Assalamualaikum wrt wbt.. :)
Hari ini saya nak share tentang vitamin C yang tersangat famous terutama dalam kecantikan,tapi tahukah kita apa itu Vitamin C sebenarnya??
Vitamin C nih adalah vitamin yang larut air tau, maknanya badan kita tak boleh nak simpan vitamin c dan badan kita tak hasilkan vitamin c. Oleh itu, kita kena dapatkan ia melalui tumbuhan yang mengandungi vitamin c seperti buah2 citrus, brokoli dan tomato.
Ramai antara kita hanya tahu Vitamin C ini hanya untuk cantik, tapi hakikatnya kita memerlukan vitamin C lebih daripada untuk cantik! 2 kepentingan umum, kenapa Kita perlukan Vitamin C:
1. Growth and Repair Tissues
ya, badan kita memerlukan vitamin c untuk pembinaan dan membaiki sel di seluruh badan. Vitamin C akan membantu badan untuk membina kolagen iaitu protein penting dalam pembinaan kulit, tulang rawan, tendon, ligaments, dan salur darah. Vitamin C juga penting untuk menyembuhkan luka ,dan memastikan kesihatan gigi dan gusi.
2. Antioksida
Vitamin C adalah antioksida. Tahukah anda apa itu antioksida? antioksida ialah satu penghalang kepada kemusnahan yang disebabkan oleh radikal bebas, iaitu bahan yang merosakkan DNA. Pembinaan radikal bebas ini seiring dengan proses penuaan dan ianya meningkatkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung, dan sakit sendi.
Serius tau jika kurangnya vitamin C dalam badan kita. Terutama sekali para perokok, kandungan vitamin c akan berkurang kesan daripada menghisap rokok. Kita boleh lihat tanda-tanda kekurangan vitamin C seperti:
1. Rambut kering
2. Jangkitan pada gusi
3. Gusi mudah berdarah
4. kulit kasar, kering, dan bersisik.
5.Luka lambat sembuh
6. Hidung mudah berdarah
7. Scurvy
Memang kita rasa masa ini kita dah cukup vitamin C, sebab tak alami pun simptom2 di atas, tapi hakikatnya simptom di atas akan kita alami apabila usia kita semakin bertambah.
Stay tuned.
Wassalam.
Next entry: 10 Kebaikan Vitamin C yang diciptakan Sang Pencipta!
No comments:
Post a Comment