Teori vs Praktikal

 Assalamualaikum w.b.t..^^
Alhamdulillah pada 15 Disember 2012 hari ini masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berada dalam keadaan yang baik. Baru melepasi fasa yang agak berat untuk dilalui tapi dengan izin dan rahmat dari Allah aku berjaya melepasinya dengan hati yang tenang walaupun keadaan di depan sana belum pasti lagi.

"Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.". Surah Saba' : ayat 39


Syukur yang tidak terhingga kerana aku merasakan Allah telah banyak memberi sesuatu yang tidak aku sangkakan. Rezeki yang mencurah-curah dan senyuman yang mengiringi hari-hari walaupun bukan senang nak melalui semua ini. Inilah hasil ujian Allah yang telah aku hadapi di hari-hari yang lepas.

Walaupun pada awalnya hati ini berat untuk melangkah ke jalan itu,namun dengan penyerahan diri kepada Allah,aku melangkah dengan tenang akhirnya, Aku harap keputusan ini adalah terbaik untuk aku. Memang sayang melepaskan satu zon selesa yang aku berada sekarang. Tapi aku teringat dengan satu coretan yang aku lupa dari mana sumbernya yang menyatakan bahawa, orang yang ingin menguji keimanan dan kegigihannya perlulah menhijrahkan dirinya ke satu tempat yang asing bagi dirinya.

Faham tak?hihi..Ok, aku bagi contoh.

Si A nih seorang pelajar di sekolah agama. Bila sebut pasal sekolah agama,kita fahamlah kan,pakai baju dengan tudung yang labuh lepas tuh harian mereka terisi dengan kehidupan islamik seperti solat berjemaah,tadarus dan usrah. Si A nih rasa suka sangat berada di sekolah itu sebab menikmati nikmat kehidupan Islam yang indah,teman-teman seperjuangan yang sehati sejiwa. Masanya pula terisi dengan ibadah dan amalan harian yang sihat. Disebabkan dia telah berada dan jiwanya disemai dengan nilai-nilai Islam.

Kini, sudah tiba masanya si A melangkah keluar dari sekolahnya itu kerana telah tamat proses pembelajaran di alam persekolahan. Dia ditawarkan di satu kolej yang terkenal dan masyhur di negara kita dan kolej itu bukannya kolej islami seperti UIA. Kolej yang dipenuhi dengan pelbagai ragam dan jenis hamba Allah,maklumlah di universiti adalah tempat perantau-perantau dari seluruh negara. Dan ini sudah tentu berbeza dengan keadaan di sekolah agamanya dahulu. Di sinilah berlakunya proses ujian keimanan,ketabahan dan kegigihan dalam diri Si A. Adakah berhasil ilmu yang dia belajar di sekolah agama yang disaluti dengan nilai Islam?

ok,tutup cerita sebab semunya atas hati si A kan. Kita anggap jelah,di sekolah si A belajar teori dan di kolej si A akan berpraktikal!

Jadi, melalui cerita ringkas aku di atas, cuba luaskan skop kita. Maksud aku, bukan di dalam situasi di atas je lah. Banyak lagi contoh dan situasi yang kita sering hadapi. Aku simpulkan secara umum, MELETAKKAN DIRI DI SITUASI YANG BARU. 

Aku sering berhadapan dengan istilah ini. Dalam masa ini lah, hati aku sering diuji. Dan paling aku bimbangkan keimananku. Semoga Allah sentiasa menjaga hati dan imanku. Amin.

Oleh itu, pentingnya pengukuhan kita dalam sesuatu perkara. Supaya apabila kita berada di situasi yang baru, segala ilmu yang ada semakin mantap bukannya semakin kendur dan hilang dengan begitu sahaja. Sebab itulah Allah menyuruh kita melakukan penghijrahan. Merantau adalah salah satu proses kita menuntut ilmu. Ulama dahulu sering merantau dari satu tempat ke satu tempat untuk menggali ilmu. Tapi aku nih, sering takut untuk melakukannya.huhu.Semoga kekuatan mengiringi hariku.

Orang yang hanya berkata-kata sebenarnya hanya belajar teori sahaja. Berlainan dengan orang yang ber'praktikal', dia mengalaminya dan melalui 'praktikal'nya dia boleh berkata-kata..;)

Semoga Allah melindungi hari-hari kita..wassalam.








No comments: