Showing posts with label Tips Muslim. Show all posts
Showing posts with label Tips Muslim. Show all posts

1000 DINAR, RAHSIA JUTAWAN ISLAM

Assalamualaikum wrt wbt.. :) 


Pernah dengar ayat 1000 dinar? Mesti pernah kan, sebab mostly orang selalu lekatkan atau gantung ayat ini di rumah mahupun di dalam kereta. Tapi tak semua orang cuba amalkan dam menghayati kisah di sebalik ayat ini.

Ayat ini adalah petikan daripada surah At-Talaq ayat 2-3. Pernah saya menerima perkongsian daripada seorang jutawan muda muslimah Shaklee,  rahsia beliau amalkan sehingga mampu menjana pendapatan dan jualan yang tinggi. Beliau berkata, selain amalan Dhuha, Al-Mulk dan tips magika (amalan rohani untuk SID Shaklee), beliau juga turut mengamalkan ayat 1000 dinar. 





Menurut beliau, beliau mengamalkan:

  1. sesudah solat lima waktu,
  2. Baca sebelum  tidur tiga kali,
  3. Baca ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎


Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi 
didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan 
untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah 
tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula 
berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar.
 Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar,
 seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang
 tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir
 pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah 
at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang 
dengan ayat ‎berkenaan.‎  
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin
 pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan 
menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah 
pelayaran ia ‎dilandaangin taufan yang sangat dahsyat. 
Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah 
bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca 
akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, 
semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali 
pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau 
mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri 
bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau 
sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan 
syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan 
kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang 
itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan 
berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus 
mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah 
‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang 
tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah 
sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

Melalui kisah di atas, kita dapat lihat bahawa apabila 
kita berusaha untuk mengerjakan suruhanNya dan
 meninggalkan laranganNya, serta bertawakkal kpdNya,
 InsyaAllah, Dia akan melapangkan dan memberi rezeki
 kpd kita dari jalan yang tidak disangka2..

Namun, biarlah usaha dan doa itu seiring.. 
ingatlah yang memegang hati manusia itu Allah, 
sebelum merebut hati manusia, 
rebutlah hati Dia..

semoga berjaya dunia akhirat..saya doakan anda,
dan anda doakan saya.. :) 

Wassalam.

Street Dakwah..bukan sesenang yang disangka!


Assalamualaikum wrt wbt..salam pagi Sabtu.. dah buka Al-Quran pagi nih atau Matsurat? Indah kan kalau kita dahulukan laman cinta akhirat sebelum laman cinta dunia..  :)

Hari ni saya rasa nak share satu pengalaman di mana antara pengalaman yang tidak dilupakan dan sangat bermakna iaitu STREET DAKWAH..

Ianya berlaku pada bulan April,  tahun 2012, hari keputeraaan kekasih hati kita, Rasulullah SAW. Saya terima mesej dari naqibah usrah saya, Kak Aula a.k.a Doktor Aula, dia ajak kami untuk join satu program yang dinamakan Street Dakwah. Masa tuh still blur sebab tak pernah kan. Sempena Hari Jadi Rasulullah SAW, jadi adalah program sket, jadi saya pun setuju nak join, sekali dengan adik beradik usrah, Anishah, Ummi dan Fa'iqah. 

Kami sampai pagi-pagi lagi di Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah tau lebih popular Taman Polo. Masa sampai tuh dah ada lah beberapa orang yang tidak kami kenali. Segan lah jugak kan,huhu. Lagipun rasanya kami paling muda. Tengok kakak-kakak semua nih macam dah bekerjaya dan berkeluarga. 

Kami cari port yang sesuai untuk diberikan briefing dan sesi taaruf. Subhanallah, baru kami tahu kakak-kakak semua nih mostly doktor dan pensyarah. Hebatnya, sedangkan kami masih di bangku sekolah.eheh. Sekolah lah kan sebab masih belajar. 


 taaruf sambil breakfast


orang lain dah start bersukan ,kami masih makan..eheh



Selesai taaruf, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil, satu kumpulan dalam 3 orang macam tu lah. Mula2 kan, sebab tak kenal orang lain, nak jugak ada teman, tak kisahlar Ika ke,Umi ke, atau Anishah sebab malu.eheh. Tapi, yelah, dakwah nih kena berani, tak selamanya kita dengan kawan, dunia nih kena explore gituh. 

Kami diberi beberapa biji, bukan biji jugak,satu plastik jugaklah, he..Chocolate HomeMade berbentuk hati dan bunga, sangat comel! Tapi sadly, gambar dah tak de..T.T Kami kena bagi chocolate dengan satu penanda buku berkisarkan akhlak Rasulullah, maknanya kita jumpa orang tuh, kita story sikit pasal Rasulullah SAW..most wanted, of courselah non muslim..:)

So,kelilinglah kami round Padang Polo! Dengan perasaan yang bercampur baur. Selama nih macam selamat ja kan nak share pasal agama dalam usrah, nah sekali bila berdepan dengan dunia luar, rasakan~ 

Saya memang failed,serius.. perasaan takut, malu semua ada. Jantung saya berdebar bila dekat dengan 'target', nasib baik ada Kakak sorang nih, maaf lupa nama, yang satu group dengan saya, dia sangat santai, bagi ja chocolate ke orang Cina, sambil kata.." Hye, today is our Prophet's besday, so..let me give you, free chocolate!" .. Fuh, tergamam kejap.

Nampak macam simple je kan, tapi kalau kita duduk di tempat sebenar, baru tahu dakwah ini bukan mudah! Satu perkara ja saya takut iaitu REJECTION. T.T Sepanjang perjalanan kami, kakak tuh pesan, jangan malu, kita hanya memberi. Alhamdulillah, berkesempatan bagi chocolate untuk non muslim. 

Tapi lama kemudian, boleh kata bila ja selisih dengan non muslim kat sana, mostly mereka dah terima chocolate sebab group lain dah bagi. hihi. Jadi, kami decide untuk berkumpul sebab boleh kata semua orang kat sana dah dapat chocolate.. :p

sorang aunty yg comel dapat chocolate~

sempat ambil gambar sebelum bertolak

dengan kakak2 doktor,pensyarah, dan cikgu..kami ja budak kecik..he,.termasuk lah anak Kak Aula.


Kami berkumpul dan berbincang untuk ke destinasi seterusnya sebab masih berbaki banyak chocolate. Masa tuh dah jam 10.30 pagi macam tuh. Jadi bincang punya bincang, kami memilih JUSCO KINTA CITY IPOH..:)
di Food Court JJ,semua tekun dengar story..:D

Di Jusco, cabaran lebih hebat. Teringat masa nak bagi chocolate kat sorang family chinese nih, anak dia nak sangat chocolate tuh, tapi mak dan ayah dia larang dan cepat-cepat masuk kereta. Saya cakap lah tak perlu bayar, its free sempena Maulidurrasul, dia tetap tak bagi anak dia ambil. Masa tuh sangat lah sedih. Tapi positifkan diri. Ini lah kehidupan. Ini lah jalan berjuang..:)

Kami masuk ke dalam JJ, berpecah macam biasa. Kali nih target kepada non muslim dan muslim. Ada satu kisah, kami bagi dekat sorang muslim, tapi muka dia berubah. Seems tak nak lah terima. Muka masam ja. Kemudian, kami pun bagi dekat Non muslim sebelah dia, aunt chinese. Aunt tuh tanya banyak benda pasal Islam termasuklah beza Hari Raya dan Besday Rasulullah. Masa tuh,rasa gembira sangat sebab dapat berkongsi.. Subhanallah, Penerimaan yg sangat bagus!

Lepas beberapa ketika, kami decide jumpa di food court, berkumpul untuk sesi penutup. Masa nih kami berkongsi cerita. Tak sangka, kakak2 lebih banyak berhadapan dengan cabaran tapi mereka still senyum. Alhamdulillah

Kami bersurai dengan berjuta perasaan yang tak dapat digambarkan. Many things yang saya belajar. Sesungguhnya dakwah ini mudah untuk belajar, tetapi bukannya senang untuk disebarkan, walhal hanya memberi chocolate!


Tidak dapat digambarkan, ketika zaman awal kedatangan Islam, bagaimana Rasulullah SAW menyebarkan Islam, betapa tabahnya Baginda. Mungkin hari ni kita disisihkan, diherdik, diperlekehkan kerana ingin menyebarkan Islam, tapi ujian Baginda lebih hebat dari kita. T.T

Islam itu sebenarnya mudah tersebar dengan akhlak kita. Kita mesti senang dengan orang yang selalu membantu kita, dan selalu menyokong kita. Bukannya insan yang hanya tahu menghukum dan mencari salah kita.. Sebarkanlah Islam dengan Kasih Sayang.. :) 


Salam Sayang.

Di dalam setiap penolakan, Allah datangkan satu penerimaan yang lebih baik. 



Kenapa Kena baca Surah Al-Kahfi setiap Hari Jumaat?

Assalamualaikum wrt wbt.. :)

Salam Jumaat Barakah..

Semalam saya terima satu mesej dari whatsapp group sekolah menengah, bercerita tentang Al-Kahfi..sejujurnya saya dulu tak tahu yang kita digalakkan baca surah al-Kahfi sehinggalah akhir 2009, baru mula amalkannya. alhamdulillah.

Yang saya faham,kita disarankan baca al-Kahfi untuk elak fitnah dajjal. Bila saja baca surah al-Kahfi dan terjemahannya. Subhanllah, ianya kisah yang sangat amazing! Tersurat, tersirat.. saya dah lama nak tahu kisah sebenar yang ada di dalam surah ini..

alhamdulillah, ada hamba Allah yang simpulkan dengan ringkas tentang 4 kisah menarik ini.. :)
*******

'Assalamualaikum cinta🌸'

Waalaikumussalam rindu. Eh ?

'Kenapa kene bace kahfi hari jumaat ye?'

'Katanya ada kaitan ngan dajjal. Dah guane gitu?'

šŸ‘³Kalau kita perhati bebetul. Surah kahfi ni ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:

šŸ•Kisah Ashabul Kahfi
šŸ•‘Kisah 2 Empunya Kebun
šŸ•’Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir
šŸ•“Kisah Dzulkarnain

šŸ‘³Kaitannya dengan dajjal ni, dajjal akan try sesatkan kita dengan godaan ni lah.

DUGAANNYA😰
šŸ•Dugaan Akidah
šŸ•‘Dugaan Kekayaan dan Pengikut
šŸ•’Dugaan Ilmu Pengetahuan
šŸ•“Dugaan Dzulkarnain


šŸ‘‰Kisah Kahfi vs Dugaan DajjalšŸ‘ˆ

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

šŸ•Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan AKIDAH

Dugaan AKIDAH  - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.

šŸ’ŠSurvival Kit dari kisah ashabul kahfi :
šŸ’‰Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
šŸ’‰Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
šŸ’‰Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu.
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

šŸ•‘Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI

Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.

šŸ’ŠSurvival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
šŸ’‰Sedar hakikat kehidupan.
šŸ’‰Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting.
šŸ’‰Syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

šŸ•’Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir dan Dugaan ILMU PENGETAHUAN

Dugaan ILMU PENGETAHUAN - Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.

šŸ’ŠSurvival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :
šŸ’‰Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan.
šŸ’‰Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
šŸ’‰Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

šŸ•“Kisah Dzulkarnain dan Dugaan KUASA

Dugaan KUASA - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.

šŸ’ŠSurvival Kit dari kisah Dzulkarnain :
šŸ’‰Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
šŸ’‰Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
šŸ’‰Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
šŸ’‰Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. šŸ’‰Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
šŸ’‰Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

šŸ‘³Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan.

šŸ‘³Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.

šŸ‘³Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu. Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

šŸ‘³Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan. Perlu bersabar dalam mencari ilmu pengetahuan.

šŸ‘³Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.

šŸ‘³Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa. Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.

šŸ‘³Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.

 šŸ‘³Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.

šŸ‘³Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.

'Pepepeh panjangnya syarah awok ni, Hehehe.'

'Sekurang kurangnya ilmu saya bertambah jugak. Alhamdulillah.'

Psst, ilmu awak tambah tak.?

*scroll screen lelaju*

#jomBacaAlkahfi😊

******


Serius, bila kita beriman iaitu percaya bahawa HARI KIAMAT itu wujud, rasa 'lain macam' dalam hati kita.. sebab itu lah, al-Kahfi datang membantu kita. Moga kita dihindarkan dari fitnah dajjal.. amin ya rabbil a'lamin.

Wassalam. 

Tips Menghabiskan Surah Al-Kahfi sambil Memahaminya Bagi Orang-orang yang Sibuk :)

Tips Menghabiskan Surah Al-Kahfi sambil Memahami bagi yang sibuk

''Give!Up!"

"Kot ye pun..."

"Give up dah... give up give up...GIVE UP!" Muka berkerut serabut, kalah rupa aluminium foil kena renyuk.

"Drama la kau ni, Ipin." Kepala di tetingkap video-chat tu geleng dari tengah skrin PC.



"Bang Long lain la, Bang Long dulu sekolah agama." Muka Ipin makin kelat.
"Kira biasa la baca panjang-panjang gini. Orang tak reti dowh."

"Ke situ pulak...." Azri tarik nafas panjang. Budak ni memang drama sungguh.

"No, really. Panjang sangat, okay? Tak larat." Ipin pulak yang tarik nafas panjang.
"Tak larat dan tak sempat. Dari hari tu, ni dah masuk berapa minggu dah, memang tak sempat nak habis pun Kahfi tu everytime." Dia renung muka abang sulungnya yang tengah tercampak di Laut Utara Russia tu.
"I.Give.Up."

Azri pandang balik muka si bongsu di balik sana dunia yang serabut tu. Dia capai mug kopi.

"Dah la dengan nak SPM bagai..." Tak habis lagi si Ipin mengomel.
"Dengan hal duduk Malaysia ni pun dah gaya macam duduk Mexico segala...."

Hampir tersembur kopi ke skrin laptop di depannya. Azri tepuk dada. Kuat. Tersedak aku!
"Kau pernah duduk Mexico ke?" Cakap ayat best suka hati dia.

"Dah tiap hari asyik keluar berita orang mati kena bunuh segala macam gaya..." Ipin menyela.
"Yang kena tembak,yang kena tikam, yang kena jerut..." Dia sandar badan ke kerusi.
"Ucu nak keluar bawak motor pergi sekolah tu pun cuak kot."

Azri letak mug di tangan ke meja."Patut dengan berita ala Tijuana, plus dengan serabut kepala nak SPM tu la yang lagi memang kena habiskan baca Kahfi." Dia senyum segaris.

Kepentingan Surah Al-Kahf

Ipin angkat kening sebelah. Kedua belah kaki dah dilunjur bawah meja.

"Verse 10."

"Mana hafal." Mata dihala ke siling.
Aku ni ni nak habiskan baca pun tak pass-pass lagi. Inikan pulak nak ingat ayat dengan maksud segala. Ada masalah pemahaman abang aku ni. Ipin menggumam sendiri.

"Dah tu...bukak la terjemahannya, bijak." Sejuk sepoi Siberia ayat sarkastik Azri tu.

Badan ditegakkan. Ipin capai Quran terjemahan di atas CPU. Quran Bang Long pun. Dia rembat secara sukarela dan Bang Long lepaskan secara terpaksarela. Kisah apa. Bang Long ada duit boleh beli lain. Aku anak sekolah. Choi!

"Verse 10." Azri mengulang.

Mata berlari di atas naskhah di tangan yang dah terbuka. Jumpa. Ipin pandang Azri di skrin sekilas. "Remember when the young men fled for refuge. They said; 'Our Lord, bestow on us mercy from Yourself, and facilitate for us our affair in the right way." 
Dia membaca. Berdetap hati.

Doa Dipermdhkan Urusan – Surah Al-Kahf, ayat 10


"It is a du'a."
Allah Pelindung,
dari bahaya.
Allah pelindung,
dari bahana.
Allah pelindung,
dari cacamerba.
Allah Pelindung,
dari segala.
Baik pistol, baik pisau, baik Tijuana.

"Bukan Bang Long dah pesan ke dulu, baca sekali dengan maksud dia. Kalau dak memang lost la the meaning. Memang la rasa merampus nak habiskan."

Ipin angkat muka pandang skrin PC. Indeed. "Tapi memang panjang sangat, Bang Long. Baca macam tak habis-habis." Dia lepas nafas.
"Nak baca maksud segala bagai lagi la tak sempat."

"Kau baca macam mana gaya?" Kening Azri pulak yang terangkat sebelah merenung adiknya tu.

"Baca sekali harung la lepas Subuh tu. Tapi tak pernah sempat nak habis pun. Bila dah pergi sekolah masa bilanya pun nak sambung baca? Petang dah kelas tambahan dengan gerak gempur segala. Sampai rumah dah nak Maghrib kot." Panjang Ipin bentang jadual.

Azri pejam mata, gosok dahi. "Bang Long pun tak sempat la kalau nak kejar habiskan senafas waktu lepas Subuh tu Ucu oi..."
"Tingkap masa punya la sempit sebelum nak kena berkejar masuk kerja. Dan waktu kerja tak ada celahnya nak dibaca tengah-tengah buat pipe fabrication tu."

"Dah tu...."

"Split 3." Azri capai Quran terjemahannya dari tepi laptop.
"Ayat ada 110, kan." Dia buka naskhah di tangan.

Ipin buka ke halaman Kahfi terakhir. Aah.110 ayat. Dia angguk mengiakan. "Split masa jadi tiga, waktu bila?"

Ingat ye… bahagikan 3 bahagian surah Al-Kahf tu. Baca sambil baca terjemahannya, baru ada feel. :)

"Kau balik rumah pun dah nak Maghrib, kan? Start lepas Maghrib, kau habiskan ayat 1 sampai Ayat 31. Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain, nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung." Dan pastinya cukup-cukup la waktu sebelum ibu jerit suruh isi rumah tu turun makan malam."

Ipin capai post-it note dengan pen.

"Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu. Lepas Isya' kau sambung ayat 32 sampai ayat 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir."

Ipin laju menulis atas post-it.

"Subuh Jumaat tu kau habiskan je ayat 83 sampai 110 tu. Tak ada la semput sangat. Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain."

Pen masih berlari atas post-it.

Azri pandang si Ipin yang tengah menulis di balik sana talian. "Capish?"

"See how it goes la." Ipin tarik helaian post-it yang bertulis tu. Pap! Dilekat di dinding CPU.

"Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat. Boleh la savour maksud ayat dengan baca terjemahan dia sekali untuk each bahagian tu." Azri letak Quran di tangan ke meja.
"Tak berapa jadi makna la, kalau baca sampai mengah tapi tak dapat ibrah, tak ke?"

Heh. "Jangan bagi ayat berasid spesis lebur makan dalam, boleh dak?"

"Haha."

______________
benar,surahnya sedikit panjang dari lazimnya yang kita biasa
cuba untuk cari jalan dan cari masa,ya.
Kahfi kamon,kita? :)
may Allah bless

sumber; Mardhiyah Lim