Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Penderita Migrain wajib Baca!

Assalamualaikum wrt wbt..
pernah dengar sakit migrain?? Migrain adalah satu keadaan di mana, kita akan rasa sakit kepala yang amat. Hanya penderita migrain yang tahu! 
sharing dari #kohado
Sakit kepala memang sejenis penyakit yang mudah kita hadapi. Banyak faktor yang menyebabkan sakit kepala contohnya gaya hidup yang stress, masalah sinus yang kronik, serta perubahan cuaca yang redup kepada panas yang terlalu ekstrem. 
Salah satu jenis sakit kepala ialah migrain. Sekiranya diserang migrain sudah pasti akan menganggu aktiviti harian kita dan banyak perkara akan terabai dan ditangguhkan. Selalunya penghidap migrain hanya tidur seharian tanpa mampu untuk mengangkat kepala sekalipun.


Sekiranya anda penghidap migrain, ini adalah perkara yang perlu anda elakkan :
  • Makanan yang mengandungi thyramine seperti keju.
  • Makanan yang mengandungi MSG dan nitrat.
  • Tidur yang tidak tetap.
  • Stress dan tekanan.
  • Membiarkan perut kosong terlalu lama.
Pengambilan makanan seimbang yang betul serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat mengurangkan masalah migrain ini. Malah pengambilan supplemen semulajadi secara konsisten juga dapat menyembuhkan migrain. Insya Allah. Shaklee mempunyai 2 vitamin bagi membantu pesakit migrain melegakan rasa sakit kepala yang teruk iaitu :
 Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Sebarang pertanyaan, konsultansi produk Shaklee,pengalaman saya dengan Shaklee dan apa-apa persolan berkaitan, boleh hubungi saya seperti di bawah, InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan izinNya.. :)

Whatsapp/Telegram: 013-4030013
emel: norhanifah92@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/are.niefah

Apa itu BIOFLAVANOIDS?

Assalamualaikum wrt wbt..

Hari nih saya nak kongsi apa yang dimaksudkan dengan BIOFLAVANOIDS, yang terdapat di dalam vitamin Shaklee. :)


Apa Itu Bioflavonoid?

Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P, sebenarnya bukan termasuk kumpulan vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan mengelompokkan nutrien yang terkandung di dalamnya.  Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin , myricetin, apigenin, luteolin, catechin, citrin, luteolin, dan flavonoid lain.  Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu didapatkan dari makanan.
Apa Manfaat Bioflavonoid?

bioflavonoids bekerja berkesan bersama vitamin C secara mutualisma.  Bioflavonoid membantu fungsi vitamin C, sebaliknya bioflavonoid selalu bekerjasama dengan vitamin C. bioflavonoids, mempunyai peranan penting dalam menjaga kekuatan  kapilari dan menetapkan permeable.  Bioflavonoid membantu vitamin C dalam menjaga collagen agar tetap dalam keadaan sihat, membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C, mencegah kerosakan vitamin C kerana pengoksidaan, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pendarahan, mencegah kerosakan kapilari dan rangkaian penghubung, dan membentuk penghalang pelindung terhadap jangkitan.
Bioflavonoid berkesan digunakan dalam rawatan kecederaan sukan kerana mempunyai kesan menghilangkan rasa sakit.  Zat ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesakitan di kaki dan sepanjang punggung, dan boleh mengurangkan gejala-gejala pendarahan jangka panjang, serum kalsium rendah, dan penyakit herpes rongga mulut (oral herpes ).
Bahan Makanan Apa yang Mengandung Bioflavonoid?

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoids juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pain, bawang-bawangan, beri, teh hijau, sorgum, apricot, soya, tomato, brokoli, dan lain-lain.



sumber

Bahan Apa yang Dapat Mengurangkan Bioflavonoid dari Badan?

Beberapa bahan dapat menghilangkan bioflavonoid dari tubuh.  Salah satunya yang paling buruk adalah asap rokok dan banyak minum alkohol.  Aspirin dan beberapa ubat penahan sakit juga boleh membuang bioflavonoid dari tubuh.  Demikian pula dengan antibiotik dan cortisone.


sumber: Olvista


Sebab itulah, Shaklee mereka khas Vitamin C Sustained Release Shaklee yang mengandungi BIOFLAVANOIDS supaya dapat memastikan bahawa apabila kita mengambilnya, kita akan menerima vitamin C yang terbaik untuk badan. Wallahualam.



Sebarang pertanyaan, konsultansi produk Shaklee,pengalaman saya dengan Shaklee dan apa-apa persolan berkaitan, boleh hubungi saya seperti di bawah, InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan izinNya.. :)

Whatsapp/Telegram: 013-4030013
emel: norhanifah92@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/are.niefah




SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

Assalamualaikum wrt wbt..salam sejahtera..

~SET KECANTIKAN SHAKLEE~


credit


Set yang sangat laku diantara set SHAKLEE yang lain..sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah muka,jerawat,jeragat dan sesiapa yang ingin mengekalkan kesihatan..:)

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

-Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
-Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
-Menjaga kelembapan kulit
-Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

-Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
-Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
-Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

-Sebagai pelembap
-Mencegah pigmentasi
-Melambatkan tanda penuaan
-Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

-Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
-Mencegah penuaan
-Menjadikan kulit lebih kenyal
-Mencerahkan kulit
-Menjaga kulit dari sinaran UV
-Mengurangkan parut jerawat
-Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
-Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
-Menjadikan wajah lebih berseri

Jika korang ada masalah Jerawat disebabkan hormon yang tidak stabil, korang boleh guna GLA COMPLEX. Dan untuk kesan yang lebih cepat, gunalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebenarnya ianya mengikut keadaan kulit korang, jadi saya syorkan korang bertanyalah kepada SID yang korang percaya.. :)

NATURE,HALAL,100% TANPA KESAN SAMPINGAN!

insyaAllah..:)

Wassalam.

Sebarang pertanyaan, konsultansi produk Shaklee,pengalaman saya dengan Shaklee dan apa-apa persolan berkaitan, boleh hubungi saya seperti di bawah, InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan izinNya.. :)

Whatsapp/Telegram: 013-4030013
emel: norhanifah92@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/are.niefah

[Popular Post]

 [Pengakuan Khas]:  Saya Menyesal Guna Shaklee






[ Kisah Benar] :DIHINA KERANA MUKA BERJERAWAT DAN BERPARUT!





BAGAIMANA STRESS BOLEH MEROSAKKAN KULIT!

assalamualaikum wrt wbt.. :) 
pernah dengar tak orang kata, stress menyebabkan jerawat muncul? Ini bukan mitos, tetapi fakta. Apabila kita stress, automatik ianya menganggu hormon di dalam badan kita. Hari ini saya nak share satu artikel How Stress Can Damage Your Skin
It is now common knowledge that stress can take a toll on your health and physique.Stress is also known to cause hypertension, heart attack, asthma and weight gain, but did you know that it can do severe damage to your complexion?
– Your flawless complexion suddenly breaks out into acne or begins exhibition of earlywrinkles. Either you control the stress, or visit a doctor. And if you are not sure of either of them, you can take up meditation or yoga classes, and include a dose of spa therapy in it.
– Dermatologists are known to spot stress when they see an aberration in someone’scomplexion.
– Ever seen someone’s face flush unnaturally? Rosacea is a skin problem aggravated by stress. Not only does it increase the hormone, cortisol, but also leads to severe skin problems like acne, psoriasis, rosacea and wrinkle.
– If stress aggravates the production of sebum, it also increases the production of adrenaline. In this state, the hormone directs blood away from the skin to the muscles to give it strength to deal with crisis. But this condition for a prolonged period can lead to an overproduction of adrenaline and a pale, bloodless look. Consult a specialist as soon as possible.
– Chronic stress tends to stiffen muscles, which obstructs the normal blood flow to the skin. This state prevents the elimination of wastes from underlying tissues, leaving a pallid, dull skin in its place. So, find a balance between natural herbs, medicines and exercise to rid the ‘S’ factor, and bring back the glow to your complexion.
Berdasarkan artikel di atas, anda semua tahu tak apa Rosacea? Rosacea adalah masalah kulit di mana muka menjadi merah-merah bukan natural dan ini menandakan kita stress. Suatu ketika dahulu, saya pernah mengalami masalah ini, malah ada yang tegur muka sebab macam pakai blusher,, T.T

Tapi memang betul pun, dulu selalu juga stress, zaman belajar.. fikir itu fikir ini, tuh yang jerawat subur membiak. Tapi alhamdulillah, sekarang tak perlu risau sebab muka dah makin okay. No more flush and bad acne, also no more stress because i have my natural supplement anti stress! :)

wallahualam.


DIHINA KERANA MUKA BERJERAWAT DAN PARUT!

Assalamualaikum wrt wbt..:)

Syukur, masih sihat dan menghirup udaraNYA. Rasa terpanggil nak share satu persatu kisah dulu kala sekadar perkongsian dari hati. Semoga memberi sedikit inspirasi buat insan senasib..:)
Sekitar tahun 2010,masa nih ditawarkan belajar di Pusat Asasi Sains Puncak Alam. Masa belajar kat sini muka dah mula naik jerawat tapi tak de lah teruk mana. Kalau ambil gambar pun nampak seketul dua je. Pernah ada orang tegur tapi masa nih buat tak tahu je sebab ada lah kawan nih cakap.."Jerawat nih tanda kita nak uji orang tuh suka kita sebab kecantikan ke atau sebab hati kita"..haha..so, memang buat tak tahu je. Masa nih pakai pencuci muka Safi. Memang pengguna setia Safi dari dulu lagi.

Nak jadi kisahnya, masuk lah Uitm Kuala Terengganu. Masuk Sem 2 tak silap muka bertambah teruk. Tambah lagi, saya memang tak boleh berpisah dengan sambal, budu, belacan, seafood. Ya Allah, tak nikmat kalau tak sentuh mereka nih.Tambah lagi, dapat informasi budu nih boleh cerahkan muka, apa lagi sehari wajib makan budu!

Kejadian yang paling saya ingat. Satu hari dalam kelas Biology, Lecturer Bio kami, Puan Lily yang cantik menarik panggil lah saya dan kawan sorang nih ke depan meja dia. Ingatkan nak cakap apa, dia cakap, awak dua ni sayang lah, muka dah cantik tapi berjerawat! Masa tuh rasa cam kena panah petir je.huhuhu. Puan pun kata lah kita perempuan kena jaga, nih menandakan kebersihan juga.Puan kata dia pun dulu macam kami juga (muka berjerawat).Lalu dia pun kongsilah tips pakai Susu Kambing.Balik tuh terus cari sabun susu kambing.Heee

Tapi still same. Satu ketika, saya pergi ke satu klinik pakar kulit di Kota Bharu, Klinik Balqis. Klinik nih memang famous lah untuk siapa yang ada masalah muka. Masa masuk tuh tak cakap apa lagi doktor pun mata masalah jerawat er. Dush! Malunya! Doktor bagi ubat antibiotik dan a few lagi. Tak ingat sebab tak belajar Farmako lagi masa tuh.eheh.Mula2 pakai okay lar tapi disebabkan uitm jauh dengan rumah, bila ubat habis terus stop. Tahan lah sebulan ambil antibiotik tuh.

Roomate pernah kata, awak nih putih tapi sayang ada jerawat..zapp! tertusuk duri sembilu! Kemudian, try lah guna produk Homeopaty. Masa nh kenal lah maksud Healing Crisis. Nih fasa yang amat teruk, memang tak tahan, sampai balik kampung kawan2 ramai tegur kenapa muka teruk sangat. Mula2 sabar lagi tapi akhirnya stop. Tak berdaya dah menahan satu persatu jerawat yang naik.
Januari 2012. Berpindah ke KSKB Sultan Azlan Shah,Ipoh. Masa nih pakai pencuci muka Safi. Pakai je lah sebab memang malas nak care dengan muka nih. Dan satu benda yang menyentap jantung lagi bila ada relative patient tegur muka saya. Masa tuh memang malu sampai balik menangis-nangis. Mula saat itu doa kat Allah supaya diberi kekuatan dan petunjuk.

Sepupu pun cadangkan ambil Tia Amelia. Memang ada perubahan, muka jadi putih merah, tapi lama-lama tak tahan sebab bila time panas, muka rasa macam terbakar. Oleh sebab takut side effect,terus stop. Mungkin tak sesuai dgn kulit saya. Memang tak habis guna. So, Macam biasalah google2,masa tahun 2013,jumpa satu produk Korea, Miracle Tab.Mahal!! Tapi disebabkan terdesak, beli lah. Mula-mula muka nampak cerah gitu. Memang ada perubahan tapi disebabkan terlalu mahalll, i stop..u.u Zaman nih famous dengan bedak Tanaka. Jadi, bermula saat itu, memang tak pakai langsung any pencuci muka, produk muka kecuali bedak sejuk Tanaka.

Alhamdulillah, masa Semester 4 memang makan pun jaga. Tiap kali balik dari posting, mesti hiris timun letak kat muka, malam2 plak scrub tomato kat muka. Seminggu sekali pakai putih telur..memang superb!! Makan plak memang jaga, masa nih memang dah stop makan sambal,budu,belacan walaupun hati mula2 berat sangat..tapi disebabkan nekad dan tak nak dihina lagi, saya kuatkan diri! Alhamdulillah,syukur..doa yang tak putus2..Allah makbulkan, muka bertambah okay. Saat itu ramai yang bertanya pakai apa kat muka dan tak pasal2 Tanaka membiak2 ke classmates sampai budak laki pun pakai..:D

Bila dah ok, sepupu pun katalah, kalau dah ok stop jelah bedak tuh. Lagipun masa tuh Tanaka dah mula tak popular. Biasalah bermusim kan. Jadi, saya pun buntu tak tahu nak guna apa dah. Lagipun parut masih ada lagi..sehinggalah satu hari yang mengubah hari-hari lain nih.....jeng3.....
to be continued..^^
salam sayang.

sambungan: Kini, aku bersyukur.. terima kasih Allah.. :)

B COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum wrt wbt..:)

jom kenali ::B COMPLEX SHAKLEE ::!!






Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semualajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diseap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran bersifat sinteteik. 

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting penting vitmain B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan B Complex di dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari. 

KEBAIKAN VITAMIN B COMPLEX:

1. MENUKARKAN MAKANAN KEPADA TENAGA. 
- Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2. MELAWAN TEKANAN
- Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. MEMBANTU TUMBESARAN
- Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru sertam engurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. 

4. RAMBUT BERUBAN ATAU GUGUR
- Membaiki masalh kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. BAIK UNTUK MATA
- Mengurangkan masalah keletihan msta, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.

6. MENCEGAH ANEMIA
-Mmebantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam badan, ,erendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk laut, atau darat.

7. MEREDAKAN SENGGUGUT
- Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan maslaah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat thaan sakit.

8. MENCEGAH PERLCCHE
- Dikenali juga sebagai rekahan mulut ( mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

9. DETOKSIFIKASI
- meredakan alahan


BAGAIMANA MEMILIH VITAMIN B COMPLEX YANG BAIK?

1. Mengandungi kesemua 8 vitmain- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya diambil pada masa yang sama)

2. Harus mengandungi 100% untuk asid folik dan biotin.

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3,  dan B12 tidak terlalu besar. 

4. Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut air


keempat-empatnya terdapat di dalam B COMPLEX SHAKLEE.. :)

salam sayang.

sebarang pertanyaan lanjut mengenai B Complex atau sebarang produk Shaklee, boleh hubungi saya seperti di bawah:

NOR HANIFAH
SMS/WHATSAPP: 013-4030013
norhanifah92@gmail.com
https://www.facebook.com/are.niefah