Showing posts with label collagen semulajadi. Show all posts
Showing posts with label collagen semulajadi. Show all posts

25 KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK BADAN,KULIT DAN RAMBUT

Asslamualaikum wrt wbt.. 

Jom kita semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.


3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.



5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.


6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadakKeracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.



7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagaibahan bakar untuk kurangkan berat badan.



8. Tekanan


Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap,menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkanfungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.



11. Tenaga.


Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantupenghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalammeningkatkan tenaga dalam badan.



12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.


15. Perlindungan dari matahari


Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



16. Penghasilan Kolagen


Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikatmolekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagenmelembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.



17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



18. Melindungi dari perubahan warna kulit


Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.



19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.



20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



21. Melawan Kelemumur


Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.



22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.



23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia danmasalah botak bagi lelaki.



25. Mengelak dari Uban


Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untukmengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

kenapa collagen powder Shaklee hanya ada di Malaysia

Assalamualaikum wrt wbt..:) 


Hari ini dapat info lagi,jadi nak share dengan korang.. hot item Collagen Powder Shaklee yang istimewa tuh,, kenapa ada kat Malaysia sahaja?? KEnapa??? 

jom layan jawapan daripada Jutawan Muslimah Shaklee, Mama Cery., :)

Saya nak tulis pendek je kali ni, nak cerita kenapa collagen powder produk jenama Shaklee hanya dipasarkan untuk pasaran Malaysia. Dalam banyak-banyak kolagen di pasaran, saya memilih jenama Shaklee sebab..hmm bukan semata-mata sebab saya ni distributor Shaklee. ada banyak sebab..I taknaklah  ulang la type sini..  korang baca semula kat link ni ada I cerita dulu.. klikkelebihan kolagen Shaklee

 Dan I nak tambah satu lagi, untuk pengetahuan korang, Collagen Powder Shaklee ni hanya ada di pasaran Malaysia tauuu.. Haritu kat Global Conference Shaklee di US, distributor Shaklee US jeles sebab kat sana tiada...hihi.. Haa so korang ni bertuah. Ada yang tanya saya kenapa kolagen hanya ada di Malaysia tapi tiada di market US...  Kalau i nak terangkan panjang lebar la pulak.. Saya ringkaskan macam ni lah .. Ini berdasarkan apa yang faham lah..hihi... Ada banyak sebab,faktor dan kriteria kenapa Collagen Powder hanya ada di Malaysia. 

Macam yang saya cerita sbelum ni, Shaklee akan buat kajian (R&D ) dahulu sebelum keluarkan satu-satu produk... bertahun ye....bukan main bancuh bancuh dan tempek label sahaja. Kajian untuk produk dihasilkan dibuat berdasarkan beberapa faktor contohnya siapa yang perlukan,apa bahan2 yg digunakan.bahan tu pulak berbahaya ke tidak, tempat untuk dipasarkan kena kaji gak.. kat negara mana, iklim negara,keperluan masyarakat,...and lots more factor kene amik kira..,, packaging pun tak sama untuk setiap negara.. Contoh mcm nutriferon dlm bntuk powder kat malaysia . kat sana dalam bentuk tablet...pastu packaging kat US botol besar2 tau.. teringat aritu produk Vitalea besar sungguh botol. Canister performance drink pun besar.. maybe market sana diorang suke botol besar2... kat Malaysia ni suka botol kecik2..hihi.. pastu kene ingat cuaca kat Malaysia tak sama mcm kat US,,, kulit org asia pun tak sama dengan kulit matsaleh... itu belum sentuh rules dan regulation KKM.. kementerian kesihatan malaysia.. .mesti halal.. bukan boleh main pek gitu jer,.jadi special untuk malaysia okay.... sbb tu team US kene pastikan produk yg dihasilkn utk org malaysia comply dgn regulation KKM malaysia.. 

Ketika NC di Malaysia bulan Jun lepas, ada saya tanya dengan Roger,. I tanya kenapa vitalizer gold ada kat US.. takde kat Malaysia.. smart tau packaging diorang.. 4 jenis vit dalam satu pek.. Roger ckp..byk faktor kene amik kira.. bukan boleh main terus antar kontena produk kat Malaysia..kene comply rules .. sbb certain negara tak benarkan pack byk jenis vitamin dalam satu pek...pastu teringat gak time borak2 lunch session dgn MOM2 kat US.. diorang pun takde cinch tea mcm kita.. cinch tea diorang flavor promegranet kalo tak silap I.. eh panjang lagi lak kalao nak cite.... Nantilah cerita lagi pasal ni




okay, nak pi minum ESP sebelum tidur.. :)

wassalam.