Showing posts with label Vitamin C Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C Shaklee. Show all posts

BIOFLAVANOIDS pada VItamin C Shaklee yang anda Tidak Tahu..

Assalamualaikum wrt wbt..

wahh,makin banyak order masuk untuk Vitamin C SR nih, alhamdulillah..ada yang dah repeat order banyak kali. Nah, semua orang dah rasa kebaikan Vitamin C, yang belum rasa cepat-cepatlah rasa ea. kan menyesal. eheh




sumber


tengok, ada label Bioflavanoids

Mari kita kenali apa itu BIOFLAVONOIDS. 
sharing by Sis Nurhasnirah

Bioflavonoids merangkumi sekumpulan besar nutrien dengan aktiviti antioksidan. Bioflavonoids sitrus, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan nutrien yang berasal dari kulit dan pulpa produk sitrus. Bioflavonoids sitrus bertindak secara sinergistik dengan vitamin C. Setiap bahan meningkatkan tindakan yang lain. Bioflavonoids sitrus diperlukan oleh vitamin C untuk digunakan dengan berkesan oleh badan. Ia juga memanjangkan keberkesanan vitamin C dengan melambatkan kerosakan. Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P atau biasa disebut dengan nama Flavonoids merupakan kelompok pigmen yang larut dalam air. 


Flavonoids adalah kelompok dari senyawa polyphenoic yang banyak terdapat pada berbagai jenis tanaman. Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, citrin, luteolin, dan flavonoid lainnya. Nutrien ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu dapatkan dari makanan. Bioflavonoids dapat bekerja dengan baik iaitu dengan adanya vit B6, Vit c, vit E, Tyrosine, Calsium dan zinc Bioflavonoid terhasil daripada bahagaian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan , bunga, herba dan bijirin. penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai: 

anti-radang
 anti-alergi
 anti-virus 
anti-kanser


 *Bioflavonoids ada 4 jenis. Citrus Bioflavonoids adalah selamat dan tiada kesan sampingan serta selamat untuk ibu hamil. Fungsi Bioflavonoids dan Vitamin C Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk : 

1. melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah dan mengatur penyerapannya.

 2. mempunyai kesan antibakteria

 3. menggalakkan peredaran darah 

4. merangsang pengeluaran hempedu 

5. mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah 

6. merawat dan mencegah katarak

 7. bertindak sebagai antihistamin 

8. mempunyai ciri-ciri anti-radang 

9. mengurangkan gejala herpes mulut 

10. membantu vitamin C dalam menjaga collagen agar tetap dalam kondisi sihat, ~membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C, 

 11. mencegah kerosakan vitamin C kerana pengoksidaan.

 12. mengurangi hipertensi, 

13. mengurangi pendarahan, 

14. membentuk penghalang pelindung terhadap jangkitan 

15. dapat mengurangi gejala-gejala pendarahan jangka panjang, serum kalsium rendah. 

16. merupakan antioksidan, pencegah pembentukan radikal bebas.

 17. mencegah terjadinya serangan penyakit jantung coronary dan stroke.


  Ini adalah kerana gabungan ini mampu mencegah pelekatan sel darah merah dan kerosakan HDL. Tambahan makanan sumber flavonoid melancarkan kembali darah pekat akibat penyumbatan pembuluh darah oleh kolesterol dan menjaga kadar normal HDL Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan.


 Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan. Dan apa yang BEST nya tu, kesan antioksidan bioflavonoids yg sama macam ni jugak berlaku pada manusia yg mengambilnya.

Oleh itu, vitamin c yang tak ada bioflavanoids nih kira tak 'power' berbanding yang ada. Alhamdulillah, sebab itu saya yakin dengan Vitamin C yang saya ambil sekarang..:)

wallahuallam.



Sebarang pertanyaan, konsultansi produk Shaklee,pengalaman saya dengan Shaklee dan apa-apa persolan berkaitan, boleh hubungi saya seperti di bawah, InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan izinNya.. :)

Whatsapp/Telegram: 013-4030013
emel: norhanifah92@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/are.niefah

Apa itu BIOFLAVANOIDS?

Assalamualaikum wrt wbt..

Hari nih saya nak kongsi apa yang dimaksudkan dengan BIOFLAVANOIDS, yang terdapat di dalam vitamin Shaklee. :)


Apa Itu Bioflavonoid?

Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P, sebenarnya bukan termasuk kumpulan vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan mengelompokkan nutrien yang terkandung di dalamnya.  Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin , myricetin, apigenin, luteolin, catechin, citrin, luteolin, dan flavonoid lain.  Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu didapatkan dari makanan.
Apa Manfaat Bioflavonoid?

bioflavonoids bekerja berkesan bersama vitamin C secara mutualisma.  Bioflavonoid membantu fungsi vitamin C, sebaliknya bioflavonoid selalu bekerjasama dengan vitamin C. bioflavonoids, mempunyai peranan penting dalam menjaga kekuatan  kapilari dan menetapkan permeable.  Bioflavonoid membantu vitamin C dalam menjaga collagen agar tetap dalam keadaan sihat, membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C, mencegah kerosakan vitamin C kerana pengoksidaan, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pendarahan, mencegah kerosakan kapilari dan rangkaian penghubung, dan membentuk penghalang pelindung terhadap jangkitan.
Bioflavonoid berkesan digunakan dalam rawatan kecederaan sukan kerana mempunyai kesan menghilangkan rasa sakit.  Zat ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesakitan di kaki dan sepanjang punggung, dan boleh mengurangkan gejala-gejala pendarahan jangka panjang, serum kalsium rendah, dan penyakit herpes rongga mulut (oral herpes ).
Bahan Makanan Apa yang Mengandung Bioflavonoid?

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoids juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pain, bawang-bawangan, beri, teh hijau, sorgum, apricot, soya, tomato, brokoli, dan lain-lain.



sumber

Bahan Apa yang Dapat Mengurangkan Bioflavonoid dari Badan?

Beberapa bahan dapat menghilangkan bioflavonoid dari tubuh.  Salah satunya yang paling buruk adalah asap rokok dan banyak minum alkohol.  Aspirin dan beberapa ubat penahan sakit juga boleh membuang bioflavonoid dari tubuh.  Demikian pula dengan antibiotik dan cortisone.


sumber: Olvista


Sebab itulah, Shaklee mereka khas Vitamin C Sustained Release Shaklee yang mengandungi BIOFLAVANOIDS supaya dapat memastikan bahawa apabila kita mengambilnya, kita akan menerima vitamin C yang terbaik untuk badan. Wallahualam.



Sebarang pertanyaan, konsultansi produk Shaklee,pengalaman saya dengan Shaklee dan apa-apa persolan berkaitan, boleh hubungi saya seperti di bawah, InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan izinNya.. :)

Whatsapp/Telegram: 013-4030013
emel: norhanifah92@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/are.niefah




Apakah maksud Sustained Release??

Assalamualaikum wrt wbt..

Ramai yang pernah dengar 'sustained release' tapi tak ramai faham apakah maksud sebenar SR ni.  Juga apa beza vitamin yang SR dan sebaliknya.


Keistimewaan Sustained Release

1. SR adalah satu proses di mana vitamin di formulasi khas agar ia dielepaskan ke dalam badan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 hingga 6 jam. Ringkasnya, ia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan mengikut masa tertentu.

2. Vitamin larut air seperti B Complex dan Vitamin C , tidak boleh disimpan di dalam badan. Oleh sebab itu, dinasihatkan mengambil air yang mencukupi. Maka tanpa sifat TIME RELEASE ini , vitamin ini akan diserap ke dalam darah dengan cepat, tanpa mengira berapa dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin dalam masa 2 hingga 3 jam sahaja.

3. Suplemen yang mempunyai elemen Sustained Relesed dapat menawarkan penyerapan vitamin yang optimum,meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian(perkumuhan), serta dapat menstabilkan paras darah pada waktu siang dan malam.


Kalau anda cari vitamin, pastikan tengok label dulu sebab kalau vitamin jenis Time Release, hanya bertahan dalam 2 jam atau kurang. Sebab itu,hampir TIADA BEZA dengan tablet biasa yang jauh lebih murah dari jenis Sustained Release. 


wassalam.


Sebarang pertanyaan, konsultansi produk Shaklee,pengalaman saya dengan Shaklee dan apa-apa persolan berkaitan, boleh hubungi saya seperti di bawah, InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan izinNya.. :)

Whatsapp/Telegram: 013-4030013
emel: norhanifah92@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/are.niefah

SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

Assalamualaikum wrt wbt..salam sejahtera..

~SET KECANTIKAN SHAKLEE~


credit


Set yang sangat laku diantara set SHAKLEE yang lain..sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah muka,jerawat,jeragat dan sesiapa yang ingin mengekalkan kesihatan..:)

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

-Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
-Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
-Menjaga kelembapan kulit
-Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

-Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
-Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
-Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

-Sebagai pelembap
-Mencegah pigmentasi
-Melambatkan tanda penuaan
-Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

-Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
-Mencegah penuaan
-Menjadikan kulit lebih kenyal
-Mencerahkan kulit
-Menjaga kulit dari sinaran UV
-Mengurangkan parut jerawat
-Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
-Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
-Menjadikan wajah lebih berseri

Jika korang ada masalah Jerawat disebabkan hormon yang tidak stabil, korang boleh guna GLA COMPLEX. Dan untuk kesan yang lebih cepat, gunalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebenarnya ianya mengikut keadaan kulit korang, jadi saya syorkan korang bertanyalah kepada SID yang korang percaya.. :)

NATURE,HALAL,100% TANPA KESAN SAMPINGAN!

insyaAllah..:)

Wassalam.

Sebarang pertanyaan, konsultansi produk Shaklee,pengalaman saya dengan Shaklee dan apa-apa persolan berkaitan, boleh hubungi saya seperti di bawah, InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan izinNya.. :)

Whatsapp/Telegram: 013-4030013
emel: norhanifah92@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/are.niefah

[Popular Post]

 [Pengakuan Khas]:  Saya Menyesal Guna Shaklee






[ Kisah Benar] :DIHINA KERANA MUKA BERJERAWAT DAN BERPARUT!





25 KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK BADAN,KULIT DAN RAMBUT

Asslamualaikum wrt wbt.. 

Jom kita semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.


3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.



5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.


6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadakKeracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.



7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagaibahan bakar untuk kurangkan berat badan.



8. Tekanan


Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap,menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkanfungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.



11. Tenaga.


Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantupenghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalammeningkatkan tenaga dalam badan.



12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.


15. Perlindungan dari matahari


Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



16. Penghasilan Kolagen


Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikatmolekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagenmelembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.



17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



18. Melindungi dari perubahan warna kulit


Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.



19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.



20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



21. Melawan Kelemumur


Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.



22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.



23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia danmasalah botak bagi lelaki.



25. Mengelak dari Uban


Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untukmengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.