarlah dan terus menyimpan

Prinsip 2 :

Hidup di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan. Jika pendapatan RM1000 belanja pun RM1000. Bila pendpaatan bertmabah RM10 000 perbelanjaan pun menjadi RM10 000. Ini namanya hidup ikut kemampuan. Gaya hidup begini umpama berada di tebing ‘gaung hutang’ yang dalam. Sangat berbahaya. Hidup di bawah kemampuan tidak begitu. Berbelanja mengikut keperluan bukan kemahuan. Barulah ada baki untuk disimpan.

Prinsip 3

Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Apa pun perlukan latihan. Menyimpan pun begitu. JIka rasa berat menyimpan setiap bulan, menabunglah setiap hari. Mula menabung RM2 sehari dihujung bulan dapat menyimpan RM60. Bila sudah biasa, menyimpan RM200 sehari pun rasa biasa saja. RM60 setiap sebulan, setahun jadi RM720. Jika RM200 sehari, setahun dapat menyimpan RM72 000. Jika sepuluh tahun? Semua orang boleh menyimpan kerana, ia bukan soal jumlah, tetapi soal tabiat. Dan tabiat menyimpan adalah tabiat orang-orang yang berduit.

Prinsip 4:

Bina pendapatan kedua. Tentang prinsip ke empat ini saya suka memetik terus kata-kata beliau dari blog tersebut iaitu:
“ Lihatlah diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggaplah gaji sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpn hasil bisnes 100%.Kalau nak guna pun, jangan lebih dari 50%, Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutan. Alhamdulillah.”

7 STRATEGI

1)      Jangan buat hutang lagi
2)      Langsaikan hutang yang interestnya paling tinggi dulu
3)      Buka danan ‘full-settlement’ hutang.
4)      Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus untuk langsaikan hutang
5)      Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana ‘full-settlement’ hutang.
6)      Bila sudah selesaikan hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam ‘full-settlement’ hutang.
7)      Bayar hutang secara automatic.

Pemilik Prinsip dan Strategi ini adalah Mohd Zulkifli Sharie, pemilik blog : www.mohdzulkifli.com


jom settle hutang sama2..! ^^

No comments: