Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts

Adakah Bisnes Shaklee Sah dan Halal?

Assalamualaikum wrt wbt.. 

sememangnya mencari rezeki yang HALAL itu sangat dituntut dalam Islam. Begitu juga dalam perniagaan. Ramai orang yang salah faham tentang MLM, dan ada juga syarikat yang tidak mengaku mengamalkan MLM, tetapi hakikat menjalankan perniagaan MLM. Usah takut jika anda yakin bahawa amda di landasan yang betul menepati syariah. 


Kita ikuti perkongsian daripada: Booster Susu


Alhamdulillah, setelah menemui jawapan daripada yang pakar dan berpuas hati dengan sistem MLM Shaklee, barulah saya mengambil langkah untuk lebih seriuos di dalam bisnes Shaklee ini. Terbukti sistem MLMnya sangat adil. Sebagai contoh, walaupun kita sebagai upline, tapi kalau kita tidak buat belian seperti yang ditetapkan, memang tak akan pergi jauh pun..Ada 1000 dline pun, memang tak dapat apa-apa. Siapa yang berusaha lebih, dia lah yang akan dapat hasil yang lebih. Sebab tu di dalam shaklee, tidak mustahil seorang dline boleh lagi besar bonus dia berbanding upline.

Kedua, penetapan bonus Shaklee adalah jelas dan tidak ada yang berselindung. Pemberian bonus adalah seperti yang ditetapkan di mana sesorang itu mendapat bonus daripada Shaklee tepat seperti apa yang dia selayaknya dapat. Di sini, tidak timbul sedikit pun upline mencuri/mengambil bonus daripada dline atau upline lagi kaya daripada dline.

Ketiga, bonus dibayar berasaskan kepada belian bukannya jualan. Di sini suka untuk saya menarik perhatian semua ahli tentang beza belian dan jualan. Sebagai contoh, ada satu syarikat telah menetapkan jika pekerjanya atau agennya atau pengedarnya membuat jualan/sales sebanyak 200point, dia akan dibayar bonus sebanyak 10% daripada jumlah barang itu. jika buat jualan/sales 400point, dapat 15% dan seterusnya lah.

 Apa pula cerita jika jualan/sales yang dibuat hanyalah 135point, iaitu tidak mencapai 200point?dia tidak layak dibayar bonus. Adakah adil bagi beliau? Adakah dia tidak bekerja?Adakah dia tidak berusaha menjual atau buat julan/sales? Di sini telah berlakunya penindasan dan ketidakadilan terhadap pekerja atau orang bawahannya. Kalau begitu, macam mana pula dengan Shaklee? Bukankah Shaklee juga telah tetapkan 150uv 5%, 300uv 8%, 600uv 11% dan seterusnya serta tak capai 150uv tidak dapat bonus? Di sinilah beza belian dan jualan seperti yang saya ingin jelaskan.

 Shaklee dengan jelas menyatakan bonus dibayar berdasarkan belian kita dengan Shaklee/upline. Maksud kedua berkenaan belian di sini, belian adalah bermaksud sesuatu barangan tersebut menjadi faedah/hak milik bagi kita. Beli vitamin daripada Shaklee, vitamin tersebut menjadi milik kita. kita tidak rugi akibat membeli vitamin tadi. Juga, tiada paksaan untuk membeli vitamin itu. Sebagai contoh yang lain, beli MILO 1kg tiada hadiah percuma manakala beli MILO 2kg dapat hadiah 1 mug eksklusif daripada MILO. jadi di sini, ianya tiada paksaan untuk kita membeli MILO yang mana. Ianya terpulang kepada kita, kalau rasa nak dapat hadiah mug tadi, belilah MILO yang 2kg tu.

 Kalau tak nak hadiah, beli yang 1kg pun tiada masalah. Walaubagaimanapun, setelah membeli MILO 1kg@2kg, ianya tetap menjadi faedah/barang dan hak milik bagi kita. Begitulah ceritanya dengan belian 150uv dapat bonus 5%, 300uv dapat bonus 8% dan seterusnya. Tiada paksaan untuk kita membuat belian. Pilihan di tangan kita.

Di sini Ada 10 perkara yang diketengahkan berkenaan ciri-ciri MLM patuh syariah dan sinonimnya dengan Shaklee.


Berikut adalah kriteria-kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh dibaca di sini.

1. Harga tinggi dari biasa?
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM88 untuk 120biji iaitu RM0.73 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah.
2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 
3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 
Produk Shaklee dikenali lebih 50tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini


Shaklee Products Miri
4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.
5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti/bilangan downline sahaja, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti.
6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli/downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat.
7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.

8. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya dan sentiasa untung.
9. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee
10. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas.


HANIFAH IBRAHIM
0134030014
norhanifah92@gmail.com
  

MLM skim cepat Kaya,BAHAYA! SHAKLEE??

Assalamualaikum wrt wbt. Bercerita tentang MLM. Saya terus teringat satu peristiwa pahit dengan MLM. Pahit yang amat. Dalam usia baru nak kenal dunia, dah terjebak dengan MLM! Sejak dari hari tuh, I DONT BELIEVE MLM! Dan ketika saya daftar ahli Shaklee, saya tak tahu pun SHAKLEE ADALAH MLM! Tetapi sejak dari hari tuh baru saya faham apa itu MLM dan MLM TIDAK SALAH,tetapi yang salah adalah orang yang menyalahguna MLM... :)


Jom ikuti kisah Master Cery tentang MLM..


Bahaya MLM skim cepat kaya. Shaklee ....

Seminggu saya berehat dari update blog...byk btul berehat bulan January ni.. hihi.. tapi berkobar2 nak update blog...Harini saya nak cerita tentang MLM... Sekarang ni sebut MLM sahaja.. dah sah2 terbayang skim cepat kaya.. bagi sesetangah org MLM sesuatu yg menakutkan... dan tak kurang juga mereka yg terjebak dgn MLM dan mendapat pengalaman ngeri . Dan baru2 ni saya baca di group anak buah saya... ada sorang ni share pengalaman beliau kecewa dgn MLM, kerana MLM dia yg join menindas ramai org bawahan lantas beliau meninggalkan MLM berikut..beliau kesal dan rasa bersalah kerana telah menjual harapan kepada ramai org bawahan.. last2 tak jadi.. beliau berubah bisnes dan taubat dari MLM..

Mcm keras bunyinya.. taubat dari MLM.. seolah2 buat dosa plak join MLM ni... hahah.. bila saya baca kisah org tu..sy tergelak.. dalam hati saya ckp.. tulah.. siapa suruh jual harapan.. kan dah tinggal harapan jer... lain kali nak berniaga.. buat cara berniaga... Dalam MLM, pastikan barang berkualiti setara dgn harganya, study sistem marketingnya bukan piramid, sistem coaching dua hala upline-downline yg stabil....  Bagi saya, MLM ni adalah sistem networking bisnes yg suci murni gitu.. Cuma sesetengah pihak dah menyalahgunakan sistem MLM..jadi habis semua tercalit sama nama buruk..... Lagi2 kat Malaysia ni..ramai benar yg nak cepat kaya tapi malas berusaha.. so sendiri tanggung lah yer ...

Terus terang saya bgtau .. sy sendiri pernah join satu MLM ni.. zaman2 bujang dulu lah... zaman jahiliah... dimana produknya biasa2 je.. tp sistemnya mmg headhunting.. dan jual harapan..  salah sendiri lah kan. tak matang lagi time tu...nasib baik saya tak pergi jauh... penat lepas tu bye2 jer.. pastu malas dah nak buat biz dah..layan kerje makan gaji jer...  Tapi bile sy start bisness online bersama Shaklee 2thn yg lepas... ia benar2 merubah persepsi saya tentang MLM.. lagi2 lepas baca buku Jutawan MLM karya Razzi Almansur... mmg terbuka minda.. terbuka segala2nya yg sepatutnya lah yer... lepas tu barulah saya bersungguh2 serius menggunakan Shaklee  medium utk saya mencapai impian saya..mmg tak mustahil menjadi Jutawan MLM jika betul caranya...Saya tak keluarkan modal beratus Rm.. beribu RM.. tidak..puluh ribu RM pun tidakkk sama sekali.

Sy akui jenama Shaklee adalah MLM yg sah...Saya percaya group saya di track yg betul....... Kami tak mengamalkan sistem headhunting... Saya selalu dpt soalan berikut daripada anak2 buah yg baru nak memulakan bisnes... mereka bertanya.. cemana nak cari org beli ni.. cemana nak cari org.. Sy selalu jwb.. takyah cari org... Cara yg terbaik adalah you cari diri you sendiri.. love yourselve.. believe in yourselve..kenali diri sendiri.. kenali kekuatan diri.. study marketing plan...study ilmu yg berkaitan...Memang ambil masa.. tapi sy percaya..berapa lama pun tempoh masa yg diambil, anda akan sampai ke puncak.... Keep  on sharing tentang produk Shaklee yg amazing.. Keep on sharing tentang Shaklee difference..... once u jadi magnet.. u jual ape pun org sanggup beli...  Produk Shaklee mmg amazing tak perlu ckp byk.. the product speak itself.. "Tak kenal maka tak cinta.. tak amal maka tak rasa"...... dan dari segi syarikat pun mmg dah kukuh ..takyah pung pang cite pjg.. Shaklee dah lebih 50tahun... marketing plan dia pun mmg adil.. Bagi yg betul2 studi marketing plan Shaklee.. ..ia mmg bukan sistem piramid... Anda usaha anda dapat... Upline tak jual harapan.. Kami tak jual harapan.. Kami jual 'diri'... bukan bermaksud jual nama tayang body... tapi jadi magnet.. bab ni kalau ahli2 group saya faham apa yg sy maksudkan.. haha.. Jadi jgn salah pilih group yer... Kalau awal2 upline dah suruh invest beribu2 RM, beratus2 RM, dah push cari orang.. hmm tu bahaya tu..sila kembali ke pangkal jalan kay...

Tapi sejujurya.. saya sedih melihat segelintir golongan yg ingin cepat kaya dan mengambil jalan mudah...  Ingat yer.. takde istilah jalan singkat... no short cut to success... u may work smart but no shortcut to success.... Saya teringat sharing dari Mr Bradford Presiden Shaklee yg datang KK baru2 ni.. beliau sendiri cakap.. nak jadi millionaire.. billionaire.. bukan semudah yg disangka. tapi ianya tak mustahil....katanya lagi kekayaan tak dtg skelip mata. Sy mmg setuju... Saya sendiri pun sampai ke tahap ini bukan dgn sengih2, bukan dgn senang, bukan dgn jalan singkat, bukan dgn paksa org, bukan dgn cari orang,,,... yg pasti bukan dgn jual harapan.... Sy tak pernah ajak org join bisnes saya dgn menjual nama atau berapa byk income saya..atau pun paksa org invest beratus RM atau beribu RM.. tak perlu...  Sy bermula dgn meraih bonus 2 angka, 3 angka dan seterusnya takpayah citer lah yer..hihi.. Sy juga bermula dgn kesusahan.. kepayahan.dgn air mata.. dgn doa.. dgn peluh keringat.....  Jadi kalau anda ada dengar atau lihat nama saya disalahgunakan, sila report yer. ..Saya bukan artis.. jadi takpayahla iklan2 kan saya yer.. haha...... .Kalau yg mana2 mmg friend saya di FB, boleh tgk sendiri apa yg sy selalu post di FB.... The power of silence and being a powerful magnet dah mencukupi....:)
sebahagian dari anak2 buah yg dah bergelar Leader..more picture in upcoming Shaklee Today

Saya tak pernah janjikan ape2 pada downline saya..Saya tak jual harapan kepada mereka..Tetapi saya letakkan sepenuh kepercayaan pada mereka.. I trust them...Saya percaya mereka boleh berjaya sekiranya mereka sndiri nak dan mahukannya... Nak seribu daya taknak seribu dalih..Ahamdulillah sejuk hati melihat ramai leader Shaklee yg dilahirkan dibwh payung Jutawan...Dan semua itu bukan sebab sy jual harapan.. bukan sbb sy jual skim cepat kaya.. tapi kejayaan mereka datang dari diri mereka sendiri.. Mereka yg pilih, mereka yg menggerakkannya.. dgn izin Allah jua..

Nasihat saya, apa jua bisnes MLM yg anda ceburi, pastikan anda tidak menyalahgunakan sistem yg murni itu.. Jaga etika, patuhi peraturan.. InsyaAllah semua org ada peluang jadi Jutawan MLM.. Ingat yer.. tiada jalan singkat utk mencapai kejayaan atau kekayaan..
Dulu sy tak kenal apa itu Shaklee,....but i choose and buy supplement  brand Shaklee...
why?. sbb I trust my friend..
Beberapa tahun kemudian.. I choose jenama Shaklee utk bisnes...
why? sekali lagi sbb trust.. trust the product, the company and trust myself...I can do it..
and Now.. I choose jenama Shaklee utk melebarkan empayar Jutawan..
why?.. sekali lagi sbb tr
ust.. sebab i trust my downline (they're amazing, gorgeous, beautiful)...
and of course..now and forever.. i will always have faith & trust in Allah.. our 'biz partner'...
 tidak dilupakan ..kepercayaan yg diberikan ke atas saya by my soul partner.. thanks Abah Faiz and Faiz...

 Sekian cerekarama hari ini..... artikel ini tiada kaitan antara yg hidup atau yg mati.. sekadar berkongsi perasaan dan pengalaman saya sendiri... Terima kasih kerana melayari laman mamafaiz.com

"Tak kenal maka tak cinta.. tak amal maka tak rasa"...


RELATED POST: 

KENAPA SAYA PILIH BISNES MLM

MLM SKIM CEPAT KAYA, BAHAYA!! SHAKLEE??


ADAKAH SHAKLEE MENEPATI SYARIAH??


KENAPA SAYA PILIH BISNES MLM

Kenapa saya pilih bisnes MLM

Lamanya dah tak update blog.. dulu azam konon nak update setiap hari.. kena start disiplinkan diri balik ni..Refresh azam lama.. lagipun dah masuk December dah ..Jadi saya berikrar mulai hari ini.. saya akan update blog mamafaiz setiap hari walaupun hanya sepotong ayat.. haaa tu diaa.. siap pasang ikrar...hihi.. Oleh sebab ni dah malam, saya ekstrak balik post cerita magika yg saya ambil dari page MCsKK. Ada banyak post2 dipage itu yg menarik (ewahh, puji diri sendiri.. hihi).. tapi saya pilih yg ini sebab topik ni tak pernah lapuk.. isu kenapa memilih MLM.. bukankah MLM menindas orang, MLM skim cepat kaya.. dan byk lagi.. So baca lah yg ini dulu yer.. Esok saya update lagi blog mamafaiz..dah ikrar dah kannn..hihi
------

Kenapa saya pilih bisnes MLM

Alhamdulillah....Jumaat datang lagi...Anything special today? Bagi saya.. setiap hari adalah istimewa...kita yang pilih untuk melihat setiap hari itu indah, cantik atau sebaliknya.. dan setiap hari yang indah itu berlalu dgn sangat pantas... pejam celik.. eh dah nak masuk December.. pejam celik lagi dah masuk tahun baru.. pejam celik..eh aku di Malaysia bukan di London..hahha.. Hariini...saya nak tunaikan janji nak jwb soalan mereka2 yg bertanya.. Tempoh hari, ada beberapa org yg message di page ini.. soalannya sama je lebih kurang gini.. "Puan buat business apa yea?

Okay.. mari saya jwb dlm bentuk cerita... Bila sentuh perkataan berniaga.. semulajadinya semua orang pun tahu kat dunia ni ada banyak jenis perniagaan..Dua kategori utama perniagaan.. perniagaan berdasarkan perkhidmatan atau perniagaan berdasarkan produk..Kalau saya nak listkan, sampai esok pun tak habis.. dah nama pun 9 daripada 10 pintu rezeki datang daripada perniagaan.

Berbalik kepada kisah saya, bisnes saya adalah berdasarkan produk kesihatan jenama Shaklee yang menggunakan teknik MLM. yang saya pasarkan, kongsikan dan war2kan melalui medium INTERNET... Oppss.. sabarr, jangan lari bila saya sebut MLM..Saya tahu ramai yg fobia or rasa tak senang hati bila dengar perkataan MLM... Baca sampai habis duluu..

MLM (multilevel marketing) / Network Marketing merupakan teknik bagaimana produk dipasarkan. Berbeza dengan perniagaan jenis konvensional, perniagaan MLM adalah dimana produk dipasarkan langsung daripada pengedar kepada pengguna tanpa melalui jaringan atau kos yg tinggi. (kos nak perkenalkan sesuatu produk adalah tinggi yer lebih2 lagi jika menggunakan artis.. cuba google search berapa jenama2 lain byr artis2 tu..Bisnes MLM ni pengedar itu sendiri yang menjadi model/artis...hihi). Oleh yg demikian, kos tersebut dapat syarikat peruntukkan untuk pengedar yang layak memenuhi syarat pelan pemasaran yg disediakan

Bisnes MLM pilihan saya adalah jenama SHAKLEE. Syarikat nutrisi kukuh yang telah berada di pasaran lebih dari 50tahun.Malah lengkap dgn beratus clinical studies, jadi tak perlu saya investkan duit lagi utk membuat ujikaji...hihi...Malah sy membuka 'kedai alammaya' yakni blog mamafaiz hanya dengan berbekalkan modal ZERO... blogspot free lah.. manaada kena byr.. cuma selepas beberapa bulan, saya upah orang utk makeupkan blog.. adalah dlm RM 100 je.. ..Okeyla daripada invest ratus ribu or puluh ribu.. Rugiii nantii

Ketika saya mulakan bisnes ini,saya tak terfikir pun sejauh ini perjalanan bisnes saya..sejauh ini akan saya capai.. betullah org tua2 kata. tuah ayam nampak di kaki.. tuah MANUSIA siapa yg tahu.. yer tak.... Bila kenang2 balik, mmg kadang rasa nak nangis...hihi... NAK 1000 daya betul tak....

Alhamdulillah.. MLM yg sy pilih ini dah byk manfaat yg saya kecapi bukan sekadar bonus bulanan yang berkepuk2.. lebih dari itu ..manfaat yg tak dpt dijual beli dgn wang ringgit..manfaat kesihatan (rasa makin cantik.. hahahha.. eh bukan i sorang je. makin ramai yg makin sihat dan makin cantik.. happy rasa)...bebas kewangan (boleh shopping tanpa risau duit ada ke tidak..hahhah)... dapat bantu lebih ramai orang..(kalau dulu nak kluarkan zakat/sedekah 2-3 angka rasa mcm bykkk jer.. sekarang 6angka pun tak mustahil)..dan oh yer saya ada lebih ramai kawan.. yg dah jd mcm keluarga.. I love keluarga besar Jutawan... mereka tulang belakang bisnes ini.. manfaat lain adalah dah tak perlu risau pasal duit pencen.. sekarang income dah masuk level income pasif.. dan yg pasti.. ia boleh diwarisi.. bertuah la anak I si Faiz tu..hihi..dan banyak lagi manfaat yg tak terungkap dgn kata2.

Bagi saya, apa jua perniagaan yg anda lakukan.. konvensional atau MLM..tak dapat lari daripada kesusahan,keperitan,risiko... Saya kagum dengan mereka2 yg menceburkan diri dlm dunia perniagaan...Pesanan saya,buat bersungguh2 dan yakin padaNYA.. InsyaAllah, kejayaan pasti milik anda...

Percayalah, tiada istilah RUGI jika menyertai MLM melainkan anda yang berhenti SEPARUH JALAN atau pun anda salah melabur... nak buat MLM bukan labur duit.. tapi labur tenaga,usaha, masa,senyuman..... Saya pernah gagal dlm MLM yg pertama.. kenapa? kerana salah memilih syarikat.. gagal sekali bukan bermaksud selamanya gagal.. Sekarang dah terbukti, saya berjaya meraih income pasif bersama MLM sedia ada..

Untuk sukses dlm MLM harus pegang dua tips dibwh
1-Sanggup laburkan USAHA TENAGA,MASA.. anda tanya diri anda berapa banyak yg anda sanggup laburkan...bukan duit ye.. tetapi usaha, tenaga, masa
2- Menanam SEDALAM MUNGKIN keyakinan,doa dan harapan anda pada Sang Pencipta.. Dia yg Maha Kaya Maha Pemberi...

Satu lagi yg sangat penting, jika anda membuat keputusan ingin memilih bisnes MLM (tak kisah lah mana2 MLM sedia ada), pastikan syarikat dan produk pilihan anda benar2 stabil,kukuh, berlandaskan syariah dan bukan mengamalkan sistem piramid. Kaji dulu yer jangan main ikut2an.. Jgn mudah terpengaruh.. Mmg dgn MLM boleh cepat kaya..tapi tiada kekayaan yg datang bergolek tanpa usaha yg keras. Saya sendiri bekerja keras selama 2thn pertama..byk yg saya dah korbankan sebelum sampai ke level ini..

Panjang pulak coretan di hari jumaat yang penuh ceria ini..Itulah bisnes saya.. bisnes MLM Shaklee melalui internet.yang sudah pun mencapai phasa pasif income.Alhamdulillah... Saya doakan semua yang membaca beroleh kesejahteraaan, kegembiraan dan selamat berhujung minggu.. Nantikan lebih byk tipsmagika dan ceritamagika dari saya.. moga bermanfaat buat semua

sumber : Magika Cery si kelip-kelip