Assalamualaikum
wbt..:)
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Nikmat masih bernyawa,nikmat menghirup udara segar, nikmat masih boleh melihat laptop, nikmat masih boleh menekan keyboard, nikmat boleh duduk bersantai-santai sambil blogwalking, nikmat boleh online..hehe..ah, kalau sebut semua nikmatNya, memang tidak terhitung banyaknya! Subhanallah..:)
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Nikmat masih bernyawa,nikmat menghirup udara segar, nikmat masih boleh melihat laptop, nikmat masih boleh menekan keyboard, nikmat boleh duduk bersantai-santai sambil blogwalking, nikmat boleh online..hehe..ah, kalau sebut semua nikmatNya, memang tidak terhitung banyaknya! Subhanallah..:)
Di sebalik nikmat-nikmat Allah itu, salah satu nikmat yang kita akan rasa dan
sedar bila tiada ia ialah KESIHATAN. Sihat itu akan datang bila kita sakit.
Betul! Bila kita sakit, kita akan sedar bahawa betapa nikmatnya kesihatan. Bila
kita sihat, kita boleh bergerak ke sana ke sini, boleh melompat,menjerit,
bergelak ketawa, boleh duduk santai-santai dalam keadaan selesa, tenang tanpa
gusar,gelisah,keluh kesah, dan seumpamanya.
Hati ini terpanggil untuk bercerita tentang nikmatnya kesihatan bila mana melihat nikmat itu hilang dan ditarik oleh pemilikNya. Dulu, kalau mata ini memandang satu bangunan ini, hati ini tidak terasa apa-apa. Bila family bawa untuk melawat bangunan ini, tidak terdetik dan tersentuh seperti sekarang. Sekarang, bila diri ini ditempatkan di situ, melihat keadaan di situ, merasai keadaan itu, barulah sedar bahawa betapa nikmat Allah yang satu ini sangatlah besar.Allahurabbi!
Alkisahnya, masa pertama kali praktikal di hospital, masa tuh still rasa kosong lagi dalam kepala. Yelah, baru tahun pertama. Nak bagi treatment memang tak boleh lar. Yang tahu, jalan meround ja dalam wad. Kadang-kadang ada juga join dengan student nurse, tolong diorang buat observation. Cuma yang membekas hingga sekarang ialah satu patient nih. Perempuan. Cina. Dia di diagnoskan sebagai pneumonia. Pneumonia nih kalau bahasa kampung ialah radang paru-paru atau paru-paru berair. Hari-hari masa tuh, bawaklah kamus medical yang tebal yang amat tuh, bawak buku, pegi kat katil patient nih. Patient nih tak sedar, hanya mata je celik. Yang lain kaku membatu. Masa tengah belek-belek kamus, catit yang mana patut. Macam bajet best student lah,hehe..gaya ala-ala doctor gitu, pandanglah muka aunt nih, mata dia bukak je, macam mayat hidup. Masa tuh terdetik, macam mana lah kalau berada di tempat dia, masa tuh dah macam-macam pikir. Pula tuh, tiada pula nampak waris atau sausara yang datang melawat, lagi menambah kesayuan kejiwangan nih.
Lepas tuh, terus hidup tak
tenang kejap. Muhasabah katanya. Betapa rasa nikmatnya berjalan, nikmatnya
bercakap, nikmatnya melihat. Berjalan ke hulur ke hilir.Makan pula macam-macam.
Sedangkan orang-orang yang dalam satu bangunan ini,telah ditarik nikmat itu!
Allahuakbar! Kita nih, selalu mengeluh
itu,mengeluh ini. Tak cukup itu, tak cukup ini. Tak lengkap itu, tak lengkap
ini. Mulut kata bersyukur,tapi perbuatan astaghfirullah..T.T Kita mungkin
ketika ini sedang diuji, tapi pernahkah kita fikir orang len juga diuji? Kalau
kita di sini diuji satu, orang kat luar mungkin diuji 2,3,4 dan serba aneka
ujian. Bila sihat, kita lupa Allah. lupa macam mana? lupa mengucapkan syukur.
Syukur bukan sekadar kata-kata alhamdulillah, tapi ianya juga dilengkapi dengan
perbuatan antaranya ialah menjaga nikmat itu.
Bagaimana nak menzahirkan
kesyukuran itu? Jagalah nikmat ini. Bertuah kita, masih boleh berada ketika ini
sedangkan ada insan yang setiap detik berdoa memohon menjadi seperti kita.
Hiruplah udara Allah dengan alunan memujiNya. Jujur kata, bila kita sihat, kita
banyak leka dengan kenikmatan Allah, bila kita sakit mulalah mencariNya. Ya,
memang sebaik-baik tempat mengadu adalah Dia. Sakit adalah ujian, salah satu
cara Allah nak kita rehat sekejap, mencari Dia. Dan sihat juga ujian, ujian
macam mana kita nak bersyukur denganNya. Sejak dari tahun pertama hingga
sekarang, setiap kali memandang patient, tiada apa yang dilahirkan selain
betapa syukurnya masih diberi nikmat itu walaupun terkadang, malas,penat
menguasai diri ketika posting..:( Itu dah masuk bab keikhlasan
tuh.huu..
ok, setakat itu jah.
Pesanan untuk diri sendiri, jagalah kesihatan selagi mana kita mampu
menjaganya. Jangan sampai tahap kita baru nak jaga, ketika itu kita tidak mampu
menjaganya. Jaga kesihatan! :)
wassalam.
1 JAN 14
9am
No comments:
Post a Comment